Saturday, February 15, 2014

Apahal Yang Bikin Anwar Sampai Menonggeng Tu?


Sepanjang lebih sebulan yang mendatang, kita akan menyaksikan banyak aksi-aksi lawak dari calon PKR untuk PRK kawasan DUN Kajang, DS Anwar Ibrahim.

Antara aksi badut Anwar yang dipertonton ialah bila marah dikatakan takut untuk berdepan dengan TS Muhammad Shafee Abdullah.


Ketika beliau pertikaikan Shafee yang pernah menjadi lawyer UMNO dan kemudian menjadi pendakwa untuk kes rayuan liwat keatas Saiful Bohari, beliau sengaja pura-pura lupa pula dalam hal melantik Karpal Singh sebagai lawyernya untuk kes liwat berkenaan.

Walhal Karpal pernah mendedahkan kes liwat Azizan kepada parlimen pada 18 Disember 1997, seperti terkandung dalam hansard parlimen yang berbunyi,
Ini adalah satu perkara yang telah saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober tahun ini. Ini mengenai dua surat yang ditulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. 
Satunya adalah ini, Tuan Speaker, jika saya boleh baca, ‘Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan Bin Abu Bakar.’ Pada 22 Oktober. 
Bolehkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap perkara ini. Pertama, mendakwa orang yang menulis surat ini jika surat ini tidak benar. Bolehkan Timbalan Perdana Menteri membiarkan dakwaan serius seperti dalam surat bersumpah berlaku ?
Butir-butir surat sumpah ini dan saya merayu kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Apa yang beliau (Anwar) jawab adalah perkara ini dalam tangan Peguam Negara. 
Tuan Speaker, hari ini adalah hari terakhir persidangan dewan ini. Sampai sekarang tidak ada apa-apa penjelasan daripada Peguam Negara. Tohmahan yang dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius, saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang penting di sini: 
‘Pengakuan Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah… 
Apa yang saya bangkitkan hari ini, sampai hari ini tidak ada keputusan daripada Peguam Negara. Kenapa? 
Buktikan, saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke dewan ini….

Thursday, February 13, 2014

Mat Taib Kini Pelengkap Anwar, Selepas Ujang Bagong & Almarhum Tunku Abdul Rahman Untuk 'Kajang Move'


The Malaysia Insider melaporkan pengumuman DS Anwar Ibrahim akan memberikan tugasan kepada bekas MB Selangor TS Muhamad Mohd Taib dalam pentadbiran negeri Selangor selepas PRK Kajang.

Tugasan kepada Mat Taib menurut Anwar, adalah mengambilkira kepakarannya dalam program desa.

Blog Gelagat Anwar dalam mengulas pengumuman Anwar tersebut, menyifatkan betapa kegagalan Setia Usaha Agung PKR Dato' Saifudin Nasution  yang telah sedia ada diletakkan dibawah pay-roll kerajaan negeri untuk membantu Pejabat MB Selangor dalam hal-ehwal desa. Tugasan kepada Mat Taib khusus kepada jajaran utara Selangor yang merangkumi jaluran Sabak Bernam-Sungai Besar-Sekinchan-Tanjung Karang-Ijok-Selayang, dedah blog berkenaan.

Kami di blog Akar Umbi berpandangan, pengumuman Anwar tersebut lebih kepada gimik politiknya bagi melengkap watak-watak tokoh nasional (Tunku Abdul Rahman), tokoh tempatan Kajang (Ujang Bagong) dan tokoh negeri (Mat Taib), sebagai umpan sepanjang tempoh PRK Kajang.

Memang diakui bahawa Mat Taib dilihat antara penjawat MB Selangor yang mampu dalam menyaingi legasi Allahyarham Dato' Idris, sepanjang  tempoh perkhidmatannya antara 1986-1997, berbanding dua MB sebelumnya, Allahyarham Dato' Hormat Rafie dan Allahyarham Dato' Ahmad Razali Mohd Ali.

Namun begitu, perlu juga diingat Mat Taib telah menjankau 17 tahun tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri Selangor dan lantaran itu amat sukar untuk menjangka penerimaan terhadapnya oleh rakyat desa. Malah beliau juga melepaskan jawatan MB Selangor dalam keadaan kontroversial, apabila ditahan di Australia dengan tuduhan membawa sebeg wang melebihi dari had dibenarkan.

Dalam keadaan sekarang ini, Mat Taib bukanlah ahli PKR. Sebaliknya, beliau adalah ahli PAS berkuatkuasa pada April 2013.

Apakah ini bermaksud Anwar cuba menjadikan Mat Taib sebagai jambatan antara PKR dengan PAS?

Kemungkinan itu tidak dapat disangkal, memandangkan keakraban Mat Taib dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Harun Din. Sebenarnya, bukanlah rahsia sepanjang Mat Taib menjadi MB Selangor Harun akan menyampaikan syarahan agama setiap Rabu hujung bulan selepas solat Maghrib di kediaman rasmi MB Selangor. [Baca SINI]

Tambahan pula, khabarnya Mat Taib kini menjawat Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Pas Pusat, maka kemungkinan untuk Anwar menggunakan Mat Taib itu tetap ada.

Mengambilkira penerimaan dingin dikalangan tokoh-tokoh agama dalam PAS terhadap Anwar, hubungan Mat Taib - Harun Din adalah amat penting untuk memulihkan imej Anwar dikalangan mereka.

Semuanya kini terpulang kepada Mat Taib untuk membuat keputusan terhadap cadangan dan tawaran Anwar. Namun saya masih ingat dengan kata-kata Mat Taib dalam suatu perjumpaan tertutup yang kami turut hadiri, ketika tempoh singkatnya menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, selepas perletakan jawatan oleh Dr Khir Toyo ekoran kekalahan BN Selangor pada PRU12. Beliau mengingatkan kami akan kecenderungan golongan pesara memihak kepada Pakatan Rakyat dan pembendungan kearah itu harus dibuat.

Namun akhirnya, beliau sendiri yang gagal mengawal dirinya setelah hilang semua jawatan yang disandangnya. Apakah beliau sentiasa perlukan belaian dan dipujuk untuk kekal dalam UMNO?

Silap Besar Bila Noh Omar Tidak Raikan Kejayaannya Perangkap Khalid Samad Untuk Mengaku 'God' Tak Boleh Diterjemahkan Sebagai 'Allah'


Tanpa publisiti, akhirnya debat antara DS Noh Omar dengan YB Khalid Samad telah pun berlangsung awal minggu ini di MOB TV, selepas pembatalan debat anjuran akhbar Sinar Harian. Namun debat antara Ketua Perhubungan UMNO Selangor dengan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, lebih diarahkan dalam bentuk muzakarah yang dimoderatorkan oleh Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz dengan tajuk 'Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan'.

Berbeza dengan Noh, Khalid bagai meraikan kemenangannya di blognya, dengan memperlekeh lawan debatnya sebagai bukan pakar dalam perlembagaan mahu pun dalam hukum hakam Islam.

Saya cuba memdapatkan kenyataan susulan Noh berhubung muzakarah berkenaan melalui blognya 'Dari Pena Noh Omar' tetapi gagal, kerana laman tersebut kemungkinan telah ditutup. Sebelum ini, laman ini pernah wujud dan dibuktikan dari petikan di bawah:-


Ini menimbulkan persoalan, apakah Noh kini tidakyakin dengan penyebaran maklumat melalui media baru?

Sebaliknya Noh hanya menguar-uarkan di Twitternya dan menyerahkan sepenuhnya kepada khalayak untuk membuat penilaian terhadap muzakarah berkenaan.


Pada pandangan saya, amat sukar untuk kebanyakan dari kita untuk meluangkan masa untuk menonton video yang berdurasi 88:35 minit.

Namun begitu, sebagai rumusan setelah menonton keseluruhan video muzakarah tersebut, saya menyimpulkan;
  • Mempertontonkan sifat riak Khalid yang bukan sahaja mempertikaikan undang-undang, malah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa termasuk keputusan Majlis Syura Ulamak PAS. Khalid lebih bercakap dari perspektif politik, berbanding membicarakan soal asas berkenaan penggunaan kalimah 'Allah'.
  • Khalid terperangkap dengan sikap dolak-daliknya dan akhirnya mengaku bahawa 'God' dalam Bible tidak boleh diterjemahkan kepada 'Allah' dalam bahasa Melayu.
  • Noh berjaya berjaya membuatkan Khalid terkedu apabila didedahkan bahawa Enakmen pengawalan pengembangan ugama Islam telah terwarta di Kelantan pada lebih lama dari Selangor dengan hukuman denda maksimum RM10,000, penjara maksimum 5 tahun dan termasuk hukuman sebat. Begitu juga enakmen di Pulau Pinang telah diluluskan pada 2004 dan telah dikuatkuasakan pada era pemerintahan DAP (2010) dengan hukuman denda maksimum RM2,000 dan hukuman penjara maksimum 2 tahun. Sebaliknya, enakmen di Selangor sekadar denda RM1,000 sahaja.

Wednesday, February 12, 2014

"Kalau dah tanya macam-macam, you nak tanya sekali lagi buat apa?" Soal Shafee Pada Anwar


Awal-awal lagi DS Anwar Ibrahim yang menjadi responden dalam  rayuan kes liwat yang melibatkan dirinya, mencari helah untuk menangguhkan perbicaraan.

Mahkamah rayuan hari ini menolak notis usul dari responden untuk semula pegawai penyiasat kes, Supritendan Judy Blacious Pereira.

Tidak berpuas hati dengan keputusan, pasukan pembelaan responden telah memohon penangguhan kerana ingin memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Dalam pada itu ketua pasukan pendakwaan, TS Dr Muhammad Shafee Abdullah membuat kenyataan yang amat mengguris hati Anwar.
"Kalau you dah tanya dia dah begitu panjang berkenaan dengan episod yang sama, you nak panggil dia sekali lagi buat apa?"

Selepas Ujang Bagong, Anwar Ibrahim Guna Nama Almarhum Tunku Abdul Rahman Pula....


Sempena kedatangan PRK di Kajang, maka ahli-ahli panel yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah dikumpulkan untuk membicarakan tentang 'Bapa Kemerdekaan' Almarhum Tunku Abdul Rahman melalui forum 'Legasi Tunku Abdul Rahman'.

Saya mengamati bicara kesemua ahli panel yang terdiri dari DS Anwar Ibrahim, TS Khalid Ibrahim, Lim Kit Siang dan Dr Hatta Ramli, tetapi tidak mendengar bicara Dato' S.Ambiga.

Masing-masing, selepas ketiadaan Tunku bagai bersetuju mengangkat pemikiran Almarhum PM pertama tersebut sebagai tokoh penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia.

Namun, agak sukar menerima kenyataan yang dibuat oleh Anwar, apatah lagi Lim Kit Siang dalam menghargai peranan Tunku.

Jika benar Lim Kit Siang menyanjung Tunku, mana mungkin beliau begitu beria-ia untuk berjuang dalam DAP, jika tidak bertujuan untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan (kemudian menjadi Barisan Nasional) pimpinan Tunku.

Malahan ketika tercetusnya tragedi 13 Mei 1969, Tunku ketika itu adalah PM dan Lim Kit Siang pula adalah tokoh muda DAP yang mewarisi konsep 'Malaysian Malaysia' yang dipelopori dari idealisme Lee Kuan Yew. Oleh itu, jika Tunku diterima sebagai tokoh penyatuan, mengapa pula diobori pula perjuangan Lim Kit Siang dengan konsep 'Malaysia Malaysia' tersebut.

Adalah keterlaluan apabila keempat-empat ahli panel yang bersetuju bahawa polarisasi kaum adalah berpunca dari UMNO dan Tun Dr Mahathir dijadikan sasaran sebagai puncanya.

Umumnya, polarisasi yang berlaku hari ini, jika dijadikan topik untuk dibahaskan, maka ia tidak akan kesudahan, umpama membahaskan 'antara telur dan ayam, siapa yang dahulu'?

Seperkara yang amat kurang disenangi apabila Anwar dan Khalid Ibrahim membuka keaiban Tunku dengan mengungkit kegemaran bermain kuda dan minum arak.

Mungkin ini bermaksud untuk mempengaruhi rakyat Malaysia supaya menerima pemimpin yang berkarekter sedemikian. Khusus kepada perjuangan hidup mati Anwar dalam PRK Kajang, mungkin ini bermaksud supaya rakyat Kajang menerimanya meskipun peliwat?

Keseluruhannya, hujah-hujah keempat-empat ahli politik di atas adalah umpama ucapan Mr Bean terhadap lukisan Whistler's Mother (video bawah).


Sesungguhnya ini permainan kedua Anwar, selepas awalnya terhegeh-hegeh mencari tokoh tempatan Kajang, Dato' Ujang Bagong. [Baca SINI]

Tuesday, February 11, 2014

"Saya mengenali Anwar daripada tingkatan enam," Ujar Shafee Abdullah

"Selagi tiada kepentingan kehendak, saya akan pertimbangkan, bahkan saya lebih mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Najib, Abdullah Badawi. 
Saya mengenali Anwar daripada tingkatan enam," - TS Dr Muhammad Shafee Abdullah
Itulah kenyataan TS Muhammad Shafee Abdullah kepada wartawan di Mahkamah Rayuan Putra Jaya, selepas DS Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan peguam kanan berkenaan sebagai pendakwa untuk rayuan kes liwat yang membabitkan dirinya.

Mungkinkah ada sesuatu yang terlalu peribadi antara mereka berdua, hingga Anwar bertindak cuba mengelak dari berdepan dengan Shafee?

Kebarangkalian terhadap teori tersebut mungkin ada, jika tidak masakan Anwar agak kelam kabut kali ini.

Monday, February 10, 2014

Teresa Kok Gagal Tunjuk Rekod Perubatan Sebagai Bukti Keracunan Makanan Kepada Mahkamah

Foto : FB Local Banglasia
Menurut laporan NST, Teresa Kok mengaku tidak mempunyai rekod perubatan yang membuktikan beliau mengalami keracunan makanan semasa dalam tahanan ISA.
KUALA LUMPUR : Seputeh Member of Parliament Teresa Kok Suh Sim, who filed a suit against former home minister Tan Sri Syed Hamid Albar and three others told the High Court, here, today that she did not have any medical record to show she suffered from food poisoning while being detained under the Internal Security Act (ISA). 
Kok also said that she did not have a medical report on her mental stress and physical health when detained by the Special Branch of the Royal Malaysian Police from Sept 12 to 19, 2008. 
Asked by senior federal counsel Lailawati Ali during cross-examination whether she complained about the pain when examined by a doctor on duty, Kok said: "No.

Walaupun Orang Jepun Datang Minta Maaf, Anwar Masih Kekal Sebagai Makhluk Yang Tidak Dikehendaki Oleh Kerajaan Jepun

Foto : TMI
"Saya bertanggungjawab ke atas insiden memalukan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim," - Jiro Hanyu
Meskipun Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa telah mengungkapkan kata-kata di atas, namun ia adalah atas kapasiti sebagai pihak yang mengundang Anwar ke Jepun dan seterusnya membawa kepada pengusiran beliau dari memasuki Jepun.

Perlu diingat bahawa Hanyu bukan jurucakap kerajaan Jepun. Justeru, Anwar masih kekal sebagai makhluk yang tidak dikehendaki oleh Kerajaan Jepun.

Sunday, February 9, 2014

Proses mem'Firaun'kan Anwar Ibrahim Dalam Pakatan Rakyat


Adalah amat malang untuk DAP dan PAS untuk mempercayai alasan-alasan Anwar Ibrahim yang sengaja mencipta PRK Kajang dan kemudiannya menamakan dirinya sebagai calon di kawasan tersebut.

Pemimpin-pemimpin DAP dan PAS akan kelihatan amat bodoh jika menerima alasan Anwar yang mengatakan untuk mengekang kemaraan tindakan agresif UMNO Selangor yang memainkan sentimen agama.

Mereka turut dipedayakan dengan dendangan Anwar yang berhasrat menjadikan Kajang sebagai asas perjalanan ke Putra Jaya.

Para pemimpin DAP dan PAS bagai tidak dapat menghidu yang permainan Anwar ini adalah suatu proses untuk mem'Firaun'kan dirinya dalam Pakatan Rakyat.

Anwar sesuka hati boleh mengarahkan seorang wakil rakyat untuk berhenti dan kemudiannya menobatkan dirinya untuk mengambilalih tempat tersebut.

Apakah Anwar adalah 'super hero' yang mampu mengekang Selangor dan seterusnya merintis jalan ke Putra Jaya dengan hanya menjadi Adun biasa? Jika jawapannya adalah 'ya', Anwar boleh melakukan dengan kedudukannya sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, tanpa perlu menjadi salah seorang Adun di Selangor.

Jika selepas ini Anwar menjadi MB Selangor, andai menang di Kajang maka ia akan menunjukkan belangnya yang sebenar.

Awal tahun ini Anwar ada mengatakan kepada anggota-anggota PKR, "My name is Anwar Ibrahim and I used to be the next Prime Minister,' dalam satu majlis dialog di Puchong.

Ungkapan itu sudah cukup untuk membuktikan betapa kuatnya keazamannya untuk menjadi Perdana Menteri, tanpa mempeduli proses yang perlu dilalui dalam PKR dan seterusnya dalam Pakatan Rakyat.

Ini bermakna keberadaan para pemimpin DAP, PAS dan apatah lagi PKR adalah sekadar untuk menerima apa jua arahan dari Firaun, Anwar Ibrahim.

Realiti yang Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hadi Awang dan Mohamad Sabu harus terima ialah dalam pada mereka berasa begitu allergic terhadap 'Ketuanan Melayu', mereka kini dihimpit oleh 'Ketuanan Anwar'!