Tuesday, November 25, 2014
Bedebah Punya Botak DAP - Sengaja Nak Derhaka Pada Majlis Raja-Raja Melayu
Hanya kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menukar beberapa nama jalan sempena nama-nama bekas Yang Di Pertuan Agung, Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng menuntut supaya dijalankan referendum (pungutan suara) diatas pertukaran nama tersebut, lapor The Malay Mail Online.
Sebelum ini DBKL telah mengumumkan pertukaran beberapa nama jalan, iaitu Jalan Duta kepada Jalan Tunku Abdul Halim Jalan Khidmat Usaha kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Ipoh (antara Jalan Segambutdan persimpangan Jalan Pahang) kepada Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Duta kepada Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah kepada Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Mahameru kepada Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru kepada Persiaran Tuanku Ja’afar dan Jalan Semarak kepada Jalan Sultan Yahya Petra.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk J. Loga Bala Mohan, pertukaran nama tersebut adalah sebagai memenuhi permintaan dari Majlis Raja-Raja.
Apakah susah sangat dengan pertukaran nama tersebut, walhal sebelum ini Jalan Tun H.S Lee asalnya High Street dan Jalan Bandar, Jalan Tun Sambathan (Jalan Brickfields) dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan Batu)?
Mungkin dia mahukan ada Jalan Chin Peng dan Jalan Lim Kit Siang?
Monday, November 24, 2014
Kedudukan Azmin Goyah Bila Kesemua Adun DAP Tidak Mengundi Calon PAS Sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor
DAP mengantar isyarat kepada Azmin Ali, bahawa kedudukannya sebagai MB Selangor adalah tidak selamat.
Melalui Adun-Adun DAP dalam DUN Selangor, mereka telah memprotes pencalonan Adun PAS Bangi Mohd Shafie Ngah, dengan mencalonkan Adun DAP Sekinchan Ng Suee Lim untuk bertanding dalam pemilihan Timbalan Speaker yang dikosongkan oleh Adun Seri Setia Nik Nazmi yang telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Meski pun sekadar mendapat 14 undi melalui undian sulit, adalah sukar untuk menafikan bahawa kesemua undi tersebut datangnya dari Adun DAP (DAP mempunyai 15 Adun termasuk Speaker Hannah Yeoh).
Shafie menang dalam undian tersebut dengan meraih 28 undi, sementera kesemua 12 Adun BN mengambil pendirian untuk berkecuali.
Pendirian DAP Selangor membawa natijah besar yang menggambarkan betapa;
- Menunjukkan sifat tamak DAP untuk membolot jawatan Timbalan Speaker meskipun jawatan Speaker sedia disandang oleh mereka;
- Kedudukan PAS dalam Kerajaan Pakatan Selangor umpama melukut di tepi gantang dan tidak diperlukan;
- Kedudukan Azmin juga goyah dan DAP menunggu lampu hijau dari DS Anwar Ibrahim untuk membawa usul undi tidak percaya kepada MB Selangor tersebut.
Rasanya, PAS pusat masih berpendirian 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' dalam sikapnya terhadap DAP.
Anda nilailah sendiri!
Subscribe to:
Posts (Atom)