Monday, December 5, 2011

Tanpa Sebarang Bunyi Najib Mula Bertindak - Nur Jazlan Tidak Punya Kuasa Dalam BBCC


Sebenarnya aku perasan yang kekadang wujud perang dingin antara sesama blogger pro kerajaan apabila respons dalam sesuatu isu, khususnya dalam isu GLC. Hakikatnya, memang ada pro dan kontra. Begitulah juga dikalangan blogger, tentunya ada persepsi dan pendirian masing-masing dalam sesuatu isu yang dilontarkan.

Isu Bukit Bintang City Center (BBCC) antara isu yang terawal diketengahkan. Kemudian dituruti oleh isu MAS-Air Asia, NFC dan yang terkini pertikaian Air Asia-MAHB. Para blogger dipihak pro kerajaan sendiri, melontar pandangan yang tersendiri. Tidak kurang juga, yang dipanggil untuk dibekalkan maklumat untuk menjawab persoalan. Bagi yang tidak dipanggil tentunya membuat andaian, mengikut persepsi masing-masing.

Apabila semua isu ini diperdebatkan di blogsfera, yang nyata PM DS Najib Razak tidak berbunyi langsung. Menyepi! Hingga dikalangan kita mentafsirkan sebagai Najib juga adalah flip-flop.

Mungkin menunggu masa dan juga mencari jawapan serta tindakan, maka Najib tidak membuat sebarang kenyataan, apatah lagi tindakan.

Namun yang terbaru, tanpa sebarang kenyataan, Najib telah memberi isyarat dalam bentuk tindakan. Akhirnya, UDA diarahkan menubuhkan SPV (Special Purpose Vehicle) untuk melaksanakan projek BBCC. Malah, apa yang menarik UDA, termasuklah pengerusinya Nur Jazlan tidak dilibatkan dalam SPV tersebut.

Mungkinkah selepas ini samada MAS-Air Asia, NFC dan pertikaian Air Asia-MAHB, tanpa sebarang isyarat lantas Najib (melalui goden share MOF) terus melaksanakan tindakan?

Kita tunggu!

SPV ambil alih projek BBCC

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Kementerian Kewangan (MOF) telah mengarahkan UDA Holdings Bhd. (UDA) menubuhkan sebuah syarikat khas (SPV) bagi mengambil alih seluruh projek pembangunan Bukit Bintang City Center (BBCC) di tapak bekas Penjara Pudu.

SPV itu dipercayai akan dijadikan anak syarikat UDA yang baharu.

Sumber berkata, arahan itu telah dikeluarkan sebulan lalu oleh MOF selepas kementerian itu menolak cadangan UDA untuk melantik syarikat Everbright Construction International Group sebagai pelabur siap guna (turnkey) dalam BBCC.

Kata sumber, SPV berkenaan dipercayai akan diketuai oleh seorang tokoh bukan dari UDA.

SPV itu perlu menyediakan pelan induk bagi BBCC dalam tempoh dua tahun.

''Berdasarkan arahan tersebut, MOF tidak mahu pembabitan pelabur asing dalam BBCC.

''Ini bermakna seluruh projek ini dari perunding, kontraktor sehingga kepada tenaga kerja akan menggunakan khidmat Bumiputera," tambah sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber menambah, arahan itu adalah selari dengan kehendak politik yang tidak mahu BBCC dibangunkan oleh bukan Bumiputera, sama ada dari dalam negara mahupun luar negara.

Difahamkan pelan induk BBCC itu akan dibahagikan kepada tiga bahagian.

Menjawab pertanyaan, sumber mengesahkan bahawa UDA tidak mempunyai sebarang kuasa dalam BBCC walaupun tanak itu milik agensi berkenaan.

Selain itu, katanya, SPV juga diarahkan membuat semua laporan berhubung projek itu terus kepada MOF.

Situasi itu difahamkan menimbulkan kekeliruan kerana UDA telah membayar premium bagi tapak bekas Penjara Pudu sebanyak RM32 juta daripada RM136 juta.

UDA juga dipercayai dalam proses membuat baki pinjaman daripada sebuah bank komersial untuk melunaskan bayaran premium tanah berkenaan.

Pada masa sama MOF juga telah menyuntik sebanyak RM104 juta untuk tujuan sama.

Harga tanah bekas Penjara Pudu itu difahamkan telah mencecah RM800 juta. [Utusan]

No comments: