Saturday, April 27, 2013

Persamaan Nik Aziz Nik Mat Dengan Bendahara Tepok Yang Perlu Diketahui - Mampukah Dia Pertahankan Kelantan?


Jika diteliti mungkin ada sedikit persamaan antara Nik Aziz dengan Bendahara terakhir Melaka Bendahara Tepok.

Bendahara Tepok lebih dikenali dari gelaran sebenarnya, Bendahara Seri Paduka Tuan dalam mempertahankan Melaka hingga kesaat akhir dari serangan Portugis telah berundur ke Johor dan akhirnya telah meninggal dunia dan dimakamkan di Segamat Johor.

Bendahara Tepok telah dicatat sebagai Bendahara tertua dalam sejarah Melaka dan dikatakan menyandang jawatan hingga keusia 90an.

Dalam pada itu, dibanding dari segi usia Nik Aziz juga dalam usia yang boleh dikatakan tua, iaitu telah pun mencecah 80an.

Tidak kalah dengan Bendahara Tepok, Nik Aziz juga punya gelaran iaitu Dato' Bentara Setia.

Berita Nik Aziz rebah, dilaporkan juga berlaku di negeri Johor. Foto atas jelas memaparkan Nik Aziz terpaksa diusung seperti Bendahara Tepok.

Adakah ini petanda yang Nik Aziz akan menjadi MB PAS terakhir di Kelantan?

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 16 - Khalid Ibrahim Hilang Gelaran Heavyweight Bila Kehadiran Ceramah PKR Bawah 30 Orang Di Pelabuhan Klang


Agak sukar bagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim untuk mengekalkan label heavyweight yang diberikan olehnya kepada diri sendiri, jika kehadiran di majlis-majlis ceramahnya kekal di bawah 30 orang.

Malam tadi, setakat jam 10.15pm di Bilik Gerakan Kg Idaman melalui head-count yang dibuat adalah dibawah 29 orang. Begitu mudah untuk membuat kiraan dengan kehadiran selain jentera ialah berjumlah 9 orang termasuk seorang kanak-kanak.

Selebihnya adalah jentera yang diambil kira dari pemakaian vest oleh mereka yang hadir disitu.

Difahamkan bahawa Khalid akan berucap disitu, tapi ketika meninggal tempat itu jam 10.30pm tiada tanda-tanda yang beliau akan mucul. Bahkan saya beranggapan yang Khalid tidak akan muncul sama sekali.

Jika perkara yang sama berterusan, gelaran heavyweight tidak lagi layak untuk Khalid dan beliau kini berdepan dengan penurunan ranking kepada kategori novice!

Sesungguhnya, penghijrahannya dari Ijok ke Pelabuhan Klang adalah satu mala petaka terhadap karier politiknya.

Bukan itu sahaja, tidak mustahil baginya dicatatkan sebagai penyandang jawatan MB yang pertama kalah dalam PRU dalam sejarah negeri Selangor.

'Counter Attack' Tun M Terhadap Kehadiran Nik Aziz Nik Mat Di Putra Jaya


Pertembungan di Putra Jaya bukan sahaja antara calon-calon Tengku Nan dengan Husam, tetapi akan turut menyaksikan pertembungan mentor masing-masing.

Semalam, dilaporkan TG Nik Aziz hadir membantu Husam di kawasan parlimen berkenaan.

Malam ini jam 9 malam, Tun Dr Mahathir dilaporkan akan membantu kempen Tengku Nan.

Pasti ada sesuatu yang ingin dijelaskan oleh Tun lantaran beliau adalah arkitek pembangunan Putra Jaya.

Friday, April 26, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 15 - Khalid Ibrahim Malu Bila Pengundi Perasan Ada 2 Kesilapan Pada Manifesto PR Selangor


Manifesto tambahan Pakatan Rakyat (PR) khusus untuk Selangor  dikesan  menawarkan 2 janji yang telah dilaksanakan.


Kesilapan pertama dikesan pada tawaran menubuhkan hab halal di Selangor, walhal hab berkenaan telah wujud di Selangor.

Hab halal seluas 700 ekar telah wujud sejak 2003 dan dimajukan oleh anak syarikat PKNS, Central Spectrum Sdn Bhd. [Butiran boleh rujuk SINI].


Kesilapan kedua, ialah tawaran melaksana projek Jambatan Ketiga Klang, walhal sememangnya telah wujud 3 jambatan yang menghubungkan Klang Utara dengan Selatan.

Perhatikan imej bawah yang dipetik dari blog Darul Ehsan Today berkenaan kewujudan 3 jambatan Klang yang sememangnya sedia wujud sejak pemerintahan BN lagi.

Seorang Lelaki Dalam Keadaan Tidak Sedar Diri Dan Separuh Bogel Pernah Ditemui Di 'Command Centre' Pakatan Rakyat Selangor


Saban hari semenjak penamaan calon, Kompleks Perumahan (Kediaman Exco) Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pusat sidang media Pakatan Rakyat (PR) Selangor khusus untuk propaganda PRU13.

Sebuah dewan di dalam kompleks perumahan  berkenaan telah dijadikan tempat untuk tujuan berkenaan.


Apabila PR mengambilalih pentadbiran kerajaan Selangor selepas PRU12, mereka pada awalnya mengambil keputusan untuk melupuskan aset kerajaan negeri tersebut. Kesemua anggota exco kerajaan Selangor tidak mendiami kompleks perumahan yang dibina semasa pemerintahan BN sepanjang tempoh perkhidmatan mereka pada penggal lepas.

Namun begitu sehingga berakhir tempoh kerajaan PR Selangor, tidak pula mereka membuat tawaran penjualan banglo-banglo yang ada di kompleks berkenaan.

Bagi semua anggota exco, mungkin mereka selesa dengan elaun perumahan yang dibayar kepada mereka.

Suatu ketika, kompleks perumahan ini telah dijadikan pusat perkaderan untuk melatih jentera PR.

Pernah berlaku, seorang aktivis PKR telah terjatuh dari tingkat 1 salah sebuah banglo di kompleks berkenaan ditemui dalam keadaan  khayal dan separuh bogel. Timbul juga desas desus dengan teori mengatakan bahawa mangsa adalah dipengaruhi samada dadah atau alkohol, ekoran telah jadi perbualan umum bahawa seorang Pengerusi JKKK kena cekup di sebuah pub di Pelabuhan Klang. [Rujuk laporan SINI]
SHAH ALAM, 4 DECEMBER, 2011: A Parti Keadilan Rakyat (PKR) member sustained injuries on his right wrist, left leg and face after falling from the first floor of a housing unit at the SUK Housing Complex, Section 7, here, at dawn today. 
Shah Alam CID chief DSP Kamaruddin Ismail when contacted, said Yahya Talib, 49, from Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, was found sprawled, clad only in his underwear, on the lower balcony of the three-storey unit, by his roommate who had just returned from performing his Suboh prayers. 
"The roommate sent him to Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang, before lodging a police report at the Section 6 police station. 
"His condition is stable but he is unable to speak much," he said. 
The Port Klang crane operator who is married and an active PKR member for three years now was attending a two-day program at the complex with about 70 PKR members.
Kamaruddin said police were awaiting the x-ray report and the case was being investigated as an accident.
- Bernama

Thursday, April 25, 2013

Khalid Ibrahim Buat Sidang Media Ekoran Ugutan Tutup Bilik Gerakan Oleh Ahli-Ahli PKR Cabang Klang


Calon PKR kawasan DUN Pelabuhan Klang dalam keadaan celaru bila mendapat ancaman dari ahli-ahli PKR Cabang Klang untuk menutup bilik gerakan pilihanraya masing-masing.

Dalam sidang medianya hari ini Khalid mendakwa BN cuba membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat di kawasan yang ditandinginya.

Tindakan Khalid ini dilihat sebagai percubaan Khalid untuk menutup pergolakan dalam PKR, andainya dikalangan ahli-ahli PKR sendiri nekad untuk menutup bilik gerakan masing-masing. Malah ia juga menggambarkan Khalid sudah hilang keyakinan setelah menggelar diri sendiri sebagai calon heavyweight.

Dalam siri perjumpaannya dengan komuniti-komuniti di Pelabuhan Klang, Khalid mengamalkan double standard apabila perjumpaan dengan komuniti perniagaan Cina, Khalid makan besar di Royal Selangor Yacht Club manakala perjumpaan dengan orang-orang kampung hanya minum teh di dewan-dewan MPK.

Bahang Menjadi Isteri Calon - Zizie Ambil Keputusan Berpecah Dengan Bung Mokhtar


Pertama kali menjadi isteri calon bertanding PRU, pelakon Zizie Ezette mungkin merasakan bahang sebenar kempen pilihan raya.

Beliau dilaporkan oleh Utusan sebagai menggunakan 15 jam sehari untuk kempen dan hingga terpaksa berpecah dengan suaminya calon BN kawasan parlimen Kinabatangan untuk tujuan meraih undi.

Apa Erti Semua Ni Hingga Mendapat Perhatian Media Seberang Tambak?


Apakah erti semua ini?

Mereka berkumpul dan menjemput DS Najib sebagai tamu kehormat ke majlis makan malam yang begitu besar dan  jarang berlaku di negara ini.

Ia telah berlangsung di Port Klang Free Zone pada 20 April 2013.




Detik-detik 60,000 komuniti Cina berkumpul menzahirkan sokongan kepada Najib ini dirakam oleh BN N.46.

Wednesday, April 24, 2013

Khalid Ibrahim Tak Serik Tujahan Jari Ke Mukanya Oleh Rakyat

"Dengan Buku di tangan kau nyayikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa 
Lagu daerah teluk gong

Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading 
Dengan Berani berteriak 
Untuk petani-petani yang tertindas 

Lihat pancar mata ayah mu di desa 
Lihat senyum ibu mu di kampung 
Kebanggaan bahawa kau anak mereka"

Di atas adalah petikan puisi oleh sasterawan tersohor Usman Awang berjudul "Telok Gong (1967)" yang didedikasikan kepada peneroka tanah di Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Mengimbas kembali peristiwa Telok Gong ditahun 1967, tercetus kontroversi apabila sekumpulan peneroka yang diketuai oleh Hamid Tuah menduduki tanah di kampung berkenaan.

Difahamkan tanah berkenaan telah ada pemiliknya, namun ia kosong tidak diusahakan kerana tiada hubungan jalanraya ke kawasan berkenaan. Ramai yang dianugerahkan tanah di sana enggan berpindah apatah lagi mengusahakan tanah berkenaan. Dengan keadaan itu, maka kumpulan peneroka berkenaan telah bertindak mengusaha dan menduduki tanah berkenaan.

Justeru, peristiwa yang berlaku hampir 40 tahun dahulu, telah menjadi legasi untuk diselesaikan dari generasi ke generasi, iaitu pemilikan bertindih.

Pemilik secara zahir menduduki tanah berkenaan tidak mempunyai apa-apa dokumen, sementara pemilik berdaftar enggan bertolah ansur malah setiap tahun membayar cukai tanah tahunan bagi mengesahkan pemilikan mereka dari segi undang-undang.

Bagi calon BN kawasan DUN Pelabuhan Klang, Dato' Nasaruddin M. Zin sememangnya amat maklum perkara ini kerana beliau mula menjadi AJK Pemuda UMNO Bahagian Klang pada 1993, kemudian Naib Ketua Pemuda (1995-98) dan Ketua Pemuda  (1998-2001) sehinggalah ke jawatan terkini sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang.

Semasa pentadbiran BN, pernah ditawarkan kepada pemilik-pemilik berdaftar untuk menyerahkan tanah di Telok Gong berkenaan peneroka yang telah puluhan tahun menduduki tanah tersebut. Sebagai tawaran balas mereka ditawarkan sebidang tanah yang lain. Namun, tawaran tersebut telah ditolak.

Rumusannya, halangan terhadap penyelesaian isu ini adalah masalah teknikal dan perundangan.

Kehadiran calon PKR untuk DUN Pelabuhan Klang TS Khalid Ibrahim di Telok Gong 2 minggu lepas, sekali lagi cuba mengulangi janji yang pernah ditabur di Ijok.

Bagi penduduk-penduduk Telok Gong yang terlibat diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan pengundi-pengundi di Ijok. Kesilapan pengundi di Ijok ialah kerana termakan dengan janji Khalid yang akhirnya tidak dilaksanakan.

Video di bawah menjadi saksi terhadap kemarahan rakyat di Ijok.

Penghulu Memberontak Letak Jawatan Menjelang 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat Di Selangor Akhirnya Jadi Calon BN Selat Klang

Menjelang Perayaan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor (selepas PRU12), Faisal Yahya (foto sebelah) memberontak dengan caranya yang tersendiri.

Faisal nekad meletakkan jawatan sebagai penjawat awam Selangor (Penghulu) kerana apabila ditekan oleh Exco Kerajaan Negeri Yaakob Sapari supaya menghantar anak mukim dengan beberapa buah bas ke majlis berkenaan.

Setelah berkhidmat selama 22 tahun (1986 -2008) sebagai Penghulu Mukim di Rantau Panjang, Klang dan Telok Panglima Garang, Faisal meninggalkan perkhidmatan awam Selangor lantaran tidak serasi dengan pentadbiran PR Selangor.

Dengan pengalaman sebagai penghulu serta kesebatian jiwanya dalam khidmat masyarakat akhirnya menjadi kriteria dalam pemilihannya sebagai calon BN di kampung kelahirannya di kawasan DUN Selat Klang.

Faisal akan berdepan dengan penyandang jawatan Dr Halimah Ali (PAS) yang berasal dari Sarawak pada PRU13 yang bakal berlansung pada 5 Mei 2013.

Memiliki ijazah Komunikasi Massa dari UiTM, Faisal adalah anak tempatan Selat Klang yang bertanding di kawasan berkenaan, semenjak kewujudan kawasan berkenaan pada tahun 1974.

Tekad Faisal kini ialah untuk mengembalikan Selangor kepada pemerintahan BN.

Khalid Ibrahim Bakal Di'smash' Najib Gara-Gara Minta Bahagian 5% Dari RM30 Bilion


Khalid Ibrahim sudah mula minta persen. Khalid minta 5% dari hasil tahunan Pelabuhan Klang yang didakwanya berjumlah RM30 bilion seperti dilaporkan oleh portal Media Selangorku.

Bila bab angka ini, rakyat kawasan DUN Pelabuhan Klang jangan mudah terpedaya dengan permainan angka Khalid Ibrahim.

Sejak dakwaan royalti pasir Selangor yang boleh dikutip oleh Kerajaan PR Selangor sebanyak RM150 juta setahun yang akhirnya tidak pernah mencapai sasaran semasa pentadbiran Khalid, sukar untuk kami di blog Akar Umbi untuk percaya dengan permainan angka Khalid.

Janji kutipan royalti pasir RM150 juta telah diminitkan dalam hansard sidang DUN dan boleh dirujuk di bawah.


Kerajaan PR dibawah pimpinan Khalid mendakwa BN tidak cekap kerana hanya mampu mengutip RM17 juta setahun.

Akhirnya setelah memerintah selama 5 tahun, angka RM150 juta setahun tidak pernah tercapai. Puncanya adalah kesilapan formula. Mereka mengira royalti pasir berasaskan RM2 X tan metrik, walhal kadar royalti pasir sebenar ialah RM2 X meter padu. Jadi, sampai hari kiamat pun tak akan dapat RM150 juta kalau kadar pengeluaran dan kadar royalti tetap pada angka yang sama.

Itulah hakikat kebodohan mereka, bila ukuran nilai 1 meter padu adalah bersamaan dengan 1.6 - 1.8 tan metrik.

Berbalik kepada dakwaan hasil tahunan Pelabuhan Klang yang berjumlah RM30 bilion, Khalid tidak pula menyatakan dari sumber mana.amaun tersebut diperolehi.

Bagi kami, mungkin Khalid merujuk kepada hasil pengendalian operasi pelabuhan, kutipan duti dan eksais, cukai taksiran dan lain-lain bentuk hasil yang diraih oleh kerajaan Persekutuan dan Selangor.

Kami yakin bahawa Khalid merujuk hasil mahsul ini adalah untuk keseluruhan Pelabuhan Klang. Namun begitu, Khalid sebenar jahil dan tidak sedar bahawa jika beliau merujuk kepada Pelabuhan Klang secara keseluruhan maka itu menunjukkan kesilapannya dalam memberi fakta.

Hakikat yang perlu diketahui, Pelabuhan Klang dari segi geografi adalah berbeza dari persempadanan kawasan DUN. Kalau benar pengagihan hendak dibuat terhadap 5% hasil Pelabuhan Klang, ia semestinya dikongsi oleh 3 kawasan, iaitu kawasan-kawasan DUN Sementa, Selat Klang dan Pelabuhan Klang.

Khalid sepatutnya malu kerana jahil dan tidak bermaklumat bila menganggap keseluruhan aset Pelabuhan Klang adalah dibawah DUN Pelabuhan Klang kawasan baru yang ditandinginya.

Inilah kelemahan Khalid, yang hanya pandai memberikan angka tetapi tidak dapat memberikan butiran kepada kita. Pendedahan olehnya adalah lebih bersifat untuk menimbulkan kekeliruan.

Satu soalan cepumas untuk Khalid, andai anda betul-betul sayangkan rakyat kawasan DUN Pelabuhan Klang, berapakah amaun yang anda agihkan kepada mereka melalui hasil dividen pegangan saham Tabung Warisan Negeri Selangor yang memegang 4.74% (RM22,304,429) dalam NCB Holdings Bhd (pengendali pelabuhan utara - Northport) sepanjang anda menjadi MB Selangor?

Sumber : NCB
Cakap tak serupa bikin Khalid Ibrahim ini tidak melayakkan beliau untuk dilantik semula sebagai MB Selangor, malah turut tidak layak untuk menjadi ADUN Pelabuhan Klang.

Tuesday, April 23, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 14 - Ini Tugu Kenangan Good Governance Taik Kucing Khalid Ibrahim Di Bandaraya Shah Alam


Puak-puak Pakatan Rakyat dalam banyak hal bercakap tentang good governance. Dalam bab ini, biasalah bagi mereka untuk mengaku yang mereka lebih hebat dari BN.

Foto atas bukan bakal menjadi tugu kenangan, tapi tunggul kenangan good governance Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Projek terbengkalai di atas ialah projek pembangunan ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bakal dikenali sebagai Laman PKNS.

Mengikut jadual asal, pembinaan Laman PKNS bermula Jun 2011 dan sepatutnya siap pada Julai 2013. Ini bermakna tinggal 3 bulan sahaja akan mencapai ke due date. Boleh siapkah bangunan yang sepatutnya 4 tingkat ini dalam tempoh masa yang ditetapkan?

Jawabnya tentulah tidak kerana kontraktor Kesuma Murni Sdn Bhd telah cabut lari.

Kren pembinaan telah pun ditanggalkan dan ia sama sekali berbeza dengan foto (bawah) yang diambil pada Januari lalu.


Tahniah kepada Khalid Ibrahim kerana berjaya meninggalkan "tunggul good governance taik kucing" di ibu negeri Selangor.

Akibat Kemaruk Sangat Nak Jadi Calon Di Pelabuhan Klang, Khalid Ibrahim Sanggup Menyapu Di Kampung Halaman Nasaruddin


Kesian Khalid Ibrahim.

Akibat kemaruk sangat ingin hendak bertanding di Pelabuhan Klang hingga sanggup menyapu sampah di kampung halaman lawannya untuk kerusi DUN Pelabuhan Nasaruddin M. Zin.

Gambar di atas diambil pada jam 1.45 tengahari tadi di jalan masuk Kampung Idaman, Pelabuhan Klang dan kelihatan 2 buah lori Jabatan Perkhidmatan Bandar  Majlis Perbandaran Klang serta beberapa orang pekerja sedang menyapu dedaun pokok di jalan berkenaan.

Sebelum ini, jika ditelefon banyak kali pun amat sukar bagi kontraktor pembersihan kawasan untuk datang mengutip sampah-sampah perkebunan, tapi kali ini lori milik MPK sendiri yang datang membersihkan.

Kampung Idaman merupakan halaman permainan dan tempat membesarnya Nasaruddin, bila keluarganya mula menetap di kampung berkenaan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Lim Kit Siang Sudah Goyang - CD Teresa Kok Pula Telah Diterbitkan


Teresa Kok telah menerbit CD album koleksi pemenang Pesta Lagu Jalanan 2012 Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Meskipun PR mencanangkan bahawa mereka tidak menggunakan aset kerajaan untuk tujuan meraih undi, namun koleksi CD berkenaan bertajuk "Sifar Rasisme" telah dilancarkan semalam, di Dewan Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Selangor.

Barangkali tujuan pelancaran album berkenaan bukan untuk meraih undi, tetapi bertujuan menterbalikkan undi Lim Kit Siang kepada Dato' Abdul Ghani Osman.

Slogan "Sifar Rasisme" ibarat didedikasikan kepada Abdul Ghani yang bertanding di Gelang Patah berdepan dengan Lim Kit Siang dengan komposisi pengundi mengikut kaum Cina 54%, Melayu 33% dan India 12%. Malah Teresa Kok sendiri pun tidak seberani seperti yang dilakukan oleh Abdul Ghani.

Tambahan pula dengan 'makan busat' PM dengan taiko-taiko di Pulau Indah, Pelabuhan Klang juga dengan sendiri amat selari dengan "Sifar Rasisme".

Foto-foto yang dirakam semasa 'makan busat' di bawah amat penting dalam sebagai turning point "Sifar Rasisme" yan dikempenkan oleh Teresa Kok.

Aiya.... Teresa Kok punya pasal... Kit Siang sudah goyang...



Dengan Rambut Berserabai Khalid Ibrahim Bacakan 3 Pertuduhan Keatas Najib


TS Khalid Ibrahim sebenarnya dalam kecelaruan dan ketakutan akan menerima kekalahan dalam pilihanraya.

Dalam keadaan rambut yang berserabai, Khalid telah membacakan 3 tuduhan perlanggaran akujanji integriti PRU yang ditandangani oleh DS Najib.

Tuduhan Khalid fokus kepada penggunaan aset kerajaan menjelang PRU13.


Malangnya, bacaan pertuduhan keatas Najib dilakukan di Dewan Kompleks Perumahan Exco Selangor selepas mereka mengadakan program Pakatan Rakyat Selangor.

Khalid bercakap berkenaan salahguna aset kerajaan, tetapi beliau sendiri yang menggunakan aset kerajaan untuk program partinya.

Sunday, April 21, 2013

Ah Jib Gor 'Makan Busat' Bersama Para Taiko Satu Malaya Di Lokasi Sebuah Pulau Di Selangor?

Foto : SG-Bang
Jumaat lepas seorang rakan lama berbangsa Cina yang begitu tegar menyokong DAP menzahirkan kekecewaannya bila adik iparnya (perempuan) akan membawa ibu mertuanya ke majlis makan malam bersama Ah Jib Gor di suatu lokasi, yang difaham olehnya di Pelabuhan Klang.

Kebetulan disebelah malam saya terjumpa status FB (imej bawah) yang mendedahkan majlis yang bakal dihadiri oleh Ah Jib Gor.


Akhirnya, dari beberapa sumber maklumat, ia adalah 'makan busat' yang dianjurkan komuniti Cina yang difaham melibatkan seluruh Semenanjung. Ia berlansung malam tadi (20 April 2013) di Port Klang Free Zone (PKFZ) yang terletak menghadap Selat Melaka di penghujung Pulau Indah (dulu dikenali Pulau Lumut), Pelabuhan Klang.

Seperkara yang perlu difahami, majlis makan besar dalam tradisi Cina adalah membawa pengertian menyajikan makanan lazat, berkhasiat dan sihat kepada tetamu yang diraikan, sebagai tanda penghormatan.

Difahamkan 5,500 meja dan 200 tandas bergerak disediakan dalam ertikata untuk menyambut 55,000 kehadiran komuniti Cina yang khabarnya bukan sahaja dari Selangor, tetapi digerakkan dari seluruh semenanjung.

Tengahari tadi, saya menghubungi calon BN bagi DUN Pelabuhan Klang Dato' Nasaruddin M.Zin untuk mendapatkan maklumat berkenaan 'makan busat' bersama komuniti Cina tersebut. Beliau memaklum 50 meja dikhususkan untuk masyarakat Melayu dari kampung tradisi di pulau berkenaan.

Tambah beliau lagi, hampir 60,000 hadir ke majlis berkenaan, berasaskan meja-meja yang fully-occupied disamping mereka yang berdiri dengan hasrat untuk menatap dan meraikan PM.

Sesungguhnya, signifikan yang tertonjol dari majlis berkenaan adalah petunjuk bahawa berlaku swing dalam kecenderungan komuniti Cina disamping keyakinan penuh komuniti perniagaan kepada Ah Jib Gor.

Sementara jika dilihat dari politik setempat, bagai ada ruang bagi BN mampu merampas semula kerusi parlimen Klang dari DAP. Pertembungan PRU13 kali ini adalah antara penyandang jawatan Charles Santiago dengan Pengerusi BN Klang Dato' Dr Teh Kim Poo.

Kebetulan pula diperingkat DUN Pelabuhan Klang, MB TS Khalid Ibrahim (PKR) akan dicabar oleh Nasaruddin, yang seterusnya akan memulakan turning point kepada tumbangnya Khalid di Pelabuhan Klang.

Kemungkinan, pertemuan Ah Jib Gor dan para taiko adalah untuk memetri ikatan antara mereka yang membuka lembaran baru 'MOU Pulau Indah'?

Pastinya perkembangan menarik ini amat merunsingkan Lim Kit Siang di Gelang Patah.

Tic Toc Tic Toc....... Esok 22 April, Jadikah Mat Taib Masuk PAS?


Bila bekas MB Selangor TS Muhamad Hj Muhd Taib tiba-tiba senyap selepas tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada PAU 2009, saya menelah bahawa beliau akan bersara dari politik. Tambahan pula, semenjak dari itu beliau telah menyerah tugasannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya kepada Timbalannya Dato' Yahya Bujang.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan pioneer kepada kaedah pemilihan MB Selangor yang tidak berasaskan seniority yang kemudiannya dituruti pula oleh Dr Mohd Khir Toyo, selepas perletakan TS Abu Hasan Omar.

Samada Muhamad bersetuju atau tidak, melalui perlantikannya sebagai MB Selangor diatas tiket UMNOlah maka beliau dikenali samada dalam UMNO mahupun dalam arena politik negara secara keseluruhan.

Setelah sekian lama menyepi dan tenggelam dari sebutan arena politik negara, media pro PAS dan pembangkang tiba-tiba cuba mengangkat semula nama Muhammad. Dihebahkan bahawa telah ada pertemuan peribadi antara Muhammad dengan tokoh PAS Dato' Dr Harun Din.

Bukan itu sahaja, malah telah dihebahkan Muhamad akan diumumkan akan menyertai PAS secara rasmi sebagai ahli PAS pada 22 April 2013, tanpa menyatakan pula masa dan tempat pengumuman.

Tidak dapat dipastikan samada penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS adalah bermotif mendekatkan kepada Islam atau pun mempunyai muslihat politik.

Kalau hendak dikatakan sebagai mendekatkan kepada Islam, PAS sendiri kini mempunyai pemimpin-pemimpin tertinggi yang tidak bebas dari skandal. Contohnya Mohamad Sabu dan Dato' Mustafa Ali. Kedua-dua mereka menjadi bahan perbualan sebagai tidak bebas skandal.

Atau ia sekadar percubaan untuk 'mencakar' TS Muhyiddin Yassin serta DS Najib Razak sekali?

Jika benar terjadi penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS melalui Harun Din, sesungguhnya itu tidak memeranjatkan. Cuma apakah penyertaan Muhamad benar-benar akan berlaku esok?

Muhamad dan Harun punya hubungan intim sejak sekian lama, cuma tidak disedari oleh banyak pihak.

Baca tentang pendedahan hubungan Muhamad dan Harun di SINI.