Thursday, February 13, 2014
Mat Taib Kini Pelengkap Anwar, Selepas Ujang Bagong & Almarhum Tunku Abdul Rahman Untuk 'Kajang Move'
The Malaysia Insider melaporkan pengumuman DS Anwar Ibrahim akan memberikan tugasan kepada bekas MB Selangor TS Muhamad Mohd Taib dalam pentadbiran negeri Selangor selepas PRK Kajang.
Tugasan kepada Mat Taib menurut Anwar, adalah mengambilkira kepakarannya dalam program desa.
Blog Gelagat Anwar dalam mengulas pengumuman Anwar tersebut, menyifatkan betapa kegagalan Setia Usaha Agung PKR Dato' Saifudin Nasution yang telah sedia ada diletakkan dibawah pay-roll kerajaan negeri untuk membantu Pejabat MB Selangor dalam hal-ehwal desa. Tugasan kepada Mat Taib khusus kepada jajaran utara Selangor yang merangkumi jaluran Sabak Bernam-Sungai Besar-Sekinchan-Tanjung Karang-Ijok-Selayang, dedah blog berkenaan.
Kami di blog Akar Umbi berpandangan, pengumuman Anwar tersebut lebih kepada gimik politiknya bagi melengkap watak-watak tokoh nasional (Tunku Abdul Rahman), tokoh tempatan Kajang (Ujang Bagong) dan tokoh negeri (Mat Taib), sebagai umpan sepanjang tempoh PRK Kajang.
Memang diakui bahawa Mat Taib dilihat antara penjawat MB Selangor yang mampu dalam menyaingi legasi Allahyarham Dato' Idris, sepanjang tempoh perkhidmatannya antara 1986-1997, berbanding dua MB sebelumnya, Allahyarham Dato' Hormat Rafie dan Allahyarham Dato' Ahmad Razali Mohd Ali.
Namun begitu, perlu juga diingat Mat Taib telah menjankau 17 tahun tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri Selangor dan lantaran itu amat sukar untuk menjangka penerimaan terhadapnya oleh rakyat desa. Malah beliau juga melepaskan jawatan MB Selangor dalam keadaan kontroversial, apabila ditahan di Australia dengan tuduhan membawa sebeg wang melebihi dari had dibenarkan.
Dalam keadaan sekarang ini, Mat Taib bukanlah ahli PKR. Sebaliknya, beliau adalah ahli PAS berkuatkuasa pada April 2013.
Apakah ini bermaksud Anwar cuba menjadikan Mat Taib sebagai jambatan antara PKR dengan PAS?
Kemungkinan itu tidak dapat disangkal, memandangkan keakraban Mat Taib dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Harun Din. Sebenarnya, bukanlah rahsia sepanjang Mat Taib menjadi MB Selangor Harun akan menyampaikan syarahan agama setiap Rabu hujung bulan selepas solat Maghrib di kediaman rasmi MB Selangor. [Baca SINI]
Tambahan pula, khabarnya Mat Taib kini menjawat Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Pas Pusat, maka kemungkinan untuk Anwar menggunakan Mat Taib itu tetap ada.
Mengambilkira penerimaan dingin dikalangan tokoh-tokoh agama dalam PAS terhadap Anwar, hubungan Mat Taib - Harun Din adalah amat penting untuk memulihkan imej Anwar dikalangan mereka.
Semuanya kini terpulang kepada Mat Taib untuk membuat keputusan terhadap cadangan dan tawaran Anwar. Namun saya masih ingat dengan kata-kata Mat Taib dalam suatu perjumpaan tertutup yang kami turut hadiri, ketika tempoh singkatnya menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, selepas perletakan jawatan oleh Dr Khir Toyo ekoran kekalahan BN Selangor pada PRU12. Beliau mengingatkan kami akan kecenderungan golongan pesara memihak kepada Pakatan Rakyat dan pembendungan kearah itu harus dibuat.
Namun akhirnya, beliau sendiri yang gagal mengawal dirinya setelah hilang semua jawatan yang disandangnya. Apakah beliau sentiasa perlukan belaian dan dipujuk untuk kekal dalam UMNO?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bangsat punya manusia..semua org nak di kuda kan semata mata nafsu haloba nak jadi PM
kah kah manusia bawa 10 kilogram duit cash kantoi di lapang terbang KLIA.....mat toyson kena ingat kes kantoi bawa duit berkilo kilo dulu isebabkan angkara orang orang anwar Ibrahim.....mudah sangat lupa...alahai mat toyson dah ditendang dari Hulu Selangor merempat di tempat lain....
Akhir zaman ni, macam2 gelagat orang tua2 kita. Semakin tua bukan semakin dekatkan diri dengan Allah, sebaliknya semakin jauh dari Allah. Menyokong, membantu orang yang terang2 dilaknat oleh Allah kerana mengamalkan budaya kaum Nabi Lut malah orang ini juga membawa ugama baru untuk menggantikan Islam.... kenapa teruk sekali orang Melayu Malaysia ni huh!!!!!!
Post a Comment