Friday, December 6, 2013

Khalid Ibrahim Naik Angin Dengan Teguran Ketua Audit Negara - "Jaga Perjalananan Wang, Jangan Pertikai Mutu Jalan Raya"


Sakit betul hati MB Selangor TS Khalid Ibrahim apabila ditegur oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan KAN 2012 berkenaan mutu penyelenggaraan jalan raya di Selangor.

Khalid mempertikaikan teguran berkenaan kerana merasakan ia diluar tanggungjawab audit. Dalam kenyataan media yang disiar oleh Selangor Kini;
Berhubung teguran Audit Negara berkenaan kelewatan membelanjakan wang MARRIS tersebut, Menteri Besar berpandangan sepatutnya Audit Negara menumpukan fokus kepada tatacara penggunaan wang yang disalurkan;  samada mengikut ketetapan dan garis panduan kewangan yang betul bukannya isu wang tersebut dibelanjakan sepenuhnya.
Menteri Besar juga berasa agak musykil dengan pendedahan Audit bahawa menurut tinjauan Audit Negara rakyat dikatakan tidak berpuashati terhadap mutu jalan raya Selangor kerana Menteri Besar berpandangan penyataan tersebut menunjukkan jabatan  telah lari dari tugas dan matlamat sebenar yakni memastikan wang dibelanjakan dengan tertib dan mengikut garis panduan yang ditentukan Perbendaharaan.
Khalid juga sepatutnya mengaku tentang penemuan audit apabila mendapati peruntukan penyelenggaraan jalan raya telah digunakan untuk kerja-kerja pembersihan PBT (RM67.42 juta) dan kerja membaik pulih UNISEL (RM5.15 juta). Jika tidak kerana teguran Ketua Audit Negara, rasanya Khalid tidak membuat pelarasan untuk memulangkan RM ke akaun amanah berkenaan.

Malang sekali apabila seorang ketua eksekutif negeri mempertikaikan kuasa jabatan audit. Barangkali ini puncanya Khalid tersingkir sebagai CEO Guthrie, gara-gara gagal menghormati laporan audit.

Khalid Ibrahim Tak Peduli Pada Anwar Ibrahim - Sebab Bukan PKR Tapi DAP Yang Sokong Dia Jadi MB


Meskipun ditegur oleh bossnya (DS Anwar Ibrahim), MB Selangor TS Khalid Ibrahim masih mempertahan pendiriannya tentang penggunaan peruntukan penyelenggaraan jalan raya di Selangor.

Sebelum ini Anwar menegur Khalid dengan kenyataan yang menyebut bahawa kesejahteraan rakyat di Selangor bukan diukur dengan bajet surplus mahu pun defisit, sebaliknya diukur sejauh mana perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

Sebaliknya, dalam menjawab isu peruntukan penyelenggaraan di Selangor yang hanya pada penggunaan 36%, Khalid berkata "Kerajaan negeri telah berjaya menjimatkan sejumlah RM29.21 juta atau 24.5% daripada kos anggaran projek, RM1.02 juta atau 21.1% untuk projek bawah pejabat daerah dan RM62.82 juta atau 18% untuk projek bawah Kerajaan Negeri".

Soalnya sekarang, berjimat atau tak buat lansung? Cuba anda perhatikan pada gambar-gambar di bawah untuk perbandingan.


Foto atas diambil di kawasan hard-core DAP, Jalan Chan Ah Soo dalam DUN Pandamaran. Jalan diturap dengan cantik kerana Adun DAP mengambil langkah bijak dengan menggunakan peruntukan di kawasan yang diwakilinya.


Sementara di kawasan yang diwakili oleh Khalid (foto dirakam di Kg Idaman, Pelabuhan Klang) iaitu DUN Pelabuhan Klang, itu sahajalah bentuk penyelenggaraan yang diberikan olehnya.

Mungkin Khalid merasakan bahawa perlantikannya disokong oleh DAP Selangor dan bukan oleh PKR Selangor maka keutamaan diberikan kepada DAP.

Thursday, December 5, 2013

Demi Menang PRU 1995, Nik Aziz Bentang Rang Undang-Undang Enakmen Hudud Kelantan Bukan Untuk Dilaksanakan?


Suatu fakta yang perlu diketahui bahawa Enakmen Hudud Kelantan yang diluluskan oleh DUN Kelantan pada 25 November 1993, namun ia belum diwartakan. Ini bermakna enakmen tersebut masih kekal sebagai rang undang-undang. (Baca pendedahan di AIDC).

Mengimbas kembali kepada kempen PRU 1990, PAS menggunakan isu perlaksanaan hudud untuk meraih sokongan dan menggambarkan bahawa mereka lebih Islamik berbanding UMNO. Mereka menggunakan slogan "Hari ini menang, esok kita laksanakan hudud".

Saya pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang bekas Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menjelang PRU 1999 yang memberitahu betapa kelam kabutnya PAS dalam merangka enakmen hudud kerana sering ditanya akan janji mereka pada PRU 1990.

Oleh kerana dalam PAS sendiri tidak punya kepakaran dalam merangka draf enakmen hudud, maka mereka telah mendapatkan bantuan dari salah seorang peguam yang juga ahli parlimen parti Semangat 46 (rakan komponen di Kelantan ketika itu). Baca kisahnya di SINI.

Memang betul andaian bekas pegawai berkenaan, bahawa draf enakmen berkenaan hanyalah semata-mata 'alat' untuk menghadapi PRU 1995.

Oleh kerana ia telah menjadi sejarah, maka generasi muda pro-pembangkang hari ini pun dapat menyaksi dan menyimpulkan bahawa hudud Kelantan dirangka bukan untuk dilaksanakan.

Wednesday, December 4, 2013

Pembongkaran Rahsia Tabung Amanah Bencana Alam Khalid Ibrahim


Sekali pandang, begitu muluk dan molek penubuhan Tabung Amanah Bencana Alam Selangor, malah ditubuhkan secara sah melalui enakmen yang diluluskan oleh DUN.

Akan tetapi, apabila menyemak keseluruhan enakmen berkenaan tidak terdapat pun klausa yang menyebut kegunaan tabung ini adalah untuk membantu dan menyelenggara jika berlaku bencana alam di Selangor. Sebaliknya penggunaan tunggal tabung amanah ini ialah seperti disebut dalam Seksyen 5,
Selepas tahun 2016, Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan apa-apa amaun dari Kumpulan Wang sebagaimana ia fikirkan wajar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.
Penggunaan tunggal ini yang tidak dikuatkan lagi oleh Seksyen 6,
Tertakluk kepada seksyen 5, wang dalam Kumpulan Wang tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara,
Tabung Amanah Bencana Alam juga merupakan salah satu kumpulan wang di bawah Pelbagai Kumpulan Wang. Tabung ini diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam 2011 bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri mengasingkan sebahagian wang perolehan, keuntungan dan lebihan yang ada untuk digunakan dan dinikmati oleh generasi akan datang khususnya perkara yang melibatkan bencana alam. Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta setahun bagi tempoh 5 tahun mulai tahun 2011.
Selepas 2 tahun penubuhan penyata adalah seperti jadual berikut,


Dari jadual di atas, kita dapat melihat sejumlah RM4.79 juta telah dilaburkan untuk pelaburan unit saham amanah. Oleh kerana sumber tabung amanah ini adalah dari sumber wang awam, seharusnya ia tidak dilaburkan pada pelaburan yang berisiko.

Hal ini menampakkan kepada kita bahawa penubuhan tabung amanah ini adalah permainan licik Khalid Ibrahim untuk memindahkan wang awam kepada suatu tabung yang membolehkan kerajaan negeri mengelak dari prosedur kewangan dan seterus melabur pada pelaburan yang berisiko.

Silap percaturan, Tabung Amanah Bencana Alam ini kemungkinan akan menjadi membawa 'bencana kewangan' kepada negeri Selangor.

Tuesday, December 3, 2013

Merapu Adalah Tindakan Pertama Mahfuz Omar Selepas Dilantik Menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat


Presiden PAS telah melakukan kesilapan besar apabila melantik Mahfuz Omar sebagai Ketua Penerangan.

Mahfuz jelas merapu dengan misi dan visi membentuk masyarakat untuk hidup sentiasa mempersoalkan persekitaran apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Rasanya, kebanyakan mereka yang bersekolah lebih tinggi dari Mahfuz akan merasa malu dan tersipu-sipu kerana berketuakan Mahfuz dalam hal-ehwal penerangan.

Rupanya terlalu sukar pemikiran Mahfuz untuk menggapai ungkapan, "Membentuk masyarakat yang responsif terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka".

Malang bagi PAS kerana akan dibawa kepada keadaan lebih jumud pemikirannya yang hanya berfikiran untuk membangkang, tanpa memberikan sebarangan sumbangan terhadap persekitaran mereka. Betapa tidaknya, masyarakat diasuh "celik sahaja mata, bangkang!".

Apa Fatwa Ulamak-Ulamak PAS Nak Putuskan Tentang Khalid Ibrahim?


Oleh kerana 'Baldatun Toyyibatun Warabun Ghafur' sering diucapkan dibibir MB Selangor TS Khalid Ibrahim apabila berada dalam kelompok pemimpin-pemimpin PAS, maka sepatutnya Khalid amat maklumkan tentang dalam mengurus perbelanjaan.

Apakah Islamik kalau jika Khalid hanya membelanjakan 36% daripada peruntukan perbelanjaan selenggaraan jalan raya (MARRIS), walhal jalan raya di Selangor banyak yang berlopak dan berlubang?

Tidakkah sedar bagi pemimpin 'Baldatun Toyyibatun Warabun Ghafur' yang memerapkan sejumlah RM631.27 juta wang peruntukan selenggaraan jalan raya, walhal Rasulullah pernah bersabda bahawa mengalihkan halangan di jalan adalah sebahagian cabang iman?

Justeru dimanakah kedudukan iman Khalid yang tidak punya rasa kepedulian dalam dirinya untuk menyedia jalan raya yang sempurna kepada rakyatnya?

Semalam, Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 telah diterbitkan untuk edaran. Khusus buat warga Selangor, perhatikan jumlah wang diperap oleh Khalid didalam Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri seperti di jadual berikut.:-

Usul Dari Zaid Ibrahim Sempena Perhimpunan Agung UMNO - Mansuhkan Rezab Melayu


Untuk menjadi popular anda boleh memilih antara perpektif positif mahu pun negatif.

Bagi Zaid Ibrahim, beliau memilih sisi negatif untuk menjadikan dirinya popular, setelah dirinya hanyut dari arus perdana politik negara.

Justeru beliau tampil dengan cadangan agar 'Rezab Melayu' dimansuhkan, melalui artikelnya yang tersiar di The Malaysian Insider.

Beliau sengaja memilih disaat Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlansung sepanjang minggu ini, dengan harapan dirinya akan menjadi subjek serangan para perwakilan UMNO yang berucap disemua sayap parti berkenaan.

Mungkin itu kaedah terbaik dalam fikirannya untuk menerima gamitan dari DAP, satu-satunya parti yang boleh menerima aliran pemikirannya.

Bagaimana dengan PAS dan PKR? Rasanya tidak, kerana masing-masing telah punya pengalaman tersendiri terhadap Zaid Ibrahim.

Monday, December 2, 2013

Bekas Pengarah Urusetia Penerangan Arwah MB Kedah Ustaz Azizan Pertikai Pemilihan PAS 2013 Terpelik Di Dunia


Bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah (dibawah bekas MB arwah Ustaz Azizan) mempertikai pengendalian proses pemilihan PAS 2013 yang berlansung baru-baru ini.

Dalam tulisannya yang tersiar di Detik Daily, antarara lain beliau menyebut "Kertas undi yang dikemukakan kali ini juga adalah merupakan kertas undi yang terpelik dalam dunia. Untuk dua calon timbalan yang bertanding, terdapat dua keping slip mengundi yang dikepilkan menggunakan stapler.

Bagi lima calon Naib Presiden, terdapat lima keping slip setiap satunya adalah nama calon yang bertanding dan petak kosong untuk dipangkah. Yang paling melucukan ialah untuk 61 calon yang bertanding AJK PAS Pusat maka terdapat 61 keping slip mengundi yang dilekatkan menggunakan stapler!"

Beliau turut mempertikai penangguhan pengiraan undi yang sepatutnya dibuat serta merta, seperti kelaziman yang dibuat oleh SPR, terhadap kertas undi jawatan Timbalan dan Naib Presiden.

Beliau malu apabila PAS yang sering mempertikai SPR, 'dipulangkangkan paku buah keras' dan akhirnya gagal mengurus proses pemilihan parti.

Penyandang Jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor Digugur - Mungkin Bakal Tumpu Pada Kelab 52


Penyandang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman (foto atas - kiri) telah tidak dilantik semula ke jawatan berkenaan.

Sebaliknya, Presiden PAS DS Hadi Awang melantik anggota Exco Kerajaan Selangor Iskandar Samad menggantikan tempat beliau sebagai Pesuruhjaya.

Hadi pastinya ingin memantapkan pentadbiran PAS di Selangor dengan mengambilkira kelemahan Rani yang gagal ketika menyandang jawatan tertinggi peringkat parti di Selangor.



Antara kegagalan awal Rani ialah terbabit menyokong perobohan gerai di kawasan DUN Meru yang diwakilinya.


Jasa Rani yang paling diingati rakyat ialah kejayaanya mengurus pembinaan tandas di kawasah tanah perkuburan Hindu di kawasannya.

Kemanakah Rani selepas ini? Kemungkinan besar beliau akan mengambil alih tugasan sebagai Presiden Kelab 52 daripada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.(Tuan Ibrahim selalu disebut oleh Rani sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, seperti dirinya

Dalam perkembangan yang sama, Hadi telah melantik semula Dato' Mustafa Ali sebagai Setia Usaha Agung PAS dan melantik Dato' Mahfuz Omar yang tewas dalam saingan Naib Presiden untuk menjawat Ketua Penerangan PAS Pusat.

Baca senarai penuh perlantikan di AIDC.

Sunday, December 1, 2013

Orang Ini Akan Dilantik Sebagai Petugas Pusat Mengundi SPR? Alamat Ramai Yang Tak Setuju!


Khabarnya ada permintaan dari parti politik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya dibenarkan mereka yang berjawatan dalam parti untuk dilantik sebagai petugas SPR. Ini menimbulkan persoalan, apakah tidak cukup dengan hak menghantar petugas pilihan raya parti, seperti pemerhati barong, ejen tempat mengundi dan ejen pengiraan undi untuk memerhati proses pengundian?

Tidak dapat dipastikan parti mana yang mencadangkan perkara sedemikian kerana kenyataan media SPR berkenaan laporan post mortem PRU yang dikeluarkan semalam tidak menyebutkan mana-mana pihak tertentu.

Sebaliknya, SPR dalam menjawab isu berkenaan bertegas dengan pendirian bahawa pelantikan petugas-petugas rasmi mereka tertakluk kepada syarat yang mereka bakal dilantik adalah bukan penyandang jawatan dalam mana-mana parti politik. Nampaknya, peraturan itu amat jelas sekali.

Bayangkan jika petugas-petugas Tempat Mengundi adalah terdiri dari mereka yang berjawatan dalam parti masing-masing, pasti mengundang ketegangan di pihak-pihak yang bertanding. Sedangkan pengasingan dibuat dikalangan penyokong parti yang bertanding, samada di hari penamaan calon mahu pun hari pengundian telah acapkali menimbulkan ketegangan dan provokasi, apatah lagi kalau mereka ini bertembung secara berdepan serta berdekatan. Silap-silap gaya akan berlaku simbah menyimbah dakwat kekal.

Namun begitu dipihak SPR dalam konteks penambahbaikan, mengambil keputusan akan memberi keutamaan orang tempatan, seboleh-bolehnya kakitangan kerajaan yang berkerja di premis pusat mengundi, dan sebaik-baiknya mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri. Disamping itu, pelantikan petugas-petugas SPR dalam kalangan penjawat awam ini, akan dibuat berdasarkan gred-gred tertentu bagi memudahkan kefahaman mengenai proses pilihan raya dan kepimpinan dalam kalangan petugas-petugas itu.

Dalam pada itu, kami di blog Akar Umbi mengalu-alukan hasrat SPR untuk mempertahan dan memperkasa kebebasan dan kredibliti atas prinsip 'bebas & adil'.dalam menjamin hak dan suara rakyat melalui peti undi.

Jika usaha-usaha penambahbaikan dilaksanakan atas prinsip disebutkan di atas, rasanya tidak salah jika disyorkan SPR diangkat dengan taraf Di Raja dan bakal dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya Di Raja!