Monday, December 5, 2011

Pengawal Bank Raba Punggung Depan CCTV


Bingai punya pengawal keselamatan. Depan CCTV pun berani meraba.

Takkan dia tak tahu yang setiap ruang perbankan elektronik ada CCTV?

Geram melihat punggung membawa padah

MIRI 4 Dis. - Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di sini kerana dipercayai mencabul kehormatan dengan meraba punggung dan pinggang seorang wanita dengan alasan geram melihat punggung wanita terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 23 tahun mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran tunai (ATM) di bank di sini dan ketika kejadian, hanya terdapat mangsa dan suspek dalam bank tersebut.

Menurut sumber polis, sebaik sahaja selesai mengeluarkan wang, pengawal keselamatan itu berdiri di tepi pintu sambil membuka pintu kepada mangsa untuk keluar dari bank.

Bagaimanapun, ketika mangsa lalu di hadapan pintu, suspek dikatakan sempat meraba bahagian punggung dan pinggang mangsa.

Terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan terbabit, mangsa bertanyakan kenapa suspek bertindak sedemikian.

"Suspek pula menjawab dengan selamba memberitahu sengaja mahu pegang kerana geram," katanya.

Tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan itu, mangsa kemudian menelefon abangnya sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bertindak daripada panggilan tersebut, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut. [Utusan]

No comments: