Friday, December 3, 2010

Ketuanan Melayu Wajib Dibakulsampahkan

'Konsep “Ketuanan Melayu” ini wajib dibakul sampahkan; supaya anak-anak kita membesar dengan visi “Bangsa Bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”. '

- Petikan Ucapan Dasar DS Wan Azizah, Presiden PKR

Tapi nak kena fikirkan dulu macam mana nak bakul sampahkan kertas-kertas undi pemilihan Cabang-Cabang PKR yang kecoh ni......

Juga nak kena fikir macama mana nak selamatkan maruah AMK yang banyak kerusi kosong ni............

Dan juga untuk menjadikan Wanita Melayu PKR menjadi lebih bermaruah dan tak tidur masa ketuanya tengah berucap........

Malah yang lebih penting untuk membimbing 'anugerah tuhan' supaya lebih bermaruah........

Thursday, December 2, 2010

Dr Hasan Ali Bakal Kehilangan Portfolio (?)

Apabila TG Nik Aziz dah malu jadi Melayu dan DS Wan Azizah Wan Ismail dah buat keputusan nak bakul sampahkan “Ketuanan Melayu” bermakna Dr Hasan Ali bakal kehilangan satu dari empat portfolio yang dipegangnya. Sekarang ini, beliau ada Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dr Hasan Ali patut sedar bahawa apabila Mursyidul Am yang bercakap, ianya bakal menjadi dasar dan Presiden PAS sendiri akan berasa kecut untuk memperbetulkan. Begitu juga dengan kata-kata DS Wan Azizah kerana ia dilafazkan semasa ucapan dasar Presiden PKR di Kongres PKR 2010.

Tambahan pula, pentadbiran Selangor diketuai oleh PKR. Disamping itu, Pengerusi PKR Selangor (Azmin Ali) merupakan Timbalan Presiden yang bergandingan dengan DS Wan Azizah. Bila-bila masa, baik MB mahupun Pengerusi PKR Negeri merangkap Timbalan Presiden dan Presiden PKR boleh write-off portfolio Adat Istiadat Melayu.

Sementara itu, TG Nik Aziz pun boleh buang perkataan “Adat Istiadat Melayu” dalam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Kepada TG Nik Aziz dan DS Wan Azizah, cepat-cepatlah berbuat demikian! Ada berani?

Haji Ali Kuala & Haji Ali Hulu

Di Selangor ada tempat malah daerah yang berpasangan, iaitu kuala dan hulu. Contohnya, Kuala Selangor dengan Hulu Selangor dan Kuala Langat dengan Hulu Langat.

Namun, kebanyakan orang Selangor, khususnya generasi muda hanya tahu Hulu Klang. Mana pula kualanya? Klang pun ada kuala dan hulunya. Cuma Kuala Klang ni, orang kurang pakai sebab di zaman orang putih, Kuala Klang dikenali sebagai Port Swetenham dan kemudianya Sultan menukarkan namanya kepada Pelabuhan Klang diawal 70an.

Menariknya, samada di Kuala Klang mahu pun di Hulu Klang ada Haji Ali. Justeru, bagi membezakan dua Haji Ali ni maka kita namakan masing-masing tu Haji Ali Kuala dan Haji Ali Hulu.

Anugerah Tuhan, kedua-dua Haji Ali masing-masing mempunyai seorang anak yang mencipta nama dalam politik negeri malah menjadi ketua jemaah dalam organisasi yang disertai mereka. Secara kebetulan, kedua-duanya pernah belajar di Amerika.

Anak Haji Ali Kuala nampak lebih Islamik, almaklum berbapakan seorang imam. Sementara, anak Haji Ali Hulu nampak bergaya dengan penampilan yang up-t0-date. Barangkali, anak Haji Ali Hulu nak jadi ikon generasi muda.

Walau pun berlainan jemaah, kedua-dua anak Haji Ali ini jadi pembuat dasar dan pentadbir Negeri Selangor. Jemaah masing-masing malu menjadi Melayu. Mereka sepakat nak buang "Ketuanan Melayu" dan tengah mempopularkan slogan "Ketuanan Rakyat".

Memandangkan anak Haji Ali Kuala memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu, maka peninglah kepalanya. Mana satu nak diutamakan? Malah Sultan Selangor pun dah mula kecewa dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh jemaah anak Haji Hulu dan juga jemaahnya sendiri!





Wednesday, December 1, 2010

Kisah Ibrahim, Ismail dan Ali Versi Malaysia

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah anak-beranak. Ali pula pemuda pertama memeluk Islam. Fakta sejarah menyatakan demikian. Bab ni, jangan bandingkan apatah samakan dengan versi Malaysia

Hari ini, nama-nama yang berkaitan dengan Ibrahim, Ismail dan Ali sedang mengukir nama yang bakal menjadi sejarah di masa depan.

Kisah Anak Ibrahim

Anak Ibrahim pertama bercita-cita mempunyai pejabat di Putra Jaya. Tetapi terpaksa membuat "u-turn" dan sekadar menjadi kerani Persatuan Peniaga Pasar Borong Selangor dengan gaji RM1 sebulan.

Anak Ibrahim kedua dulu berkawan dengan anak Ibrahim pertama tapi sekarang dah pilih haluan masing-masing. Dengar khabar ada orang terserempak anak Ibrahim kedua ni sedang minum kopi dengan bekas orang kanan anak Ibrahim pertama. Agaknya mereka dok pakat nak libas kerani Persatuan Peniaga Pasar Borong tu.

