Friday, August 23, 2013

Nik Aziz Tempelak Agama Selain Islam Yang Mahu Gunakan 'ALLAH' Sebagai Mengarut Dan Tak Betul


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz mungkin antara yang menadah tangan tanda syukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah.

Nik Aziz dalam kenyataannya sebelum ini menganggap agama-agama lain yang ingin menggunakan Allah bagi tuhan mereka adalah tidak betul dan mengarut.

Azilah & Sirul Bebas Dari Tuduhan Bunuh Altantuya


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.(Dipetik dari Malaysiakini)

Panel  hakim yang dianggotai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka.

Wednesday, August 21, 2013

Husam Musa Tolak Tawaran MB Kelantan - Sebaliknya Dedah Kepincangan Kerajaan Negeri


Ego Husam Musa yang telah tidak dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sejurus selepas PRU13 semakin terserlah.

Mungkin didorong oleh kekecewaannya tidak dilantik semula sebagai Exco, Husam Musa dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider mengumumkan penolakan terhadap perlantikan sebagai pengerusi 2 GLC Negeri Kelantan.

Tawaran keatas Husam ialah sebagai pengerusi untuk Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.

Sebaliknya bagai serangan balas terhadap keatas kerajaan negeri Kelantan, Husam mendedahkan kepada portal berkenaan, PMBK Sawit (GLC Negeri Kelantan) telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini.

"Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya.

"Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak ditukarkan," kata Husam.

KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.

Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.

"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan.

Giliran Husam Pula Ditempelak Pemuda PAS


Golongan muda dalam PAS sebenarnya tidak berapa gemar dengan puak-puak parasit dalam PAS.

Penguasaan kepimpinan tertinggi PAS oleh kalangan bukan ulamak, amat dikhuatiri malah diragui oleh mereka.

Lantaran sambutan dingin terhadap Himpunan Munajat 100k (bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Mesir) di Padang Merbok, Kuala Lumpur, maka mengundang seorang pemuda PAS memulangkan 'paku buah keras' khusus untuk Naib Presiden PAS Husam Musa melalui status FBnya.


Meskipun tidak menyebut nama Husam, tapi kita sedia maklum bahawa Husam telah menempelak ketidakhadiran pemimpin-pemimpin PAS ke Himpunan 'Blackout 505' yang berlansung Mei lalu.

Menurut laporan blog Cucu Tok Selampit, hanya sekitar 200 orang yang hadir ke Himpunan Munajat 100k tersebut.

Sementara itu, blog Medan Info Kita berpandangan yang kemelut di Mesir kini adalah sebagai percubaan untuk mengepung Mekah dan Madinah. Ini adalah mengambilkira suasana di kejiranan Arab Saudi, khususnya Syria dan Iraq yang tidak stabil. Apatah lagi dengan kedudukan Turki yang menjadi anggota NATO, dikhuatiri akan memberi ruang kepada Amerika yang ditaja oleh Israel untuk menjalankan operasi ketenteraannya

Perkara ini sering diulas dan diperkatakan oleh Sheikh Imran Nazar Hosein yang boleh dirujuk klik SINI.

Tuesday, August 20, 2013

Wawasan 2030 PAS - Guling Sultan!


Sebelum ini Mursyidul Am PAS Nik Aziz begitu takut dengan sosialisme, malah menganggapnya sama dengan komunisme.

Namun, realitinya anasir-anasir sosialisme telah pun mula meresapi PAS tanpa disedari oleh Nik Aziz.

Gerakan kearah negara republik telah digerakkan melalui seorang bergelar Ustaz Wan Ji.


Melihat karekter dan tuturkata Wan Ji, kelihatan yang ia lebih sosialis berbanding Islamis.

Anda boleh menilai dengan membaca SINI.

Monday, August 19, 2013

Penyokong Nik Aziz Temui Cermin Ajaib Dalam Rusuhan Di Mesir


Blog The Unspinners menyimpulkan bahawa pertempuran dan rusuhan di Mesir telah diperbesar dan digembar-gemburkan oleh PAS dan segelintir pemimpin Islam PKR dalam konteks melonjakkan profil perjuangan menegakkan negara Islam ala PAS. [Baca SINI].

Bagai cerita dongeng yang mengisahkan penyokong Nik Aziz di Mesir menemui 'cermin ajaib' yang jika seekor kucing merenung cermin berkenaan, lantas akan kelihatan seperti seekor singa, maka itulah barangkali itulah perumpamaan yang tepat untuk mengibaratkan perjuangan PAS dalam mendaulahkan Kerajaan Islam di Malaysia.

Hakikatnya PAS gagal mengambil iktibar dari apa yang berlaku keatas gerakan Ikhwanul Muslimin, bukan sahaja dalam menjatuhkan Hosni Mobarak dari tampuk pemerintahan, tetapi juga yang berlaku keatas pemimpin Ikhwanul Muslimin Sayyid Qutb.

Perlu diimbas betapa Sayyid Qutb akhirnya dihukum gantung meskipun membantu Gamal Nasser dalam menggulingkan kerajaan monarki Mesir.

Bukan untuk memperkecilkan sumbangan Ikhwanul Muslimin yang telah terasas selama 85 tahun, tetapi apa yang ingin diingatkan betapa harakah Islam berkenaan sekadar dipergunakan untuk menjatuhkan beberapa rejim di Mesir.

Diawal penentangan terhadap Mobarak, telah timbul jangkaan bahawa Ikhwanul Muslimin bakal disisih oleh gerakan pro demokrasi di negara berkenaan.

Kesilapan utama mungkin berpunca dari doktrin Tahaluf Siyasi yang didenifinasikan sebagai,
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Sesuatu yang boleh dipertikaikan apabila doktrin ini membolehkan kerjasama dengan gerakan yang pernah atau berpotensi menentang ideologi harakah Islam, meskipun ada 2 pandangan ulamak yang menghukumkan haram dan ada pula yang menghukumkan harus.

Dalam konteks politik Malaysia yang PAS dalam kedudukan yang tidak dominan, adalah sukar bagi PAS untuk mencapai matlamat menegakkan daulah Islam.

Sesungguhnya, ini merupakan pembohongan PAS terhadap ahli-ahlinya dan juga mereka yang cenderung dalam harakah Islam.

Rasanya tidak salah untuk mengibaratkan yang penyokong-penyokong PAS telah menemui cermin ajaib di celah-celah runtuhan bangunan dan mayat bergelimpangan di Mesir!

Khalid Ibrahim Buat Makan Besar Dengan Ketepikan PKNS


Secara peribadinya, adalah menjadi hak bagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim untuk mengadakan makan besar dimana jua venue yang disukainya. Apatah lagi bagi orang yang berwang sepertinya.

Dilaporkan oleh Media Selangorku, Khalid telah buat makan besar di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, sempena majlis perkahwinan anak lelakinya.Malah dilaporkan juga bahawa Tuanku Sultan turut mencemar duli ke majlis berkenaan.

Dalam kegembiraan Khalid menerima menantu baru, beliau terlupa dengannya sebagai Pengerusi PKNS. Khalid bagai sengaja untuk tidak mempromosi, apatah lagi menyokong Shah Alam Convention Centre (SACC) yang merupakan milik penuh perbadanan ekonomi negeri berkenaan.

Barangkali Khalid sedar bahawa SACC yang beliau sendiri menjadi terajunya adalah tidak sehebat SCCC?