Kg Berembang suatu ketika antara penempatan setinggan di bandar Pelabuhan Klang selain Sg Aur, Kg Mat Zin, Jalan Samy, Kg Benggali dan Kg Masjid.
Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kawasan setinggan tersebut pernah didiami oleh tokoh-tokoh politik tempatan seperti Allahyarham Dato' Zakaria Md Deros dan Puan Soyah (bekas Ketua Kaum Ibu (Wanita) UMNO.
Apabila kawasan setinggan tersebut berubah wajah menjadi taman perumahan, generasi ketiga kampung setinggan tersebut telah mengambil tanggungjawab mendirikan sebuah surau yang lebih selesa. Saya amat kenal dengan mereka yang bertanggungjawab dalam menegakkan surau yang lebih sempurna di situ.
Pembinaan surau tersebut bukanlah suatu tugas yang mudah. Kumpulan anak-anak muda tersebut telah mengambil langkah berani dengan berhutang untuk membina surau tersebut, disamping menebalkan muka untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.
Setelah melalui liku-liku, akhirnya surau tersebut berjaya disiapkan menjelang 2004. Pastinya, suatu kenangan manis bagi mereka yang terlibat, bila dikhabarkan pada hari Nuzul Quran PM DS Najib Razak akan menunaikan solat Asar di sana.
Selamat Datang PM!
1 comment:
di khabarkan juga DS Najib akan ke perumahan kg keretapi bersama penduduk dan anak yatim memberi bantuan dan umum berita baik.
seterusnya akan ke masjid samadiah
bandar sultan sulaiman bersama khariah masjid menunaikan fardu isyak,terawih dan melakukan program bersama penduduk.
semua di jemput hadir!!
Post a Comment