Anak Ibrahim ketiga, sekarang pula suka main air kolam. Orang-orang tua pernah pesan, jangan suka main/mandi lama-lama dalam kolam, nanti terminum air boleh jadi gagap. Dia ni degil sikit, sekarang ni betul-betul dah jadi gagap.

Kisah Anak Ismail

Kat Malaysia ni ada 2 orang anak Ismail. Si adik suka pakai baju biru muda, sementara si abang suka pakai baju biru tua. Mereka selalu gaduh. Si adik ni pun satu, kalaulah si abang tu kasi "dye" dia punya baju jadi biru tua, baru dia tau. Dia nak dengkikan abang dia? Cuba-cubalah masukkan baju abang dia ke dalam "dye" biru muda, ia tetap warna biru tua! Sekarang ni orang-orang kampung tengah pakat tengok, tunggu si abang kasi pekena si adik.

Kisah Anak Ali

Ada 2 orang Ali yang masing-masing ada anak jantan. Tapi salah seorang Ali tu dipertikaikan kejantanan anaknya.

Anak Ali pertama berhasrat nak perkasakan orang Melayu. Di dah berkempen dan round satu Malaya kasi bakar orang-orang Melayu. Tapi anak Ali kedua, kasi bakar satu Malaysia nak bakulsampahkan ketuanan Melayu.

Apa pun aku nak tengok siapa yang terkena........



Rodziah Ismail (PKR) dan Khalid Samad (PAS) Sudah Boleh Kibar Bendera Putih



Saya syorkan YB Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga) dan YB Khalid Samad (AP Shah Alam) mengibarkan "bendera putih". Boleh pacakkan 3 batang tiang bendera depan rumah atau pejabat perkhidmatan YB-YB; yang masing-masing untuk kibaran bendera Selangor/Malaysia, PKR/PAS dan naikkan bendera putih di tiang yang tengah.

Rodziah sudah tidak punya masa lagi. Penduduk Sekyen 19, Shah Alam dah tak percaya lagi. Malah saya awal-awal lagi tidak percaya janji-janji Rodziah dan tidak yakin dengan kebolehan Rodziah dan Khalid menyelesaikan isu kuil.

Apabila pemilihan UMNO ditangguhkan untuk tempoh 18 bulan, bermakna DS Najib telah memberi signal PRU13 bakal berlangsung awal.

Sempatkah Rodziah dan Khalid menunaikan janji?

Tuesday, November 30, 2010

DUN N46, Pelabuhan Klang Bebas Masalah

DUN N46 Pelabuhan Klang, Selangor khabarnya merupakan kawasan yang ditatang bagai minyak yang penuh. Jangan cerita berkenaan perkhidmatan, peruntukan dan pembangunanan. Semuanya tip-top.

Ramai yang tidak sedar bahawa rakyat di Pelabuhan Klang dibelai, dibela dan dijaga oleh 2 orang di peringkat kawasan Parlimen (Klang) dan 3 orang di peringkat DUN.

Kawasan Parlimen Klang di wakili oleh YB Charles Santiago (DAP) dan Penyelaras Parlimen Klang (BN) di sandang oleh Dato' Teh Kim Poh.

Sementara di peringat DUN, wakil rakyatnya ialah YB Badrul Hisham Abdullah (asalnya PKR, kemudian isytihar diri sebagai ADUN Bebas dan akhirnya menyeberang ke BN) dan disertai oleh Penyelaras DUN iaitu YB Nik Nazmi dan Dato' Mazlynoor yang masing-masing mewakili PR dan BN.

Logiknya, masalah-masalah di DUN Pelabuhan Klang pasti beres dengan mudah. Mungkin Charles Santiago tidak mempunyai sumber peruntukan, namun soalnya penjawat yang 4 lagi takkan tiada peruntukan?

Monday, November 29, 2010

'Bus Stop" Kerajaan Persekutuan

Khabarnya hentian bas di PBT Selangor adalah melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Namun bagi rakyat biasa, bila melihat baik pulih keatas kebanyakan hentian bas di kawasan PBT mereka, pastinya beranggapan bahawa projek tersebut adalah melalui dana kerajaan negeri.

Silapnya disini ialah pemimpin-pemimpin BN tempatan sendiri yang tidak memaklum kepada akar umbi yang projek tersebut adalah inisiatif BN.

Anggapan jahat bagi kita yang di bawah ini adalah mudah, iaitu mereka mungkin mempunyai muslihat tersendiri untuk merahsiakan kepada umum berhubung dengan sumber dana projek tersebut.

Pada pendapat saya, sudah sampai masanya DS Najib yang berfungsi sebagai drebas bas BN untuk menimbangkan agar segelintir pemimpin BN di Selangor ini di'cicirkan'kan di hentian (seperti gambar bawah) ini.


Sunday, November 28, 2010

Raja Petra Dah Jadi Pemuzik Jalanan Profesional



Raja Petra Kamarudin telah memulakan profesion baru sebagai pemuzik jalanan. Disamping itu beliau telah mempersembahkan bakatnya di hadapan hadapan pejabat TDC (Tourism Malaysia), London; dengan harapan dapat dipertimbangkan sebagai artis kebudayaan untuk promosi-promosi penggalakan pelancungan di luar negara.