Friday, January 10, 2014

Anwar Ibrahim : Dulu Madani Sekarang Kosmopolitan


Pada tahun 1995 dan ketika berada dalam kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep 'Masyarakat Madani' ketika berucap dalam simposium sempena Festival Istiqlal, Jakarta.

Antara  konsep 'Masyarakat Madani' yang diungkai oleh Anwar ialah sistem sosial yang subur diasaskan pada prinsip moral yang menjamin keseimbangan dan kebebasan individu dengan.

Kebetulan, Tun Dr Mahathir memperkenal 'Wawasan 2020' yang bermatlamatkan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020, konsep yang dipopularkan oleh Anwar ini dilihat sebagai pengisian terhadap wawasan berkenaan,apabila konsep 'Masyarakat Madani' dikembangkan kepada paradigma masyarakat kota yang ditunjangi dengan kota ilahi dan kota peradaban.

Idea asal 'Masyarakat Madani' sebenarnya dicetuskan oleh Prof Syed Naquib Al-Attas, yang pada beliau bukanlah seperti konsep Civil Society amalan barat, sebaliknya memberi penekanan kepada nilai-nilai Islam dalam masyarakat, khusus dalam etika dan moral seperti mana Islam dibangunkan.

Naquib mengambil model pembinaan tamadun Kota Medinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Anwar ditampuk kuasa, konsep 'Masyarakat Madani sering dibicang dan dibahaskan dan anda boleh rujuk SINI.

Meskipun Anwar yang memperkenal konsep 'Masyarakat Madani' dan topik ini masih kerap dibincang dan dibahaskan di Indonesia, namun Anwar sebenar tidak lagi berminat dengan 'Masyarakat Madani' untuk diterapkan di Malaysia.

Beliau kini lebih gemar dengan 'Kosmopolitan' yang merupakan ideologi barat.


Hakikat yang perlu diketahui oleh PAS, Anwar tidak lagi yakin bahawa Islam mampu menyatukan masyarakat dalam negara ini. Dari kenyataanya dalam video diatas, jelas menampakkan hasratnya untuk menyuburkan semangat kosmopolitan, buat permulaan diperingkat dalaman PKR.

Soalnya, mampukah PAS menyelitkan Islamisasi jika Anwar menjadi Perdana Menteri?

5 comments:

Anonymous said...

Apa nak dikatakan, pas dah ikut aje telunjuk anuar.

Anonymous said...

Hihii kemana la perginya....atau dah pergi jahanam aroon din dan the gangs.....ulamak pas dah slayaknya jadi 'tukun' .....atau selayaknya jadi bahan atifak untuk dipsmerkan dalam muzium negara....ulamak dah jadi setan bisu.....dari jadi setan bisu elok jadi tukun....

Anonymous said...

Kah kah kah.....jadi tukun untuk lim guan eng dan amwaribrahim.....pas dah ada ulamak baru iatu ulamapk syiah dan pluralisme....penyokong pas pun dah ramai jadi syiah...transformasi parti pas...

jebat said...


Pas dengan PUSSY PSSY nya,

MAT SYABU dengan Sabut serabut mya.

Biarkan....

hangkedee said...

Maka strategy kafir harbi semakin menjadi. Self destruction.Tenguk negara negara Arab satu demi satu hancur kerana Yahudi. Simple pecah dari dalam tak perlu senjata cangih. HANYA Ideology. Bersenketa sesama Muslim ranap jadi padang jarak.kufur melutut kepada Yahudi laknatullah.Bibit ini semakin segar di Malaysia kerana Wanita, kuasa,harta dunia Lebih UTAMA.ULAR DALAM SEMAK akhir zaman.Semua di lacurkan.seperti logam hitam di malam gelap @ semut hitam di atas BATU hitam.