Saturday, January 11, 2014

Kesian Mak Lampir Zuraida Kamaruddin Berpeluh Ketiak Berjemur Tengah Panas - Khalid Ibrahim Buat U-Turn


Foto atas adalah rakaman peristiwa piket pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor di hadapan Wisma Rozali (pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor) di Shah Alam pada 23 Julai 2012.

Mereka berhimpun untuk sepakat menolak Projek Langat 2, yang bagi Pakatan Rakyat Selangor merupakan projek mega, walhal ia merupakan projek bekalan air untuk Selangor serta Kuala Lumpur dan Putra Jaya.

Bermacam-macam alasan diberikan misalnya, projek tersebut terlalu mahal dan Pakatan Rakyat Selangor mempunyai alternatif lain yang lebih murah.

Kerajaan Negeri Selangor pada tahun berkenaan telah menubuhkan Jawatan Kuasa untuk membuktikan yang Projek Langat 2 tidak diperlukan sama sekali, berdasarkan fungsi dan carta di bawah:-


Sementara itu pada 22 Mac 2012, MB TS Khalid Ibrahim mengumumkan telah memilih 17 buah lombong yang sesuai dijadikan sumber air alternatif kerana kos rawatan air kolam bekas lombong itu adalah lebih murah.

Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Kesihatan negeri telah mengadakan pensampelan kualiti terhadap 30 buah kolam bekas lombong pada 2005 dan memilih 17 buah lombong berkenaan yang berkeluasan 2,019 ekar dan lokasinya membabitkan sembilan buah daerah di Hulu Selangor, di Kuala Selangor (lima) dan Kuala Langat (tiga).

Pada 27 April 2012, Khalid menambah temberangnya kepada rakyat Selangor yang kononnya akan memajukan sebahagian Sungai Selangor di Bestari Jaya sebagai empangan menurut kaedah takungan bagi menghasilkan satu sumber air mentah untuk Lembah Klang.

Projek tersebut menurut Khalid, mampu menyalurkan 2,000 juta liter sehari (JLH) iaitu penambahan 20 peratus dari jumlah air yang diperlukan sehari di Lembah Klang dan dengan demikian Selangor tidak memerlukan Projek Langat 2.

Dongeng kemampuan Selangor dengan sumber alternatif ditambah pula oleh Ronnie Liu (kini bekas Exco Kerajaan Negeri 2008 - 2013) dengan kenyataan kononnya Empangan Langat telah sudah setahun tidak digunakan dan memadai dengan penggunaan air dari Sungai Langat. Malah tambah Ronnie lagi, ia sudah mencukupi dan ia tidak termasuk sumber air bawah tanah.

Setelah sengaja menangguh-nangguhkan development order untuk memulakan projek tersebut sejak 2010, akhirnya pada 8/1/2014 Mesyuarat Exco Selangor membuat keputusan bersetuju dengan perlaksanaan projek berkenaan.


Dalam video di atas, Khalid lebih meletakkan kesalahan pada pihak lain, walhal kesilapan dipihaknya sendiri tidak diakui sama sekali.

Maka dengan itu, jelas bahawa inisiatif yang dijalankan oleh mereka adalah kerja yang sia-sia dan menampakkan kelemahan mengurus keputusan kerajaan Pakatan Rakyat

Friday, January 10, 2014

Anwar Ibrahim : Dulu Madani Sekarang Kosmopolitan


Pada tahun 1995 dan ketika berada dalam kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep 'Masyarakat Madani' ketika berucap dalam simposium sempena Festival Istiqlal, Jakarta.

Antara  konsep 'Masyarakat Madani' yang diungkai oleh Anwar ialah sistem sosial yang subur diasaskan pada prinsip moral yang menjamin keseimbangan dan kebebasan individu dengan.

Kebetulan, Tun Dr Mahathir memperkenal 'Wawasan 2020' yang bermatlamatkan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020, konsep yang dipopularkan oleh Anwar ini dilihat sebagai pengisian terhadap wawasan berkenaan,apabila konsep 'Masyarakat Madani' dikembangkan kepada paradigma masyarakat kota yang ditunjangi dengan kota ilahi dan kota peradaban.

Idea asal 'Masyarakat Madani' sebenarnya dicetuskan oleh Prof Syed Naquib Al-Attas, yang pada beliau bukanlah seperti konsep Civil Society amalan barat, sebaliknya memberi penekanan kepada nilai-nilai Islam dalam masyarakat, khusus dalam etika dan moral seperti mana Islam dibangunkan.

Naquib mengambil model pembinaan tamadun Kota Medinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Anwar ditampuk kuasa, konsep 'Masyarakat Madani sering dibicang dan dibahaskan dan anda boleh rujuk SINI.

Meskipun Anwar yang memperkenal konsep 'Masyarakat Madani' dan topik ini masih kerap dibincang dan dibahaskan di Indonesia, namun Anwar sebenar tidak lagi berminat dengan 'Masyarakat Madani' untuk diterapkan di Malaysia.

Beliau kini lebih gemar dengan 'Kosmopolitan' yang merupakan ideologi barat.


Hakikat yang perlu diketahui oleh PAS, Anwar tidak lagi yakin bahawa Islam mampu menyatukan masyarakat dalam negara ini. Dari kenyataanya dalam video diatas, jelas menampakkan hasratnya untuk menyuburkan semangat kosmopolitan, buat permulaan diperingkat dalaman PKR.

Soalnya, mampukah PAS menyelitkan Islamisasi jika Anwar menjadi Perdana Menteri?

Thursday, January 9, 2014

Exco Agama Selangor Terlibat Dalam Keluarkan Arahan Pemeriksaan JAIS Terhadap Bible Bahasa Melayu


Rupanya pendirian awal Exco Agama Selangor Sallehin Mukhyi yang kononnya tidak maklum dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap Bible berbahasa Melayu, adalah untuk menjaga hati DAP.

Amati kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato' Mohamad Azib Mohd Isa yang dipetik dari The Malaysian Insider:-
"Bagaimanapun tindakan pihak JAIS ini dilakukan setelah pihak MAIS mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan MAIS agar pihak JAIS mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 ini atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor"
Sallehin tidak boleh menafikan beliau tidak terbabit dalam arahan kepada JAIS, memandangkan beliau adalah salah seorang Ahli MAIS dan ini boleh disahkan di SINI.

Apakah beliau tidak hadir mesyuarat bulanan MAIS ketika keputusan dibuat?

Wednesday, January 8, 2014

SOP Baru Kerajaan Negeri Selangor Terhadap JAIS - Teng Chang Khim Pun Wajib Dimaklumi Dan Bersetuju Sebelum Serbuan

Foto - The Malaysian Insider
Dalam tempoh 24 jam selepas Exco Agama Sallehin Mukhyi mengikrarkan bagi pihak kerajaan negeri, bahawa akan tetap mendukung titah Sultan Selangor, hari ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diarahkan untuk patuh dengan standard operation procedure (SOP) yang diperkenalkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Amati arahan baru seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider di bawah;
Religious authorities in Selangor will have to get the state exco's approval before it conducts any searches or raids that could be deemed sensitive, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (pic) said today. 
He said this is the new standard operating procedure for the State Islamic Religious Department (Jais) following its controversial raid on the Bible Society of Malaysia (BSM) last week. 
"They will have to discuss with the religious council and the state exco before they conduct such checks," Khalid told reporters after chairing the first exco meeting for the year..
Ini bermakna, Dato' Teng Chang Khim (foto atas, kanan) yang merupakan salah seorang anggota Exco, turut wajib dimaklumi dan didapatkan persetujuan untuk sebarang serbuan selepas ini. Persetujuan Teng sebagai exco memang boleh diperolehi, namun pastinya beliau "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Alangkah lebih baik kalau MB Selangor TS Khalid Ibrahim berterus terang dengan mengatakan, "Tiada lagi serbuan JAIS dan pihak gereja bebas melakukan apa sahaja, termasuk memurtadkan orang Islam di Selangor".

Mudahkan?

SMS Punya Hal, Khalid Samad Kena Sungkit Dengan DAP


Ahli Parlimen PAS Shah Alam telah menghantar SMS kepada Malaysiakini melahirkan kekesalan diatas cadangan 3 Adun DAP Selangor untuk meminda Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Dikalangan Orang Islam) 1988.

Khalid berpandangan bahawa tindakan wakil rakyat berkenaan adalah bercanggah dengan perjuangan parti dan memburukkan lagi suasana.

Kenyataan Khalid itu telah menimbulkan reaksi negatif dan dilihat sebagai menikam pengundi-pengundi bukan Islam terhadap PAS dan PKR, baca SINI.

Tuesday, January 7, 2014

Sejauh Mana Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim Dukung Titah Tuanku Sultan Selangor Dalam Isu Kalimah 'Allah'? Atau Sekadar Lakonan?


Benarkah kerajaan Selangor pimpinan MB TS Khalid Ibrahim mengambil pendirian bersama titah Sultan dalam penggunaan kalimah 'Allah' seperti dilafazkan oleh Exco Agama Sallehin Mukhyi dalam video di bawah?


Dalam pada perkembangan yang sama, amati pula petikan laporan BERNAMA di bawah;
Sementara itu, (Paderi Lawrence) Andrew berkata, beliau tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah (dalam perhimpunan mingguan). 
"Saya mengikut dasar kebebasan beragama, dalam Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri tanpa campur tangan kumpulan agama lain," katanya.
Bagi episod seterusnya, kita tunggu pula bentuk penyelesaian kerajaan Selangor terhadap provokasi, yang telah pun bermula, klik SINI.

Tahniah Kerajaan PAS Kelantan Kerana Berani Robohkan Gereja


Mungkin ramai yang tidak sedar, atau pun telah terlupa dengan keberanian Kerajaan PAS Kelantan merobohkan gereja orang asli di Gua Musang pada tahun 2007.

Perobohan ini kerana kerajaan negeri Kelantan berpendapat bahawa ia dibina secara haram serta tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Dalam mengulas polisi Kerajaan Kelantan terhadap pembinaan gereja, Berita Harian pernah melaporkan,
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri menghalang pembinaan gereja Orang Asli di Hulu Kelantan kerana ia ingin dibina di atas tanah yang tidak dibenarkan.  
Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri menghalang pembinaan rumah ibadat itu adalah berdasarkan kepada peraturan dan perundangan. 
"Gereja Orang Asli ini dibina atas tanah tidak diizinkan oleh kerajaan negeri, kalau buat atas tanah sendiri saya izin, kita ada peraturan dan banyak tokong dibina sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dalam pada itu, perhatikan pula ketegasan jawapan Setpol kepada Nik Aziz (23/9/2010), dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh penyelaras bagi Centre for Orang Asli Concerns, Colin Nicholas, berhubung arahan pemberhentian pembinaan gereja di Pos Pasik, Kelantan oleh pihak berkuasa negeri;
"Isu utama saya nampak ialah pembinaan tanpa izin pihak berkuasa JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) dan pejabat tanah Gua Musang. 
Pihak orang Asli di Pos Pasik atau pihak gereja kena minta kebenaran membina dulu. Masalahnya buat dulu minta kemudian. Kenapa tak bincang atau mohon lebih awal dan minta pandangan pihak berkuasa terlebih dulu. Di sini timbul soalan, gereja itu dibina atas kehendak siapa? 
Sebenarnya semua urusan tanah di bawah tanggungjawab Ketua Jajahan, maka tidak benar Pos Pasik itu di luar kuasa pejabat jajahan. Cuma ia di luar bidang kuasa majlis daerah memang benar.  
Hak eksklusif orang Asli dalam kawasan penempatannya hanya untuk bercucuk tanam dan tempat tinggal bukan untuk membina apa-apa bangunan termasuk rumah ibadat. Sebab kehidupan nature orang Asli memang tiada rumah ibadat! Keperluan rumah ibadat adalah tertakluk kepada permohonan pihak agama itu sendiri atau kerajaan.  
Apapun, prinsip dan dasar kerajaan negeri adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 3(1) yang memberi hak dan kebebasan semua kaum dan agama mengamalkan cara hidup masing-masing.  
Tetapi di sana ada peraturan lain yang perlu dipatuhi bagi mengamalkan kebebasan itu. Maksudnya kebebasan berasaskan rule of law. Pihak Pastor Moses Soo tu kena bertimbang rasional, tak boleh nak force tak tentu kalu."
Sebaliknya, apa yang berlaku di Selangor, apabila serbuan Jabatan Agama Islam Selangor yang merampas Bible berbahasa Melayu dari pihak gereja, Exco Agama Selangor yang merupakan Adun PAS tidaklah setegas seperti pentadbiran negeri Kelantan.


Exco berkenaan, Sallehin Mukhyi sekadar menjawab,
"Saya tak tahu"
Dalam pada itu, sudah tiba masanya pihak tertinggi gereja mencuba sejauh mana kekuatan mereka di Kelantan, dengan mengadakan upacara keagamaan dalam Bahasa Melayu serta menggunakan kalimah "Allah". Jika Nik Aziz tak melompat, maka selepas ini mereka boleh berbuat apa-apa sahaja tanpa penguatkuasaan undang-undang.

Mentang-mentang Dah Kena Suap RM20,250 Seorang, Exco-Exco PAS Terus Tak Berbunyi


PAS mempunyai 4 orang Exco yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, yang secara perbandingannya (tidak termasuk MB Selangor dari PKR) adalah teramai mengatasi DAP (3) dan PKR (3).

Bagai belum makan sudah kekenyangan disuap dengan RM20,250 sebulan (selepas kenaikan elaun), 4 orang exco ini seolah-olah kehilangan nafsu untuk membela provokasi terhadap bangsa dan agama mereka.

Polemik penggunaan kalimah Allah oleh gereja bagai tidak merasa apa-apa kepada mereka, walhal permainan pihak gereja, meskipun dinafikan sebenarnya ditujukan kepada Sultan Selangor iaitu Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.


Apakah mereka gelap mata mendapat habuan 3 kali ganda kenaikan elaun (elaun asal RM6,109.29) hingga tidak perasan dengan permainan pihak gereja?

Gereja diatas telah pun memulakan upacara keagamaan dalam Bahasa Melayu, malah menggunakan pula kalimah Allah, meskipun ia adalah salah menurut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Ini disahkan oleh laporan Malaysiakini.


Tiada langsung peranan yang dimainkan oleh para exco dari PAS dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka di Selangor.

Dimanakah pendirian Iskandar yang merupakan anak seorang penulis dan budayawan Melayu A. Samad Ahmad yang berasal dari Sg Pinang, Klang?

Begitu juga anak Sarawak yang menjadi Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang sebahagian dari kawasannya berada dalam bandar Klang, sepatutnya bangkit bersuara.

Malukah anak-anak keturunan Jawa seperti Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehin Mukhyi untuk mengaku Melayu dan mempertahankan Raja Melayu?

Perlu diingat bahawa pihak gereja sebenarnya adalah dengan sengaja melakukan provokasi terhadap Sultan Selangor dengan memilih Klang memandangkan gereja Our Lady of Lourdes adalah pada kedudukan yang hanya dipisahkan oleh Bukit Istana dengan Istana Alam Shah (Istana Rasmi Kesultanan Selangor). 

Justeru, mereka melakukan upacara dalam Bahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah untuk mencabar Sultan Selangor.

Tidak sedarkah keempat-empat exco tersebut memperolehi watikah perlantikan daripada Sultan?

Dalam pada itu, khusus kepada MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang turut memegang portfolio Adat Istiadat Melayu, lupakah anda pada lafaz ikrar dan aku janji kepada Sultan?

Monday, January 6, 2014

"DAP bikin rosak ana punya program," - Anwar Ibrahim


Pasca PRU13, Anwar Ibrahim sedar bahawa sokongan dari pengundi-pengundi luar bandar adalah amat penting bagi merealisasikan angan-angan PR mengambilalih Putra Jaya dan seterusnya membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Ketika berucap di 'Centre for Reform & Social Initiatives', Puchong, Anwar menyebut "My name is Anwar Ibrahim and I used to be the next Prime Minister', yang boleh di dengar di SINI.

Namun dengan kemelut JAIS dengan pihak gereja, ia merencatkan sedikit usaha-usaha untuk menarik pengundi-pengundi di luar bandar, disamping menjejaskan peluang untuk menjadi 'the next Prime Minister'.

Meminjamkan dialog P.Ramlee dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok', "DAP sudah bikin rosak ana punya program".

Anwar Diserang Migraine & Hampir Pitam


Inilah akibat tidak menyatakan ketegasan dari awal, ketika berpakat atas nama Pakatan Rakyat antara PKR, PAS dan DAP.

Anwar Ibrahim akhirnya terjeratnya antara ingin menunjukkan penampilan liberal dan pada masa yang sama cuba mengekalkan imej Islam yang menjadi penonjolannya ketika mula-mula bergerak sebagai aktivis politik negara.

Akibatnya, beliau sendiri diserang migraine dan hampir pitam dengan isu JAIS dengan pihak gereja.

Sesungguhnya Anwar dalam keadaan sukar dalam menghadapi kemelut ini, apatah pula ia berlaku di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat.