Saban hari semenjak penamaan calon, Kompleks Perumahan (Kediaman Exco) Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pusat sidang media Pakatan Rakyat (PR) Selangor khusus untuk propaganda PRU13.
Sebuah dewan di dalam kompleks perumahan berkenaan telah dijadikan tempat untuk tujuan berkenaan.
Apabila PR mengambilalih pentadbiran kerajaan Selangor selepas PRU12, mereka pada awalnya mengambil keputusan untuk melupuskan aset kerajaan negeri tersebut. Kesemua anggota exco kerajaan Selangor tidak mendiami kompleks perumahan yang dibina semasa pemerintahan BN sepanjang tempoh perkhidmatan mereka pada penggal lepas.
Namun begitu sehingga berakhir tempoh kerajaan PR Selangor, tidak pula mereka membuat tawaran penjualan banglo-banglo yang ada di kompleks berkenaan.
Bagi semua anggota exco, mungkin mereka selesa dengan elaun perumahan yang dibayar kepada mereka.
Suatu ketika, kompleks perumahan ini telah dijadikan pusat perkaderan untuk melatih jentera PR.
Pernah berlaku, seorang aktivis PKR telah terjatuh dari tingkat 1 salah sebuah banglo di kompleks berkenaan ditemui dalam keadaan khayal dan separuh bogel. Timbul juga desas desus dengan teori mengatakan bahawa mangsa adalah dipengaruhi samada dadah atau alkohol, ekoran telah jadi perbualan umum bahawa seorang Pengerusi JKKK kena cekup di sebuah pub di Pelabuhan Klang. [Rujuk laporan SINI]
SHAH ALAM, 4 DECEMBER, 2011: A Parti Keadilan Rakyat (PKR) member sustained injuries on his right wrist, left leg and face after falling from the first floor of a housing unit at the SUK Housing Complex, Section 7, here, at dawn today.
Shah Alam CID chief DSP Kamaruddin Ismail when contacted, said Yahya Talib, 49, from Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, was found sprawled, clad only in his underwear, on the lower balcony of the three-storey unit, by his roommate who had just returned from performing his Suboh prayers.
"The roommate sent him to Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang, before lodging a police report at the Section 6 police station.
"His condition is stable but he is unable to speak much," he said.
The Port Klang crane operator who is married and an active PKR member for three years now was attending a two-day program at the complex with about 70 PKR members.Kamaruddin said police were awaiting the x-ray report and the case was being investigated as an accident.- Bernama
No comments:
Post a Comment