Saturday, August 20, 2011

Bersatulah Melayu - Lim Swee Tin

BERSATULAH MELAYU

Bersatulah Melayu

Kalau nampak ada retak

Kerana retak hujungnya belah

Bimbang belah membawa pecah

Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu

Melayu itu cermin

Dalam jernihnya kita menilik

Kita menilik mencari wajah

Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu

Melayu itu lampu

Terangi jalan luas terbentang

Siapa cuba kaburkan suluh

Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu

Melayu itu payung

Payung jangan carik

Carik payung

Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu

Melayu itu pohon

Akarnya mencengkam bumi

Bumi ini pautan kasih

Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu

Cari dan rangkalah jalan damai

Damai membuka pintu pertemuan

Pertemuan kelak merintis padu

Berpadulah Melayu, berpadu semua.

- Petikan Dari Utusan

3 comments:

Anonymous said...

NUKILAN DARI JIWA MURNI SEORG INSAN DIBUMI TANAH MELAYU BERNAMAKAN
'LIM SWEE TIN'
Aku malu menjadi melayu
melayu adalah darah keturunanku
cina/india/kadhazn ,murut dllnya
adalah saudara berlainan darah ku
kerunsingan mu menusuk kalbuku
kecerian mu mengundang kesyukuran pd ku
tapi sewaktu ini kenangan dulu2 udah berlalu
ketamakan menggadai keharmonian
fitnah dan kerakusan mnjadi medan perjuangan
wahai saudara2ku yg berlainan darah
aku bisa 'membaiki' retak jika satu
tapi retak kini udah beribu
mana munkin aku bisa
aku terselimpuh dari kekeringan keringat
wahai saudara bukan sedarak ku
temani aku membaiki retak beripu
moga kita bisa hidup bersatu
seperti dulu dibumi tercinta yg dulu dipanggil rumpun melayu
yang pnya tanah dari keturunan ku
tapi kerana kasih sayang 'wahai saudara bukan sedarahku
kau binalah hidup mu HANYA SATU PINTA KU,,,JGN DIMUSNAHKAN 'OTAK DAN FIKIRAN' BUAT JENERASI BARU
DISINI KAMU MENANAM DAN DISINI KITA MENUAI DAN DISINI KITA DI'TANAM' ,,,DIBUMI MU,,,,,,

Anonymous said...

dua kali aku pernah bertemu singkat dngn Swee Tin. Pada hemat aku, Swee Tin anak Kelantan budiman.

Pekertinya jauh lebih mulia berbanding anak melayu Kelantan yang disemai rasa benci terhadap saudara Islamnya sejak kecil.

Bagi ku Swee Tin adalah 'jiwa Melayu sejati yang terperangkap dalam tubuh seorang Cina'

whiteorange said...

Lim Swee Tin Kacukan Siam China Kelantan

Adiknya satu kuliah dengan aku

Keluarga ini tutur katanya lembut dan berhemah!!!