Thursday, December 2, 2010

Haji Ali Kuala & Haji Ali Hulu

Di Selangor ada tempat malah daerah yang berpasangan, iaitu kuala dan hulu. Contohnya, Kuala Selangor dengan Hulu Selangor dan Kuala Langat dengan Hulu Langat.

Namun, kebanyakan orang Selangor, khususnya generasi muda hanya tahu Hulu Klang. Mana pula kualanya? Klang pun ada kuala dan hulunya. Cuma Kuala Klang ni, orang kurang pakai sebab di zaman orang putih, Kuala Klang dikenali sebagai Port Swetenham dan kemudianya Sultan menukarkan namanya kepada Pelabuhan Klang diawal 70an.

Menariknya, samada di Kuala Klang mahu pun di Hulu Klang ada Haji Ali. Justeru, bagi membezakan dua Haji Ali ni maka kita namakan masing-masing tu Haji Ali Kuala dan Haji Ali Hulu.

Anugerah Tuhan, kedua-dua Haji Ali masing-masing mempunyai seorang anak yang mencipta nama dalam politik negeri malah menjadi ketua jemaah dalam organisasi yang disertai mereka. Secara kebetulan, kedua-duanya pernah belajar di Amerika.

Anak Haji Ali Kuala nampak lebih Islamik, almaklum berbapakan seorang imam. Sementara, anak Haji Ali Hulu nampak bergaya dengan penampilan yang up-t0-date. Barangkali, anak Haji Ali Hulu nak jadi ikon generasi muda.

Walau pun berlainan jemaah, kedua-dua anak Haji Ali ini jadi pembuat dasar dan pentadbir Negeri Selangor. Jemaah masing-masing malu menjadi Melayu. Mereka sepakat nak buang "Ketuanan Melayu" dan tengah mempopularkan slogan "Ketuanan Rakyat".

Memandangkan anak Haji Ali Kuala memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu, maka peninglah kepalanya. Mana satu nak diutamakan? Malah Sultan Selangor pun dah mula kecewa dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh jemaah anak Haji Hulu dan juga jemaahnya sendiri!





No comments: