Saturday, December 10, 2011

ABU Jahal & ABU Lahab Mula Sebarkan Fitnah Melalui Dajjal Anwar Ibrahim

Awas! Kumpulan ABU Jahal & ABU Lahab sedang bergerak menabur fitnah. Video dan gambar di bawah telah menjadi dalih kononnya Anwar tidak bersalah liwat Azizan dan jadi bahan fitnah untuk Najib.

Semuanya terkandung dalam 'Amanat Anwar' sebelum ke penjara, tersiar di kebanyakan blog pembangkang.


Tun Dr Mahathir bercakap secara menyindir pun
jadi bahan dalih yang kononnya Anwar tidak bersalah.


Gambar super imposed yang jadi bahan dusta Anwar


Gambar asal yang dikutip untuk super impose

Petanda Exco Selangor Ronnie Liu Bakal Tewas

Ramai pengunjung hadir ke hari bertemu pelanggan, anjuran JKKK (P) Kg Baru Pandamaran, iaitu kawasan yang pengundi teramai dalam kawasan yang diwakili oleh Ronnie Liu hari ini.

Gambar-gambar di bawah diambil jam 3.10 petang, dan dari pagi pengunjung datang silih berganti dan sentiasa sesak.

Ronnie Liu gagal di kawasannya. Lantas pengundi-pengundi sudah beralih harapan kepada MCA/BN.




Tunggu Malam Ini - Bulan Bakal Gerhana Di Selangor

Selepas Dr Hasan Ali tidak disambung jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman mengambilalih jawatan tersebut. Sementara, Khalid Samad dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya.

Namun dalam banyak keadaan, kelihatan sebagai Khalid Samad lebih menonjol dan banyak membuat kenyataan berbanding Dr Rani sendiri.

Apakah bulan di Selangor menuju gerhana?

Menurut perhitungannya akan berlaku malam ini. Klik SINI.

Bukan Aku Cakap - Anwar Yang Cakap

Friday, December 9, 2011

Khalid Samad Terkena Badi Hasan Ali - Difitnah Bersengkokol Dengan UMNO Shah Alam & UMNO Selangor

Khalid Samad didakwa menyokong UMNO Bahagian Shah Alam dan Perhubungan UMNO Selangor dalam isu pemansuhan tol di Batu Tiga.


Kalau Kapal Selam Tak Timbul Ng Wei Aik Jadi KM - Siapa Pula TKM1 & 2?

Kalaulah kapal selam tu tak timbul, maka anggota
pentadbiran Pulau Pinang akan berubah, menyaksikan

yang dalam gambar di atas akan digantikan oleh

Ketua Menteri : Ng Wei Aik
Timbalan Ketua Menteri 1 : Abdul Malek Kassim
Timbalan Ketua Menteri 2 : RSN Rayer

Safiq Rahim Enjoy Dengan Mat Salleh Di Cardiff

Anwar Dah Mula Main Kotor - Simbah Abu Kemata Najib

Pakatan Rakyat kini menggerakkan sebuah kumpulan bernama ABU (asal bukan UMNO) dalam dalam gerakerja subversif mereka.

Khabarnya juga bahawa mereka akan mengadakan di bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung.

Baguslah tu, biar bertambah pandir juak-juak pakatan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah ada calon UMNO bertanding pilihanraya, melainkan Perikatan atau pun berikutnya berubah menjadi Barisan Nasional.

Lagi satu, sesuai benarlah mereka gunakan nama ABU. Sebab, dalam sejarah Rasulullah ada 3 Abu yang menjadi seteru Rasulullah. Jadi, apa nak dihairankan bila ABU menjadi musuh UMNO.

Takkan tak tahu Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan menjadi penghalang kepada Rasullah untuk menyebarkan risalahnya. Melainkan Abu Sufyan yang kemudiannya memeluk Islam, Abu Lahab dan Abu Jahal menjadi musuh Rasullah hingga ke akhir hayat masing-masing.

Pelik sungguh perangai PR. ABU pula yang nak diangkat jadi hero!

MB Selangor Paksa Penduduk Kampung Bayar RM2 Juta Kalau Mahu Geran


Tonton video di atas dan cuba fahami butiran pertengkaran antara MB Selangor TS Khalid Ibrahim dengan penduduk-penduduk Kg Seri Aman yang terletak dalam kawasan DUN Ijok yang diwakili oleh Khalid.

Dari butiran pertengkaran di atas memang sah bahawa Khalid memang telah berjanji akan menyelesaikan pertikaian penduduk Kg Seri Aman dengan Kerajaan BN semasa kempen PRU12. Nyata dalam hal ini, Khalid menangguk di air keruh, disebalik kemelut penduduk Kg Seri Aman dengan pentadbiran Selangor dibawah BN.

Memang awalnya, hasil tanggukan Khalid berbaloi. Tapi kini, di air yang keruh itu yang bakal membuatnya lemas.

Sakit hati diperlakukan dan dimalukan dikhalayak ramai serta diakseskan ke YouTube, akhirnya Khalid bertindak balas kepada penduduk kampung berkenaan. Akhirnya, penduduk kampung dipaksa bayar RM2 juta, kalau mahu tanah dan geran.

Oh Kejam!

Tony Fernandes Tak Jadi Tinggalkan Air Asia

Dalam tempoh tanya beberapa jam, Tony Fernandes membuat penafian akan meninggalkan Air Asia. Hal ini sama sekali berlawanan dengan kenyataan awalnya di sini.

Thursday, December 8, 2011

Tony Fernandes Nak Selamatkan Najib - Akan Tinggalkan Air Asia

Terdengar berita di stesyen radio di Sinar FM tentang hint pengunduran Tony Fernandes dari pengurusan Air Asia yang laporkan oleh stesyen radio berkenaan dibuat oleh Tony Fernandes sendiri.

Menariknya, pengunduran (kalau berlaku) adalah secara pakej yang melibat Kamaruddin Meranum dan Aziz Bakar.

TONY FERNANDES AKAN TINGGALKAN AIRASIA | PENGURUSAN BARU AIRASIA | Ketua pegawai eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, hari ini membayangkan yang beliau mungkin meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu. Tanpa memberikan garis masa yang sebenarnya, beliau berkata, syarikat boleh menjangkakan kepimpinan baharu tidak lama lagi.

Fernandes, pencetus di sebalik kejayaan syarikat itu, menyatakan demikian pada majlis ulang tahun syarikat yang-10 hari ini. Ketika ditanya di manakah kedudukan AirAsia dalam tempoh 10 tahun ini, beliau berkata “Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapatnya CEO yang baharu kerana masa saya berkhidmat akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.

“Ya, ketiga-tiga kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) akan meninggalkan syarikat ini bersama-sama. Fernandes berkata kepimpinan lebih menjuruskan kepada perubahan dan membawa masuk orang baharu ke dalam lembaga pengarah.

Ditanya apakah yang ingin beliau lakukan selepas meninggalkan AirAsia, secara berjenaka Fernandes berkata, “Saya cadang untuk buka stesen televisyen kos rendah.” Tetapi, dalam nada yang lebih serius, beliau berkata: “Takdalah. Kami bertiga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.

Fernandes, bagaimanapun berkata, beliau belum lagi mengenalpasti bakal pengganti, tetapi menyatakan yang ia adalah perubahan dalaman. Beliau berkata yang kepimpinan baharu itu mestilah mengekalkan aspirasi syarikat penerbangan itu seperti memastikan tambang rendah dan terus meninjau kebanyakan rantau di Asia ini.

“AirAsia juga berharap dapat menambah bilangan kapalterbangnya daripada 100 kepada 300 dan kami mahu meliputi kebanyakan negara Asia. ”Kami sudahpun ada AirAsia Japan pada masa ini, dan siapa tahu mungkin AirAsia India atau AirAsia China di masa akan datang,” tambah beliau. [abgteror.com]

Apakah Tony Fernandes & The Gang sudah tidak tahan telinga?

Dalam pada itu, untuk dapatkan ulasan blog ABIW menarik dalam polemik MAS-Air Asia klik SINI.

4 Lelaki Bakal Dapat Kalungan Emas Dari Najib


Guan Eng Gadai Tanah Pulau Pinang Nak Buat Terowong


Difahamkan terowong yang diilham oleh CM Lim Guan Eng, menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar tidak melibatkan pembayaran dari kerajaan negeri terhadap projek tersebut. Sebaliknya, ia melibatkan pertukaran tanah strategik kepada pihak yang terpilih.

Cakap mudahnya, gadai tanah nak dapatkan terowong.
Billed as the current government's biggest infrastructure exercise since it assumed office in March 2008, the projects have been tagged at RM8 billion and reportedly conducted via open tender. Chief Minister Lim Guan Eng had said the projects would comprise a third (tunnel) link connecting Gurney Drive on the island to Seberang Perai on the mainland, a by-pass connecting Gurney Drive to the Tun Dr Lim Chong Eu expressway, a link between Bandar Baru Air Itam to the same expressway, as well as a paired road to the existing coastal road from Tanjung Bungah to Teluk Bahang. Lim had also said that the state government will not provide any payments for the projects, and that the costs incurred will be recovered, via "competitive land swap" deals with prospective companies. He was quoted as saying that the proposed land swap would involve the best prime land in Penang, which is in the Gurney Drive vicinity and that the price of land in Penang would increase in the next few years, and thereby benefit the companies that undertake the road and tunnel building projects.

Read more: Busines Times

Pelan Pemulihan MAS - Kalau Dah Tahu Rugi Mengapa Perlu Ada Jawatan Ketua & Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif?

Janggal.

Sesetengah korporat besar tidak punya jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif seperti MAS, sebuah organisasi korporat yang RUGI.

Mungkin memansuhkan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif adalah pelan yang terbaik!

PETALING JAYA 7 Dis. - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) yang rugi berturut-turut sepanjang tiga suku tahun 2011, kini 'kritikal' sehingga perlu menggantung rangkaian laluannya untuk mencapai aspirasi keuntungan menjelang 2013.

Penggantungan laluan yang terkandung dalam Pelan Pemulihan Perniagaan MAS yang diumumkan hari ini, terpaksa dilakukan kerana syarikat penerbangan itu hanya mempunyai tunai sebanyak RM1 bilion yang cukup sehingga tahun depan. [Utusan]

Fuziah Thoron Ambil Sampel Radioaktif Di Kedai Runcit Jalan Bukit Ubi, Kuantan

CM Lim Guan Eng Nak Hapuskan Boria?

Boria Pulau Pinang


Pulau Pinang negerinya baru

Kapten Light menjadi Raja

Bila terkenang zaman dahulu

Duduk mengalir air mata


1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.

2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.

4. Kemudian apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan.

5. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka.

6. Sukar bagi mereka yang dilahir di zaman ini, zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu, zaman kuasa di tangan Melayu, sukar bagi mereka menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.

7. Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan, tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.

8. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia. Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata. [Dipetik dari blog Che Det]

Boria CM Pulau Pinang

Wednesday, December 7, 2011

Tony Fernandes Tewas - Offer Tambang Kapal Terbang 10 sen?

KUALA LUMPUR 7 Dis. - AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam hari ini.

Noh Omar Tidak Pasti Tercalon PRU13?

"Tak tahu... semua tak tahu... itu semua terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Siapa pun tak boleh jangka,” - Noh Omar

Bibit-Bibit Pergeseran DAP-PKR Di Selangor - Ronnie Liu Dikatakan Jadi Punca


Baru menerima maklumat telah bermula bibit-bibit pergeseran antara DAP dengan PKR di Selangor. Ia dikatakan berpunca dari Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu.

Sedang menunggu kesahihan dan perincian maklumat.

Dr Hasan Ali Diperkenan Sultan

Dr Hasan Ali dikhabarkan sebagai satu-satunya anggota exco Kerajaan Negeri Selangor yang diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor untuk dianugrahi dengan darjah kebesaran negeri, sempena hari keputeraan baginda pada hujung minggu ini.

Satu pengiktirafan kepada seorang rakyat Duli Tuanku yang sentiasa meletakkan Selangor daripada tergelincir landasan?

Baca laporan di SINI.

Teresa Kok Terima Cek Hantaran Bersaksikan Dr Halimah Ali


Ufti RM1.56 juta dari Khalid Ibrahim kepada pemimpin-pemipin utama DAP Selangor, bagi membolehkan Kerajaan PR Selangor untuk kekal berkuasa.

Zaid Ibrahim Tikam Ku Li Untuk Jadi PM?

Foto dipetik dari Blog Kerengga

Bila Zaid Ibrahim menterjemahkan peta Persekutuan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak, dalam bentuk tangan yang menadah (rujuk pada logo di atas) sebagai logo parti KITA; dengan sendirinya menggambarkan ia adalah organisasi politik yang mengharapkan ihsan, tidak kira BN mahu pun PR.

Diteliti dari kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Zaid, tampak bahawa ia tidak konsisten. Sekejap ke BN dan sekejap ke PR. Hal ini tidak menghairankan, kerana kedudukan KITA sendiri yang bebas dari terikat dengan mana-mana perikatan parti-parti utama di negara ini.

Barangkali, saban malam Zaid bungkam dan tidak lena tidur dalam memikirkan haluan mana yang harus dipiih, samada kiri atau pun kanan. Akhirnya, Zaid terpaksa membuat satu keputusan, perlu menjentik UMNO dan berlakon seolah-olah bersimpati kepada DAP. (Baca keratan kenyataan KITA di atas).

Sebenarnya, Zaid nampak lorongan terbaik dengan kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim yag bakal kembali hijrah ke Sungai Buloh. Dalam pada itu, Ku Li telah pun membina platform melalui Angkatan Amanah Warisan Merdeka (AMANAH), yang turut dilihat sebagai persediaan mengisi lompang yang bakal ditinggalkan oleh Anwar. Oleh yang demikian, Zaid harus cepat bertindak. Caranya ialah dengan menzahirkan simpati kepada DAP.

Jelas bahawa Zaid cuba menampilkan dirinya sebagai pilihan selain Ku Li. PR harus dikoordinasi oleh seorang yang liberal lagi moderate dan dalam konteks ini, pemimpin-pemimpin PAS tidak punya ciri-ciri itu. Oleh itu, Zaid mesti tampil untuk memintas Ku Li sebagai seorang pemimpin yang kelihatan lebih muda dan energetik.

Bijak permainan politik Zaid, walhal ketika bersama PKR, Zaid pernah mempelawa Ku Li turut serta bersamanya dalam parti itu.

Tambahan pula, khabarnya Zaid yang memulakan usaha pendaftaran PR secara rasmi namun terbantut separuh jalan, ekoran tindakan Zaid meninggalkan PKR. Usaha ini harus diteruskan. Sekurang-kurangnya, Zaid boleh dicatatkan sebagai tokoh pendaftaran PR.

Teruskan Zaid, kalau anda berjiwa besar. Malang, logo parti KITA mencerminkan anda adalah peminta sedekah untuk jadi Ketua Pembangkang!

Sekali Lagi Pertukaran Taukeh? Syed Mokhtar, Nadzmi Salleh & Naza Group Bersaing Kuasai Proton?


It is believed that the bidders are Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary’s DRB-HICOM, several key shareholders linked to the Naza Group and Proton chairman Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Read more: Business Times

Tuesday, December 6, 2011

Orang Kuat Ranting PKR Bukan Sahaja Jatuh Dari Banglo SUK Hanya Berseluar Dalam Tapi Pernah Accident Dengan Traktor!

Alkisah orang kuat ranting PKR yang ditemui tidak sedar diri dan hanya berseluar dalam, dipercayai terjatuh dari banglo Kawasan Perumahan Exco Selangor sebenarnya pernah berlanggar dengan traktor.

Orang yang waras boleh berlanggar dengan traktorkah?

Awal-awal lagi telah dijangka akan timbul pelbagai teori di kampung kediamannya. [Klik SINI]

SPR Akan Umum Zaid Ibrahim & KITA Kalah Tanpa Bertanding PRU13

Hah..... ini baru betul pengumuman kalah tanpa bertanding dari Presiden KITA Zaid Ibrahim!

Nak tunggu pengumuman rasmi SPRkah?

Nurul Izzah Dah Serik?


Sedangkan MB Selangor Lagi Ditunjal, Beranikah PKR Teruskan Dialog Mingguan Pemimpin & Rakyat?

Kalau dah MB sendiri pun kena tunjal macam video di bawah, apakah Dialog Mingguan Pemimpin-Rakyat di Selangor akan diteruskan?

Monday, December 5, 2011

Pertembungan Antara 2 Leader Malaysia Dalam Mencari Pengaruh Di Indonesia


Pengawal Bank Raba Punggung Depan CCTV


Bingai punya pengawal keselamatan. Depan CCTV pun berani meraba.

Takkan dia tak tahu yang setiap ruang perbankan elektronik ada CCTV?

Geram melihat punggung membawa padah

MIRI 4 Dis. - Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di sini kerana dipercayai mencabul kehormatan dengan meraba punggung dan pinggang seorang wanita dengan alasan geram melihat punggung wanita terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 23 tahun mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran tunai (ATM) di bank di sini dan ketika kejadian, hanya terdapat mangsa dan suspek dalam bank tersebut.

Menurut sumber polis, sebaik sahaja selesai mengeluarkan wang, pengawal keselamatan itu berdiri di tepi pintu sambil membuka pintu kepada mangsa untuk keluar dari bank.

Bagaimanapun, ketika mangsa lalu di hadapan pintu, suspek dikatakan sempat meraba bahagian punggung dan pinggang mangsa.

Terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan terbabit, mangsa bertanyakan kenapa suspek bertindak sedemikian.

"Suspek pula menjawab dengan selamba memberitahu sengaja mahu pegang kerana geram," katanya.

Tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan itu, mangsa kemudian menelefon abangnya sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bertindak daripada panggilan tersebut, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut. [Utusan]

Breaking News!!! MB Khalid Ibrahim Kena Tunjal Di Ijok

Aku dapat maklumat bahawa rakyat Ijok marah kepada Khalid Ibrahim, hingga menunjukkan jari ke mukanya. Menurut pemberi maklumat, Khalid umpama kena tunjal oleh rakyat kawasan DUNnya sendiri.

Puncanya, lot tanah yang dijanjikan kepada penduduk India di situ telah diserahkan kepada pemaju untuk pembangunan unit rumah berharga lebih RM100,000.

Khabarnya, Khalid diberi tempoh 3 hari untuk selesaikan.

Double check dengan seorang rakan di Ijok, mengesahkan memang ada kekecohan berlaku petang semalam.

Sesiapa ada maklumat tolong sahkan.

Tanpa Sebarang Bunyi Najib Mula Bertindak - Nur Jazlan Tidak Punya Kuasa Dalam BBCC


Sebenarnya aku perasan yang kekadang wujud perang dingin antara sesama blogger pro kerajaan apabila respons dalam sesuatu isu, khususnya dalam isu GLC. Hakikatnya, memang ada pro dan kontra. Begitulah juga dikalangan blogger, tentunya ada persepsi dan pendirian masing-masing dalam sesuatu isu yang dilontarkan.

Isu Bukit Bintang City Center (BBCC) antara isu yang terawal diketengahkan. Kemudian dituruti oleh isu MAS-Air Asia, NFC dan yang terkini pertikaian Air Asia-MAHB. Para blogger dipihak pro kerajaan sendiri, melontar pandangan yang tersendiri. Tidak kurang juga, yang dipanggil untuk dibekalkan maklumat untuk menjawab persoalan. Bagi yang tidak dipanggil tentunya membuat andaian, mengikut persepsi masing-masing.

Apabila semua isu ini diperdebatkan di blogsfera, yang nyata PM DS Najib Razak tidak berbunyi langsung. Menyepi! Hingga dikalangan kita mentafsirkan sebagai Najib juga adalah flip-flop.

Mungkin menunggu masa dan juga mencari jawapan serta tindakan, maka Najib tidak membuat sebarang kenyataan, apatah lagi tindakan.

Namun yang terbaru, tanpa sebarang kenyataan, Najib telah memberi isyarat dalam bentuk tindakan. Akhirnya, UDA diarahkan menubuhkan SPV (Special Purpose Vehicle) untuk melaksanakan projek BBCC. Malah, apa yang menarik UDA, termasuklah pengerusinya Nur Jazlan tidak dilibatkan dalam SPV tersebut.

Mungkinkah selepas ini samada MAS-Air Asia, NFC dan pertikaian Air Asia-MAHB, tanpa sebarang isyarat lantas Najib (melalui goden share MOF) terus melaksanakan tindakan?

Kita tunggu!

SPV ambil alih projek BBCC

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Kementerian Kewangan (MOF) telah mengarahkan UDA Holdings Bhd. (UDA) menubuhkan sebuah syarikat khas (SPV) bagi mengambil alih seluruh projek pembangunan Bukit Bintang City Center (BBCC) di tapak bekas Penjara Pudu.

SPV itu dipercayai akan dijadikan anak syarikat UDA yang baharu.

Sumber berkata, arahan itu telah dikeluarkan sebulan lalu oleh MOF selepas kementerian itu menolak cadangan UDA untuk melantik syarikat Everbright Construction International Group sebagai pelabur siap guna (turnkey) dalam BBCC.

Kata sumber, SPV berkenaan dipercayai akan diketuai oleh seorang tokoh bukan dari UDA.

SPV itu perlu menyediakan pelan induk bagi BBCC dalam tempoh dua tahun.

''Berdasarkan arahan tersebut, MOF tidak mahu pembabitan pelabur asing dalam BBCC.

''Ini bermakna seluruh projek ini dari perunding, kontraktor sehingga kepada tenaga kerja akan menggunakan khidmat Bumiputera," tambah sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber menambah, arahan itu adalah selari dengan kehendak politik yang tidak mahu BBCC dibangunkan oleh bukan Bumiputera, sama ada dari dalam negara mahupun luar negara.

Difahamkan pelan induk BBCC itu akan dibahagikan kepada tiga bahagian.

Menjawab pertanyaan, sumber mengesahkan bahawa UDA tidak mempunyai sebarang kuasa dalam BBCC walaupun tanak itu milik agensi berkenaan.

Selain itu, katanya, SPV juga diarahkan membuat semua laporan berhubung projek itu terus kepada MOF.

Situasi itu difahamkan menimbulkan kekeliruan kerana UDA telah membayar premium bagi tapak bekas Penjara Pudu sebanyak RM32 juta daripada RM136 juta.

UDA juga dipercayai dalam proses membuat baki pinjaman daripada sebuah bank komersial untuk melunaskan bayaran premium tanah berkenaan.

Pada masa sama MOF juga telah menyuntik sebanyak RM104 juta untuk tujuan sama.

Harga tanah bekas Penjara Pudu itu difahamkan telah mencecah RM800 juta. [Utusan]

Aktivis PKR Tiga Suku Bogel Terjatuh Dari Tingkat 1 Dalam Keadaan Lalok?

Sebenarnya laporan BERNAMA berkenaan lelaki yang yang terjatuh dari tingkat satu dalam keadaan hanya berseluar dalam, berlaku di kompleks perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Sekyen 7, Shah Alam. [Laporan berkenaan klik SINI].

Apabila PR mengambilalih pentadbiran selepas PRU12, mereka telah secara angkuh menganggap kompleks perumahan ini membazir dan kononnya akan menjual kompleks perumahan berkenaan. Walhal, adalah lebih baik anggota exco kerajaan negeri dikumpulkan dalam satu kawasan perumahan, sekurang-kurangnya memudahkan MB Khalid Ibrahim memantau tingkah laku exco-exconya.

Kejadian bila lelaki yang cuma berseluar dalam jatuh dari tigkat satu di kompleks berkenaan menimbulkan banyak tandataya dan misteri.

Tajuk perbualan di kedai kopi kini ialah, apakah kompleks perumahan itu berhantu? Ini dikaitkan apabila exco kerajaan negeri PR membuat keputusan tidak mahu tinggal di kompleks perumahan berkenaan.

Tidak kurang juga satu teori yang menarik, mungkinkah lelaki bekenaan dipengaruhi oleh arak atau pun ganja?

Difahamkan, ketika kejadian PR sedang menganjurkan kursus pilihanraya dan para peserta kursus telah ditempatkan di kompleks berkenaan. Kompleks perumahan berkenaan lengkap dengan kolam renang dan dewan, jadi ia adalah sesuai untuk penganjuran kursus anjuran kerajaan negeri.

Kumpulan sasar kursus ialah JKKK Selangor. Sebelum ini, blog ini ada melaporkan bahawa pernah berlaku seorang Pengerusi JKKK di Selangor dicekup polis dalam satu operasi di sebuah pub di Pelabuhan Klang. [Laporan klik SINI]

Telah menjadi buah mulut di kampung bekenaan, selain Pengerusi JKKK mereka 'kaki pub', beliau juga adalah pengguna ganja yang tegar. Oleh yang demikian, maka timbullah teori mengatakan bahawa lelaki yang jatuh tersebut, dalam keadaan lalok lantaran bercampur dengan Pengerusi JKKK yang turut berkursus di tempat yang sama.

Sekadar teori atau pun memang betul?

Wajah Sebenar Anak Sulung Anwar Ibrahim


Sunday, December 4, 2011

Sadist Tapi Lawak - Ahli PKR Jatuh Dari Apartment Cuma Pakai Seluar Dalam

Apalah hal pula jatuh dari apartment cuma pakai seluar dalam ketika hadiri kursus PKR Selangor?

SHAH ALAM, 4 DECEMBER, 2011: A Parti Keadilan Rakyat (PKR) member sustained injuries on his right wrist, left leg and face after falling from the first floor of a housing unit at the SUK Housing Complex, Section 7, here, at dawn today .

Shah Alam CID chief DSP Kamaruddin Ismail when contacted, said Yahya Talib, 49, from Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, was found sprawled, clad only in his underwear, on the lower balcony of the three-storey unit, by his roommate who had just returned from performing his Suboh prayers.

"The roommate sent him to Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang, before lodging a police report at the Section 6 police station.

"His condition is stable but he is unable to speak much," he said.

The Port Klang crane operator who is married and an active PKR member for three years now was attending a two-day program at the complex with about 70 PKR members.

Kamaruddin said police were awaiting the x-ray report and the case was being investigated as an accident.

- Bernama