Saturday, August 20, 2011

Bersatulah Melayu - Lim Swee Tin

BERSATULAH MELAYU

Bersatulah Melayu

Kalau nampak ada retak

Kerana retak hujungnya belah

Bimbang belah membawa pecah

Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu

Melayu itu cermin

Dalam jernihnya kita menilik

Kita menilik mencari wajah

Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu

Melayu itu lampu

Terangi jalan luas terbentang

Siapa cuba kaburkan suluh

Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu

Melayu itu payung

Payung jangan carik

Carik payung

Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu

Melayu itu pohon

Akarnya mencengkam bumi

Bumi ini pautan kasih

Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu

Cari dan rangkalah jalan damai

Damai membuka pintu pertemuan

Pertemuan kelak merintis padu

Berpadulah Melayu, berpadu semua.

- Petikan Dari Utusan

Friday, August 19, 2011

Bila Puak Pakatan Buat Tazkirah, Kekadang Buka Aib Diri Sendiri

Kalau Pakatan Rakyat nak buat propaganda di sempena terawih di bulan Ramadhan yang mulia ini, homework sepatutnya dibuat. Jangan redah semacam sahaja dan akhirnya jemaah meluat.

Baru-baru ini Ustaz Badrol Amin (yang pernah menyetankan ulamak) telah ambil kesempatan bertazkirah di sebuah masjid di Pelabuhan Klang. Yang baik itu, memanglah jemaah ambil tapi bila bab tak baik dibuka, bak menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Memang bagus juga bila Badrol Amin pukul orang yang tak datang masjid. Tapi sebenarnya, yang dipukul bukan orang UMNO atau PAS dalam kariah tapi bak menghantukkan kepala Ketua Ranting PKR dalam kariah berkenaan ke dinding masjid.

Jangankan ke masjid, kenduri-kendara dan kematian memang tak nampak muka. Orang kuat PKR dalam kariah tersebut hanya tahu, gantung bendera PKR, DAP dan PAS dan tampal artikel dari Harakah, Selangorkini dan Suara Keadilan di satu ruang di depan rumahnya.

Berbalik kepada bab tazkirah, kalau diselitkan dengan propaganda politik orang jadi menyampah. Lantas, reaksinya ialah bangun dan keluar dari masjid.

Seperkara, yang kebetulan tuhan nak tunjuk, pada waktu asar pemimpin UMNO Bahagian dengan senyap-senyap telah solat asar di masjid yang berkenaan. Lepas solat, pemimpin UMNO Bahagian berkenaan, cari pegawai masjid, beri sumbangan RM1,000 dan terus beredar, tanpa minta untuk berucap pun!

Thursday, August 18, 2011

Badrol Amin Nak Tarik Remaja Dari Hiburan Lagha, Tapi Bossnya Luluskan Banyak Lesen Hiburan

Ust Badrol Amin beriltizam untuk menarik anak-anak muda dari hiburan yang lagha. Itu kata dia. Itu janji dia yang dilafazkan dalam sebuah masjid di Pelabuhan Klang.

Tapi umpama sekumpulan orang naik sampan. Orang di belakang sebok mendayung, yang ditengah membuang air dari perut sampan, tapi yang didepan tak peduli apa sebok menebuk lubang diperut sampan.

Saya tidak fikir lafaz janji Badrol Amin ini realistik. Mungkin Badrol Amin cuma syok sendiri dan buat-buat lupa, karaoke, kelab dangdut dan rumah urut tetap tumbuh seperti cendawan. Dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim (boss Badrol Amin) macam tindakan diluar tabii dilakukan oleh "Bapa Hiburan Selangor" seperti cineplex di U8, pusat hiburan 24 jam di I-City dan itu belum lagi bab hiburan di gereja!

Wednesday, August 17, 2011

Jangan Salahkan Gereja Dalam Isu Murtad - Ustaz Badrol Amin


Pengarah Jabatan Latihan & Komunikasi Selangor Ustaz Badrol Amin menyeru semua pihak tidak menyalahkan gereja dalam isu murtad. Alasan beliau, Nasrani sememangnya musuh Islam dan mereka sentiasa akan menarik orang-orang Islam menyertai mereka. Beliau berkata demikian, semasa tazkirah di sebuah masjid di Pelabuhan Klang, sebentar tadi.

Pelik! Kalau dah tahu sememangnya Nasrani musuh yang nyata mengapa perlu kompromi dalam penggunaan kalimah Allah di gereja? Malah Artikel 11(4) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan halangan pengembangan agama lain kepada penganut-penganut agama Islam.

Sebaliknya, Badrol Amin meletakkan kesalahan kepada institusi agama Islam, walhal kerajaan Selangor sendiri adalah dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mungkin Badrol nak letakkan kesalahan pada BN kot?

Ya Allah! Tetapkan Iman Isteriku & Para Muslimah

Moga dipelihara kehormatan dan keimanan para muslimah dari sebarang tarikan dan terpedaya dalam segala berbentuk material.

PETALING JAYA: A housewife’s urge to bet on a set of numbers from a stack of old 4D tickets she unearthed while spring-cleaning a bedroom cupboard has made her RM7.9mil richer.

The woman from Penang, in her 40s, had placed a Toto 4D Jackpot bet on 12 sets of 4D numbers using System Play 12, which created 66 pairs of 4D numbers.

One of the pairs, “2120 and 6291”, hit the first prize of the Toto 4D Jackpot last Saturday, totalling RM7.9mil.

According to a press release by Sports Toto Malaysia yesterday, the woman has no plans for her newfound fortune, saying she “still can’t think clearly at the moment”.

As a result of using System Play 12, the woman also won an additional prize money totalling RM3,360 for winning 20 sets of the third prize. - The Star

Tuesday, August 16, 2011

Malaysia Airlines Tak Tertongkat Langit?

''Setakat ini, apa yang jelas, AirAsia akan mendapat lebih manfaat terutamanya daripada segi kejuruteraan dan penyelenggaraan (MRO) dan juga latihan kakitangan kerana MAS diakui antara terbaik di bidang itu.

''Ada pendapat mengatakan dengan kerjasama ini, pesawat boleh dibeli dalam jumlah yang banyak dan menjimatkan kos. Namun hakikatnya, penjimatan masih boleh diraih dalam pembelian berjumlah kecil jika mempunyai kepandaian berunding,'' - Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (Bekas Pengarah Urusan MAS)

Wujudnya syarikat penerbangan kebangsaan bukan berdiri dengan sendiri. Sebaliknya, lahirnya MAS adalah dari sejarahnya tersendiri. [Rujuk Wikipedia].

Apabila AirAsia secara berani mengambilalih penerbangan kebangsaan itu, maka mereka juga harus juga secara berani memikul amanah negara.

Logo Malaysia Singapore Airlines

Logo awal Malaysia Airlines System

Pesawat awal dan logo Singapore Airlines

Dalam pada itu apa yang tersirat disebalik cadangan pegangan 20.5% Khazanah keatas MAS?[Baca SINI].

Disamping itu, siapa pula bakal peneraju MAS? [Baca SINI].

Monday, August 15, 2011

Najib Batalkan Lawatan Ke Klang

Saya mendengar khabar yang PM DS Najib akan datang ke Klang dan laporan awalnya di SINI.

Namun tengahari tadi, saya mendapat SMS dari seorang rakan berbunyi,

"tak jadi datang bro....maknanya dibatalkan"

Apa Komen Ambiga Bila Pilihanraya JKKK (Kg Baru) Selangor Pun Tidak Sempurna?

Foto : The Star

3 buah Kampung Baru Cina (New Village) yang menjadi projek perintis di Selangor telah selesai mengadakan pemilihan Ketua Kampung. Ketiga-tiga kampung tersebut ialah Kampung Baru Sg Jarum, Kuala Langat dan Kampung Bagan, Pulau Ketam serta Pandamaran, Klang.

Di Sg Jarum, tiada pemilihan apabila penyandang Tan Ching Hin tidak menerima sebarang cabaran. Sementara 2 minggu lalu, penyandang jawatan di Kampung Bagan, Pulau Ketam Cha Keng Lee kembali menyandang jawatannya apabila menewaskan pencabarnya Chua Chin Song dengan undi 749 berbanding 450.

Semalam, calon wanita Low See Mee memenangi pemilihan Ketua Kampung Pandamaran, apabila meraih 1,076 undi meninggalkan pencabar terdekat Tee Boon Hock yang mendapat 835 undi. Dalam pertandingan 6 penjuru tersebut, 4 calon telah hilang wang pertaruhan, RM500 setiap calon.

Dari kedua-dua pemilihan tersebut, ternyata jumlah keluar mengundi adalah amat rendah. Di Kampung Bagan, Pulau Ketam peratusan mengundi adalah sekitar 33% daripada lebih 3,000 yang layak mengundi.

Sementara di Pandamaran, peratusan keluar mengundi adalah dibawah 20% daripada lebih kurang 13,000 yang layak mengundi. Tambah menarik, ada bantahan dari calon apabila Low See Mee didakwa membina pondok panas berhampiran pusat mengundi.

Kesimpulannya, perjalanan pilihanraya tersebut gagal dan tetap dipertikaikan meski pun dikendalikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Khabarnya, ketiga-tiga pilihanraya tersebut menelan belanja RM60,000.

Apa komen Ambiga?

Sejarah Bakal Terlakar Di Kg Berembang Dengan Kehadiran Najib

Hanya di hujung 1990an, perkampungan setinggan Kg Berembang berubah wajah menjadi taman perumahan dengan nama baru Taman Seri Berembang yang majoriti unit kediamannya adalah flat kos rendah dan cuma 25% daripada unit-unit merupakan apartmen kos sederhana.

Kg Berembang suatu ketika antara penempatan setinggan di bandar Pelabuhan Klang selain Sg Aur, Kg Mat Zin, Jalan Samy, Kg Benggali dan Kg Masjid.

Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kawasan setinggan tersebut pernah didiami oleh tokoh-tokoh politik tempatan seperti Allahyarham Dato' Zakaria Md Deros dan Puan Soyah (bekas Ketua Kaum Ibu (Wanita) UMNO.

Apabila kawasan setinggan tersebut berubah wajah menjadi taman perumahan, generasi ketiga kampung setinggan tersebut telah mengambil tanggungjawab mendirikan sebuah surau yang lebih selesa. Saya amat kenal dengan mereka yang bertanggungjawab dalam menegakkan surau yang lebih sempurna di situ.

Pembinaan surau tersebut bukanlah suatu tugas yang mudah. Kumpulan anak-anak muda tersebut telah mengambil langkah berani dengan berhutang untuk membina surau tersebut, disamping menebalkan muka untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.

Setelah melalui liku-liku, akhirnya surau tersebut berjaya disiapkan menjelang 2004. Pastinya, suatu kenangan manis bagi mereka yang terlibat, bila dikhabarkan pada hari Nuzul Quran PM DS Najib Razak akan menunaikan solat Asar di sana.

Selamat Datang PM!