Friday, March 21, 2014

Mereka Berkumpul 16 Km Dari Stadium Kajang Tidak Mahu Dengar Ceramah Anwar


Ketika Anwar Ibrahim dan isterinya mengumpulkan penyokong-penyokongnya yang dikerah dari seluruh negara demi meraih simpati atas masalah peribadi mereka di Stadium Kajang sekarang ini, puluhan ribuan muslimin dan muslimah pula sedang berkumpul 16km dari lokasi berkenaan.


Muslimin dan muslimah ini berhimpun di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putra Jaya untuk menyertai Selawat Perdana demi kesatuan, perpaduan dan persaudaraan.

Mereka enggan mendengar cerita-cerita rekaan Anwar yang telah pun didapati bersalah oleh mahkamah.

Kelibat ahli PAS Hulu Langat juga turut kelihatan.

"Apakah saya dipecat kerana menunjukkan seluar dalam berwarna putih?" Soal Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hassan Basri mempersoalkan pemecatan beliau yang hanya disebabkan tidak berminat dengan gelagat Anwar Ibrahim

Beliau memilih berucap di pentas BN sempena PRK Kajang untuk mendedahlan kebobrokan Anwar.

Dengarkan sepenuhnya alasan-alasan yang beliau berikan, mengapa pengundi Kajang perlu menolak Wan Azizah.

Thursday, March 20, 2014

Anwar Enggan Hadir Berselawat - Akan Buat Penampilan Terakhir Di Sadium Kajang Sebelum Ke Penjara


Anwar Ibrahim akan beraksi buat kali terakhir di Stadium Kajang, sebelum melangkah ke penjara.

Surat pekeliling kepada kepimpinan PKR semua peringkat telah dihantar ke seluruh negara, supaya menurunkan balaci-balaci untuk mempertahankan 'pengliwatan' Anwar.

 

Ada 2 kemungkinan yang mendorong kepada keluarnya pekeliling dari ibu pejabat PKR;

  1. Terdesak kerana sambutan ceramah tidak memberansangkan; 
  2. Usaha mengurangkan kehadiran Selawat Perdana di Putra Jaya yang akan berlangsung pada tarikh dan masa yang sama.
Khusus kepada para penyokong PAS yang tidak diundang oleh PKR, marilah kita sama-sama bersalawat di Putra Jaya.

Wan Azizah Buktikan Dia Lebih Cina Dari Cina


Pada 12 Mac yang lalu, di Sg Sekamat Wan Azizah mengisytiharkan dirinya sebagai 'lebih Cina dari Chew Mei Fun'.

Malah pengisytiharan Azizah di depan para pengundi Cina itu disertakan dengan soalan, "Mengapa perlu undi dia (Mei Fun)?".

Gamaknya itulah kaedah pembuktian PKR sebagai parti yang bukan rasis, hingga mendaulatkan bahasa Cina di atas Bahasa Kebangsaan, melalui plakad yang dipegang oleh Azizah dalam foto atas!

Wednesday, March 19, 2014

Wan Azizah Akui Dalam Keadaan Serabut Untuk Jadi Adun Kajang


Kajang Move didakwa oleh PKR sebagai suatu langkah mengekang tindakan agresif UMNO yang mahu merampas Selangor dari PR.

Melalui pengosongan kerusi DUN Kajang, maka suatu move baru dicadang untuk diterapkan oleh PKR, iaitu memperahankan Selangor dan seterusnya menyusun langkah berikutnya ke Putra Jaya.

Sesungguhnya itulah yang diuar-uarkan oleh PKR.

Malah dari dalaman PKR sendiri, khususnya melalui Angkatan Muda Keadilan dilihat mahu TS Khalid Ibrahim diturunkan dari jawatan MB Selangor yang disandangya dan digantikan oleh DS Anwar Ibrahim.

Malang apabila Anwar telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwat, maka ura-ura Anwar sebagai MB akhirnya termati begitu sahaja.

Bertambah malang, Kajang Move mencaturkan DS Wan Azizah Ismail untuk mengambilalih tempat Anwar untuk bertanding di Kajang, gerakan awal PKR yang kelihatan agresif, ternyata telah berubah dengan lemah gemalai.

Dengan 3 hari lagi menjelang hari pengundian, maka para penyokong PKR harus memikirkan semasak-masaknya dengan fikiran yang waras, samada layak atau tidak Wan Azizah diletakkan sebagai pemangkin Kajang Move?

Khusus kepada para pengundi Kajang, anda nilaikan sendiri samada anda perlu menabalkan Wan Azizah sebagai Adun anda, disaat isteri pesalah liwat itu dalam keadaan berserabut?

Sunday, March 16, 2014

Safudin Nasution & R. Sivarasa Sahkan Kapten MH370 Ahli Seumur Hidup PKR


Setelah memberi tekanan disamping dengan pelbagai teori dan tohmahan dilemparkan oleh pihak PKR berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370, akhirnya mereka sendiri mengakui bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah ialah ahli seumur PKR.

Saifudin Nasution dan R. Sivarasa mengakui perkara ini seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Kini, dipihak mereka pula yang merayu agar masyarakat umum tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi.