Friday, December 24, 2010

PAS Taklah Sebaik Mana Dan UMNO Taklah Sejahat Sangat

Apabila PR mengambilalih pentadiran negeri Selangor dan perlantikan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan telah dilantik, seorang sahabat yang pernah bergiat cergas bersama PAS dalam PRU 1999 membisikkan kepada saya yang sahabatnya seorang YDP PAS Kawasan, sedia membantunya mendapatkan kerja di satu PBT di Selangor. Menyangkakan saya bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan, beliau pula meminta saya supaya standby dan sedia membawa saya bertemu YDP PAS berkenaan untuk tujuan mendapatkan projek.

Meskipun saya bukan seorang yang alim tetapi saya masih mempunyai integriti dan sejak dahulu berpegang bahawa "rasuah adalah musuh nombor satu". Itu sebabnya pada perkara-perkara sebegini saya sering berpandangan kritis terhadap UMNO mahu pun BN.

Namun begitu, apabila seorang sahabat lain yang agak desperate bertanya kepada saya samada ada mengenali mengenali Ahli Majlis PBT. Bila teringat kembali kata-kata yang pernah dibisikkan kepada saya oleh sahabat yang pertama tadi, saya syorkan kepadanya untuk berbincang dengan YDP PAS berkenaan.

Beliau telah pergi sendiri bertemu dengan YDP PAS berkenaan dan khabarnya YDP tersebut telah tanpa sebarang penolakan menerima sejumlah wang, mungkin sebagai tanda persahabatan (?). Namun sehingga hari ini, sahabat berkenaan memberitahu saya yang beliau masih tidak mendapat projek berkenaan.


Kesimpulannya, PAS bukanlah sebaik mana dan UMNO bukanlah jahat sangat. Maknanya, sama sahaja kot?. Namun begitu, soal integriti ini bukanlah harus diselesaikan oleh semua pihak, tidak kira PR, BN mahu pun pihak ketiga yang menggelarkan diri mereka 3rd Forces.

No comments: