Kalau BN menang di Selangor, Najib tak perlu pening kepala. Najib boleh letak sesiapa sahaja.
Di Selangor, kerja amat mudah. Bagi MB baru, bila timbul berdepan dengan apa jua masalah, telah tersedia skrip jawapannya. "Salah kerajaan yang lalu".
Bila berlaku banjir di Kajang pada Jumaat lepas, maka di hulu Sungai Jelok yang disalahkan. Puncanya, kerajaan BN meluluskan projek 'gondolkan hutan' di situ. Walhal dah lebih 3 tahun PR memerintah Selangor.
Barangkali mereka ni dah buta mata. Projek di kuala tak nampakkah? Kan di kuala ada projek gali pasir dan apakah tak menyumbang kepada memperlahankan pergerakan air ke muara Sungai Langat?
Yang peliknya MP Hulu Langat Dr Che Rosli pun sengaja diamkan diri. Dah serikkah menegur orang PKR? Nyatakan kebenaran, perbetulkan ADUN PKR Lee Kim Sin tu.
Masih takut dengan Fuziah Salleh ke?
No comments:
Post a Comment