"Dengan Buku di tangan kau nyayikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah teluk gong
Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Dengan Berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas
Lihat pancar mata ayah mu di desa
Lihat senyum ibu mu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka"
Di atas adalah petikan puisi oleh sasterawan tersohor Usman Awang berjudul "Telok Gong (1967)" yang didedikasikan kepada peneroka tanah di Telok Gong, Pelabuhan Klang.
Mengimbas kembali peristiwa Telok Gong ditahun 1967, tercetus kontroversi apabila sekumpulan peneroka yang diketuai oleh Hamid Tuah menduduki tanah di kampung berkenaan.
Difahamkan tanah berkenaan telah ada pemiliknya, namun ia kosong tidak diusahakan kerana tiada hubungan jalanraya ke kawasan berkenaan. Ramai yang dianugerahkan tanah di sana enggan berpindah apatah lagi mengusahakan tanah berkenaan. Dengan keadaan itu, maka kumpulan peneroka berkenaan telah bertindak mengusaha dan menduduki tanah berkenaan.
Justeru, peristiwa yang berlaku hampir 40 tahun dahulu, telah menjadi legasi untuk diselesaikan dari generasi ke generasi, iaitu pemilikan bertindih.
Pemilik secara zahir menduduki tanah berkenaan tidak mempunyai apa-apa dokumen, sementara pemilik berdaftar enggan bertolah ansur malah setiap tahun membayar cukai tanah tahunan bagi mengesahkan pemilikan mereka dari segi undang-undang.
Bagi calon BN kawasan DUN Pelabuhan Klang, Dato' Nasaruddin M. Zin sememangnya amat maklum perkara ini kerana beliau mula menjadi AJK Pemuda UMNO Bahagian Klang pada 1993, kemudian Naib Ketua Pemuda (1995-98) dan Ketua Pemuda (1998-2001) sehinggalah ke jawatan terkini sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang.
Semasa pentadbiran BN, pernah ditawarkan kepada pemilik-pemilik berdaftar untuk menyerahkan tanah di Telok Gong berkenaan peneroka yang telah puluhan tahun menduduki tanah tersebut. Sebagai tawaran balas mereka ditawarkan sebidang tanah yang lain. Namun, tawaran tersebut telah ditolak.
Rumusannya, halangan terhadap penyelesaian isu ini adalah masalah teknikal dan perundangan.
Kehadiran calon PKR untuk DUN Pelabuhan Klang TS Khalid Ibrahim di Telok Gong 2 minggu lepas, sekali lagi cuba mengulangi janji yang pernah ditabur di Ijok.
Bagi penduduk-penduduk Telok Gong yang terlibat diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan pengundi-pengundi di Ijok. Kesilapan pengundi di Ijok ialah kerana termakan dengan janji Khalid yang akhirnya tidak dilaksanakan.
Video di bawah menjadi saksi terhadap kemarahan rakyat di Ijok.
No comments:
Post a Comment