Foto atas adalah rakaman peristiwa piket pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor di hadapan Wisma Rozali (pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor) di Shah Alam pada 23 Julai 2012.
Mereka berhimpun untuk sepakat menolak Projek Langat 2, yang bagi Pakatan Rakyat Selangor merupakan projek mega, walhal ia merupakan projek bekalan air untuk Selangor serta Kuala Lumpur dan Putra Jaya.
Bermacam-macam alasan diberikan misalnya, projek tersebut terlalu mahal dan Pakatan Rakyat Selangor mempunyai alternatif lain yang lebih murah.
Kerajaan Negeri Selangor pada tahun berkenaan telah menubuhkan Jawatan Kuasa untuk membuktikan yang Projek Langat 2 tidak diperlukan sama sekali, berdasarkan fungsi dan carta di bawah:-
Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Kesihatan negeri telah mengadakan pensampelan kualiti terhadap 30 buah kolam bekas lombong pada 2005 dan memilih 17 buah lombong berkenaan yang berkeluasan 2,019 ekar dan lokasinya membabitkan sembilan buah daerah di Hulu Selangor, di Kuala Selangor (lima) dan Kuala Langat (tiga).
Pada 27 April 2012, Khalid menambah temberangnya kepada rakyat Selangor yang kononnya akan memajukan sebahagian Sungai Selangor di Bestari Jaya sebagai empangan menurut kaedah takungan bagi menghasilkan satu sumber air mentah untuk Lembah Klang.
Projek tersebut menurut Khalid, mampu menyalurkan 2,000 juta liter sehari (JLH) iaitu penambahan 20 peratus dari jumlah air yang diperlukan sehari di Lembah Klang dan dengan demikian Selangor tidak memerlukan Projek Langat 2.
Dongeng kemampuan Selangor dengan sumber alternatif ditambah pula oleh Ronnie Liu (kini bekas Exco Kerajaan Negeri 2008 - 2013) dengan kenyataan kononnya Empangan Langat telah sudah setahun tidak digunakan dan memadai dengan penggunaan air dari Sungai Langat. Malah tambah Ronnie lagi, ia sudah mencukupi dan ia tidak termasuk sumber air bawah tanah.
Setelah sengaja menangguh-nangguhkan development order untuk memulakan projek tersebut sejak 2010, akhirnya pada 8/1/2014 Mesyuarat Exco Selangor membuat keputusan bersetuju dengan perlaksanaan projek berkenaan.
Dalam video di atas, Khalid lebih meletakkan kesalahan pada pihak lain, walhal kesilapan dipihaknya sendiri tidak diakui sama sekali.
Maka dengan itu, jelas bahawa inisiatif yang dijalankan oleh mereka adalah kerja yang sia-sia dan menampakkan kelemahan mengurus keputusan kerajaan Pakatan Rakyat
4 comments:
ITU BARU DINAMAKAN KAEDAH PENTADBIRAN BERKONSEPKAN "SUDAH KAHAK DIJILAT SEMULA" TUAN PENASIHAT "ANUAR PANTELON" DAPAT 20%
jilat muntah sendiri. huekk!!! apapun, pemimpin perlu berkorban hatta terpaksa jilat muntah sendiri. bravo khalid!!!
Tapi PR etap menan di SElanor dalam PRU 14
Gempar....nik aziz dalam utusan mingguan...akhbar yang pernah dikafir di maki hamun dan dihina oleh puak pas terutama nya tok guru kdmbali menjilat kahak dan ludah tok guru semula...pas dah jadi syiah dikuasai syiah....dah tak laku dalam harakah dan pas mula buat muka tak malu...
Post a Comment