Saturday, December 25, 2010

Konvensyen Bincang Akhlak Pemimpin PAS


Disamping berkonvensyen membincangkan perkembangan akhlak pelajar, PAS jangan lupa untuk membahaskan sekali akhlak pemimpin malah penyokong yang mempunyai akhlak yang tidak baik.

Perbuatan merosakkan harta benda dan menggangu orang awam adalah antara contoh-contoh akhlak yang kritikal.

Apatah lagi melarikan isteri orang, perlakuan luar tabii, rasuah juga adalah contoh teladan yang tidak wajar diikuti oleh para pelajar pada hari ini.

Selamat berkonvensyen kepada semua peserta Konvensyen Pendidikan Islam dan semoga ada resolusi yang memberi manfaat kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Friday, December 24, 2010

Buku Jingga : Cuma Gelembong Rakyat

Buku Jingga Pakatan Rakyat menjanjikan Agenda 100 hari dalam mengindahkan mimpi pentadbiran Putra Jaya oleh "Saudagar Mimpi".

Hakikatnya Agenda 100 hari itu lebih kepada "Gelembong Rakyat". Berikut gelembong-gelembong pembangkang-pembangkang semasa dan selepas pilihanraya:-

Gelembong 1 - Pada PRU1990 PAS janjikan perlaksanaan Hukum Hudud dengan janji "Hari ini kita memerintah, besok kita laksanakan hudud". Kemudian salahkan Dr Mahathir yang tak benarkan perlaksanaan hudud di Kelantan. Hari ini PAS tak usahakan pun Hukuman Hudud untuk dimasukkan dalam Buku Jingga.

Gelembong 2 - Janji Anwar pada PRU2008 kepada penduduk Kg Buah Palah, Pulau Pinang yang akhirnya rumah mereka dirobohkan jua. Rujuk visual di bawah.


Gelembong 3 - Selepas pilihanraya Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor berjanji membina rumah selesa kepada setinggan Kg Rimba Jaya, Shah Alam, tapi sampai lah ni janji masih tak tertunai. Rujuk visual di bawah.


Pakatan Rakyat dah jadi Penipu Rakyat!

'Buku Jingga' Zuraidah Kamarudin: Khairat Kematian Warga Emas Hampir Setahun Tak Terlunas

Khairat Kematian Warga Emas PR Selangor merupakan bantuan khairat kematian berjumlah RM2,500 kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

Namun satu, bagi sahabat saya yang ibunya meninggal dunia pada 12/1/2010 hingga hari ini (hampir setahun) masih lagi belum dapat bantuan tersebut.
Menurutnya, beliau sudah 2 kali bertemu Pengerusi JKKK dan sekali pergi bertanya ke pejabat Penyelaras DUN. Tambahnya lagi, ketika ke pejabat Penyelaras DUN beliau ditemani oleh orang kuat PR yang turut 'naik angin' diatas kelewatan tersebut.

PAS Taklah Sebaik Mana Dan UMNO Taklah Sejahat Sangat

Apabila PR mengambilalih pentadiran negeri Selangor dan perlantikan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan telah dilantik, seorang sahabat yang pernah bergiat cergas bersama PAS dalam PRU 1999 membisikkan kepada saya yang sahabatnya seorang YDP PAS Kawasan, sedia membantunya mendapatkan kerja di satu PBT di Selangor. Menyangkakan saya bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan, beliau pula meminta saya supaya standby dan sedia membawa saya bertemu YDP PAS berkenaan untuk tujuan mendapatkan projek.

Meskipun saya bukan seorang yang alim tetapi saya masih mempunyai integriti dan sejak dahulu berpegang bahawa "rasuah adalah musuh nombor satu". Itu sebabnya pada perkara-perkara sebegini saya sering berpandangan kritis terhadap UMNO mahu pun BN.

Namun begitu, apabila seorang sahabat lain yang agak desperate bertanya kepada saya samada ada mengenali mengenali Ahli Majlis PBT. Bila teringat kembali kata-kata yang pernah dibisikkan kepada saya oleh sahabat yang pertama tadi, saya syorkan kepadanya untuk berbincang dengan YDP PAS berkenaan.

Beliau telah pergi sendiri bertemu dengan YDP PAS berkenaan dan khabarnya YDP tersebut telah tanpa sebarang penolakan menerima sejumlah wang, mungkin sebagai tanda persahabatan (?). Namun sehingga hari ini, sahabat berkenaan memberitahu saya yang beliau masih tidak mendapat projek berkenaan.


Kesimpulannya, PAS bukanlah sebaik mana dan UMNO bukanlah jahat sangat. Maknanya, sama sahaja kot?. Namun begitu, soal integriti ini bukanlah harus diselesaikan oleh semua pihak, tidak kira PR, BN mahu pun pihak ketiga yang menggelarkan diri mereka 3rd Forces.

Thursday, December 23, 2010

Pak Lah & Nik Aziz berkonspirasi?

Seperti juga Nik Aziz, Pak Lah dilaporkan oleh Rocky Bru dan FMT menutup kes rogol menterinya.

Mungkin kedua-dua tokoh ni sahabat baik kot. Jadi tidak hairanlah, atas dasar persahabatan Pak Lah menziarahi Nik Aziz baru-baru ni.

Pak Lah pun dah solat istiharah kot?

Muhyiddin Mesti Buat Keputusan Tepat Sebelum Mansuhkan PMR

Keputusan PMR bakal diumumkan di sekolah masing-masing sebentar lagi.


Secara peribadi saya bersetuju dengan penambahbaikkan tetapi tidak bersetuju dijadikan peperiksan berasaskan sekolah. Walau pun PMR mugkin tidak penting bagi sesetengah pihak, tetapi saya masih menganggap penting, atas alasan berikut:-

1. PMR adalah proses menilai keupayaan dan kemahiran pelajar dalam penentuan jurusan yang bakal dipilih di tingkatan 4 & 5 dan seterusnya SPM.
2. Saringan terhadap prestasi dan berasaskan minat, kecenderungan dan cita-cita pelajar membolehkan pelajar membuat persediaan masing-masing menjelang penentuan kursus yang bakal dibuat semasa melanjutkan pelajaran ke IPT.
3. PMR menjadi alat pengekalan momentum bagi pelajar-pelajar menghadapi SPM.
4. Peperiksaan awam lebih menjurus kepada perbandingan di peringkat nasional berbanding peperiksaan berasakan sekolah hanya merujuk perbandingan di dalam sekolah berkenaan.

Oleh yang demikian, apa juga keputusan KPM haruslah mengambil kira perbandingan di peringkat nasional.

Wednesday, December 22, 2010

Keranda Jingga Menunggu Zuraidah Kamarudin

Senak perut aku kerana ketawa terbahak-bahak bila Zuraidah Kamarudin mengatakan Najib dan Muhyiddin takut dengan "Buku Jingga" Pakatan Rakyat.

Seterusnya, Zuraidah mengatakan;

{“Mengapa perlu PM dan TPM bersungguh-sungguh membidas andai selama ini pentadbiran Umno BN cukup cemerlang seperti yang dicanang?” tanya ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Inilah, katanya bukti bahawa Buku Jingga telah menggugat Umno BN, menakutkan PM dan menggentarkan TPM.

Tambahnya, andai Program 100 Hari Pakatan dikatakan sebagai 'politik janji'semata-mata, bagaimana pula dengan janji-janji kerajaan Umno BN selama 53 tahun mentadbir Malaysia.}

Setakat janji PR aku takkan percaya lagi. Sampai sekarang pun janji di Selangor masih tidak tertunai, maka berani pula membuat janji baru.

Kalau Zuraidah bangga dengan "Buku Jingga", aku rakyat biasa ni akan sediakan "Keranda Jingga" untuk Zuraidah dan rakan-rakan sejawatnya!

Nasrudin Hassan At-Tantawi Bakal Sasterawan Negara

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi) mengakui bahawa rakyat semakin meluat dengan Pakatan Rakyat. Semuanya digarap melalui sajak berikut yang dibacakan semasa Konvensyen PR ke 2 pada 19 Disember yang lalu:-

Pakatan Rakyat Namanya hebat

Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.

Sumber : Harakahdaily

Hebat sajak beliau dan boleh dipertimbangkan untuk Anugerah Sastera Negara.

Mazlan Aliman ANAK Felda atau ANAK Kerbau?

Apabila Mazlan Aliman membuat kenyataan bahawa ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) sedia berdepan dengan UMNO di Tenang maka dengan sendirinya dia meletakkan dirinya sebagai seekor kerbau yang ingin memandu Boeing 747.

Ini bukan Akar Umbi yang kata, tetapi itu Hishamuddin Rais yang kata.

Memang betul, realiti politik setempat harus diambil kira dalam menentukan strategi. Kegagalan berbuat demikian, maka anda, khususnya Mazlan Aliman akan tergolong sebagai 'orang yang tidak cerdik'!

Anwar Ibrahim Dah Buat Perangai Lama

Mungkin Anwar Ibrahim ingin melihat perubahan dalam mercu tanda di Petaling Jaya. Betapa tidaknya, P.J meninggalkan kenangan manis buat Anwar dalam liku-liku kehidupannya.


Hakikatnya, pembangunan semula tapak bangunan PKNS itu telah mengundang kontroversi, kerana ada pihak-pihak yang melihatnya sebagai sesuatu yang diluar tabii.

Anwar, Anwar..... Hang dah buat perangai lama......

Tuesday, December 21, 2010

Selangor Akan BinaTerusan Wan Azizah Untuk Selesaikan Masalah Air

Para Senator Pakatan Rakyat, hari ini sepakat mendesak kerajaan pusat membatalkan Projek Penyaluran Air Pahang Selangor.

Sebaliknya, mereka mencadangkan kaedah alternatif seperti penakungan air hujan dan sumber air bawah tanah.

Namun begitu, Akar Umbi mencadangkan supaya para senator berkenaan menimbangkan cadangan kerajaan yang terdahulu berhubung pembinaan terusan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungat Langat sebagai suatu kaedah penakungan sumber air selain dari penyelesaian masalah banjir.

Cadangan tersebut harus direalisasikan untuk memberi ruang kepada 'kenangan berkekalan' dengan menamakan terusan tersebut dengan nama TERUSAN WAN AZIZAH

PAS Utamakan Takhta, Harta & Wanita?

Ingatkan bila baca tajuk Harakahdaily "saman untuk pertahan kebenaran" adalah merujuk kepada serangan serangan Papa Gomo terhadap ADUN Selising.

Merayau dari blog ke blog yang pro PR kot-kot ada yang pertahankan tuduhan tersebut tetapi hampa, kecuali Ikut Suka Aku; itu pun sekadar laporan. Sementara MSO pula cuba untuk mengalihkan isu.

Mudah untuk membuat kesimpulan, bahawa PAS gagal mentarbitayah pengikut, malah pemimpinnya sendiri.

Soalnya, apakah beza PAS dengan parti politik yang lain? Jawabnya, sama sahaja iaitu TAKHTA, HARTA & WANITA.

Monday, December 20, 2010

Nik Aziz Wali Terhebat Alaf Ini

Baru aku tahu yang TG Nik Aziz orang hebat.
Dia Wali.
Dia pengganti Hassan Ashaari.

Yang bagi tahu, ialah Papa Gomo, Blogger Pro-BN.

Tuan Ibrahim Tuan Man: Karpal Tutup Mulut UMNO

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS naik perasan malah teruja dengan pengakuan Karpal Singh yang membuat pengakuan hanya sekadar menerima Islam sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Dalam entri saya sebelum ini, saya juga memetik kenyataan Karpal kepada The Star, yang berlawanan pula maksud kenyataannya.

Kalaulah ini perangai pemimpin PAS yang hanya mengambil sumber dari Harakah sebagai rujukan alamat sampai ke penghujung mereka tidak akan kenal yang Karpal adalah "pepat di luar, rencong di dalam".

Akhirnya, mulut UMNO takkan tertutup malah makin ternganga luas kerana ketawa dengan kenyataan tersebut!

Harakahdaily Lapor Karpal Sudah Terima Negara Islam?

Harakah melaporkan yang Konvensyen PR 2010 telah mencapai 7 kejayaan yang antaranya:-

"Kelima, pengumuman Karpal Singh yang menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dengan segala peruntukan yang terkandung di dalamnya. Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal. Ini kali pertama Karpal membuat pengumuman sedemikian."

Rumusan penuh Harakahdaily boleh dibaca disini.

Sebaliknya, kenyatan Karpal Singh kepada The Star adalah berlawanan sama sekali.

Persoalannya, mana satu laporan yang betul dan yang kedua apakah PAS bakal mengekal status-quo, jika ditakdirkan PR mengambil alih pemerintahan negara? Secara tidak langsung, ini bermakna yang PAS telah menggadaikan prinsip perjuangan mereka.

Ucapan Hadi Awang Yang Menginsafkan

Ucapan TG Hadi Awang di Konvokesyen PR 2010 begitu menginsafkan. Beliau memetik ayat suci Al-Quran,

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]"

Kalaulah TG Hadi Awang dapat selitkan petikan [49:11] alangkah baiknya yang mana ayat tersebut bermaksud,

49:11 - Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq) amatlah buruk gelaran nama fasiq (kepada seseorang) sesudah dia beriman. (Ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada fasiqnya) maka merekalah orang yang zalim.

Ada yang berpandangan ucapan TG Hadi Awang di konvensyen, umpama macam BN. Hakikatnya, Hadi Awang dah banyak berubah berbanding Hadi di awal 80an, yang begitu berdegar bersama Ustaz Fadzil Nor dan Ustaz Nakhaie, yang masing-masing telah meninggal dunia dan menyertai UMNO.

Sunday, December 19, 2010

Ali Rustam Kena Buat Sesuatu

Rasanya saya dan keluarga telah tersalah memilih Melaka sebagai destinasi percutian. Gara-gara terpengaruh dengan kenyataan Dato' Seri Ng Yen Yen kami memilih Melaka, iaitu di sebuah pusat percutian dan rekreasi terkenal di Alor Gajah.

Rasanya, tanggungjawab kerajaan negeri dalam menyediakan infrastruktur yang baik khususnya jalan raya di kawasan resort berkenaan. Alasannya, hartanah di dalam kawasan berkenaan ada yang dimilikki oleh orang awam dan bermakna cukai taksiran dan cukai tanah turut dikutip. Adalah mendukacitakan jika jalanraya di dalam kawasan tersebut tidak diselenggara dengan sempurna.

Disamping itu, iklan oleh pengendali resort umpama indah khabar dari rupa. Kolam renang di kawasan kondominium tempat saya dan keluarga menginap tidak dapat digunakan sama sekali.

Justeru, Dato' Seri Mohd Ali Rustam harus memberi perhatian, khususnya pada perkara-perkara yang melibatkan kerajaan negeri.

Kalau Anwar Membantu, Pasti Filipina.................

Kalaulah Anwar sedia membantu Estrada sekurang-kurangnya skuad Piala AFF Suzuki Filipina dapat beraksi di padang berkecuali seperti di Kelana Jaya mahu pun di Shah Alam.

Pada pertemuan separuh akhir pertama pada 16 Disember 2010; yang sepatutnya berlangsung di Manila tetapi terhalang oleh masalah teknikal, memaksa perlawanan tersebut berlangsung di Jakarta dan berakhir dengan kekalahan Filipina kepada Indonesia 0-1.

Malam ini, mereka bakal bertembung sekali lagi bagi menentukan lawan Malaysia di final. Malaysia mengesahkan tempat ke final setelah, meski pun terikat 0-0 di Hanoi. Malaysia terdahulu mengalahkan Vietnam 2-0 ketika pertemuan pertama di Kuala Lumpur pada 15 Disember.