Saturday, May 14, 2011

Siapa Yang Bertakhta Akhirnya?


Akibat memilih haluan masing-masing, maka terhakis kuasa bangsa dan agama.

Kalau UMNO Selangor mahu 30 kerusi DUN dalam PRU13, maka semarakkan rasa kasih sayang sesama kita.

Benderangnya obor kasih sayang, maka tidak perlu PAS untuk bersama kita dalam memperkasa maruah agama dan bangsa.

Bukti Lelaki Itu Adalah Anwar Ibrahim!


Begitu menarik gerak pergelangan tangan kanan Anwar Ibrahim di minit 0:28.

Pernah ku lihat gerak tersebut, tapi di video mana ya?

Ada sesiapa perasan?

Bloggers Selangor : Bukan Kena Ditikam Belakang Tapi "Baik Punya Cilok"

Gerakan Anti PKR melaporkan ada blogger yang deal dengan VVIP UMNO Selangor.

Ini bukan kes tikam belakang tapi kes "baik punya cilok"!

Mentang-mentanglah kita masing-masing tidak berwajah dan blogger jalanan.

Namun, berita-berita di lapangan biasanya sahih dan bukan setakat dengar-dengar. Kecuali, jika tidak ada di lapangan, kami akan linkkan dari sumber utama.

Lantaklah kau orang sebab dari dulu aku letakkan diri aku soldadu sahaja dan berdiri dalam saf jamaah bukan imam!

Sabar para sahabat sekelian.

Tuesday, May 10, 2011

Pemergian Bonda di Hari Ibu

MASIH BERCUTI.

Bonda tercinta kembali ke rahmatullah pada 6.45 petang sempena Hari Ibu 8/5/2011.

Selamat dikebumikan pada 9/5/2011 jam 11.30 pagi.

Terima kasih atas ingatan rakan-rakan blogger Medan Ifo, GAP, Gerakan Timur, Tunku, Anti Bohmau dan lain-lain berserta dengan pesanan dan nasihat anda.

Sepanjang usia tidak pernah berpisah dengan bonda (kecuali tinggal di asrama), meski pun telah berkeluarga sendiri.

Bonda tiba-tiba menjadi OKU (tidak boleh berjalan) pada tahun 2005 setelah kami adik beradik berserta keluarga masing-masing kembali dari bercuti di Genting Highland.

P/s ayah saya meninggal dunia pada 22/10/1999 dan PRU telah berlangsung selepas itu. Mungkin dengan pemergian bonda ini, turut menandakan PRU bakal berlangsung pada tahun ini?

Sunday, May 8, 2011

Mom In Critical Condition

CUTI.....

My mom is in critical condition....

Very sad moment on this mother's day.....