Agakan saya, kemungkinan besar kompakter Khalid Ibrahim tak mampu mengepit. Maka yang demikian, mustahil untuk melihat kelibat 50 unit kompakter jenama 'Dong Feng' yang telah ditepung tawar oleh MB Selangor itu beroperasi atau bergerak di jalan raya.
Dalam demo di atas yang dilakukan oleh Khalid, hanya beberpa cebisan kotak digunakan untuk menunjukkan keupayaan kepitan kompakter Khalid.
Kalau diperhatikan unit-unit kompakter di atas, ternyata ia tidak punya plat pendaftaran.
Mungkin mereka kini tersadai kerana ada masalah spesifikasi dan gagal mendapat kelulusan Puspakom?
Atau mungkin sememangnya kompakter Khalid tak mampu mengepit?
Husam Musa seolah-olah memberi gambaran bahawa Menteri Besar-Menteri Besar dari PAS yang sedia ada tidak punya keterampilan.
Dengan membayangkan cabaran-cabaran yang bakal mendatang, bakal-bakal MB dari PAS mesti progresif dan punya track record dalam pentadbiran.
Malah, Husam tanpa segan silu meletakkan DAP sebagai benchmark kerana punya ramai pemimpin-pemimpin yang berketerampilan.
Apakah Husam telah memberi isyarat tentang tidak relevannya golongan ulamak dalam mengetuai pentadbiran, samada diperingkat negeri mahu pun persekutuan?
Nampaknya, idealisme yang tertulis dalam "Tinderbox" telah meresapi dan punya petanda untuk sebati dikalangan bukan ulamak dalam PAS.
Kelmarin kebanyakan blog-blog pro PR begitu ghairah melaporkan seorang paderi bernama Otou @ Francis Singoron akan diletakkan sebagai calon di DUN Pitas, Sabah.
Tidak pasti samada ini politik atau dakwah? Atau ketandusan pemimpin?
Tidakkah ini bercanggah dengan "Amanat Hadi 1981"?
Apabila MJ Akbar penulis buku "Tinderbox: The Past & Future of Pakistan" dijemput memberi syarahan yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dan MB Selangor TS Khalid Ibrahim, tidakkah itu bermakna satu strategi menanam kefahaman kepada pemimpin-pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat?
Dalam melontarkan pandangannya, Akbar menyatakan bahawa Islam itu bukan bermatlamatkan kenegaraan, sebaliknya persaudaraan. Bagi Akbar juga mendakwa bahawa Islam tidak dalam bahaya. Kenyataan Islam dalam bahaya, menurut Akbar hanyalah untuk menimbulkan ketakutan dalam mengejar matlamat politik.
Akbar ternyata tidak setuju Islam sebagai teras politik, malah khuatir dengan kebangkitan Islam. Mungkin merasakan bahawa gerakan fundamental Islam lebih membawa kemunduran, Akbar lebih khuatir pengaruh Taliban (Afghanistan) keatas Pakistan, berbanding pengaruh Pakistan keatas Taliban.
Berbalik kepada intipati buku tulisannya, rakan karib Anwar itu menyatakan bahawa konflik yang berlaku di Pakistan adalah antara father of Pakistan (Ali Jinnah) VS godfather of Pakistan (Maulana Al-Maududi).
Secara khusus dalam konteks Pakatan Rakyat, ia bermaksud sejauh mana keupayaan Anwar Ibrahim dalam menangani kepimpinan ulamak dalam PAS.
Merujuk kepada situasi semasa dalam PAS, Anwar mungkin gembira apabila Dato' Dr Hasan Ali telah berjaya dinyahkan dari PAS. Dengan perkembangan terbaru keatas mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa yang berucap tentang perpaduan Islam diluar jemaah PAS, kemungkinan penyisihan seorang golongan ulamak akan berlaku. Ini bermakna tugasan Anwar dalam visinya akan lebih mudah dari sebarang halangan.
Moga Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang dan Muryidul Am TG Nik Aziz Nik Mat dalam meneliti intipati syarahan Akbar dalam video di bawah.
Telah berlaku pertembungan antara MP PKR dengan MP Ex-PKR di sidang Dewan Rakyat semalam.
Antara dialog yang menarik dalam pertembungan Zul Kulim Bandar Baru (Ex-PKR) dengan Yusmadi Balik Pulau (PKR), "Jambu! Tolonglah Jambu... Jambu.. duduklah... Nak baca Quran pun pakai rumi?"
Gobala Padang Serai kelihatan gelak besar dengan gelagat mereka, yang boleh ditonton pada minit 4:50 dalam video di bawah.
Seperkara yang menarik yang bakal berlaku di Selangor pada hujung minggu ini ialah konsert ala woodstocks, bertempat di Stadium Kelana Jaya.
Konsert ini akan bermula dari 4 petang hingga 11.30 malam.
Malang sekali MB Selangor merangkap Exco Agama Islam Selangor TS Khalid Ibrahim bagai merestui konsert ini.
Lebih teruk lagi, Khalid yang duduk sebagai MB PKR dan exco agama melalui PKR, telah bersekongkol dengan konsert berbaur maksiat tersebut.
PKR telah mengedarkan siaran yang menggalakkan ahli-ahlinya hadir ke konsert tersebut yang dibuktikan dari petikan dari portal Media Selangorku, seperti di bawah:-
Adalah kurang manis atas kapasiti exco agama negeri, Khalid berdiam diri dan tidak menegur atas program ini yang bermula dari waktu asar hingga menjelang tengah malam.
Harap-harap, Dewan Pemuda PAS Selangor akan membuat bantahan terhadap konsert ini. Itu pun kalau mereka berani!
Bila didedahkan konspirasi Anwar Ibrahim untuk meminggirkan pemikiran ulamak-ulamak PAS [baca SINI] dan telah turut mendapat reaksi dari Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din, menjadikan Ketua Umum PKR tersebut menjadi kelam kabut.
Reaksi Dr Haron boleh ditonton dalam video di bawah:-
Dalam pada itu Anwar seolah-olah ingin membuktikan bahawa beliau adalah mesra ulamak.
Dalam posting terbaru blognya, Anwar telah menjadikan Dato' Ismail Kamus sebagai penangkis terhadap serangan terbaru terhadap dirinya.
Namun begitu, keghairahan untuk menutup rahsia dirinya tidak menjadi, sebaliknya telah menyerlahkan bahawa ulamak-ulamak dalam PAS hanya dipergunakan untuk majlis doa selamat dan tahlil.
Perlu diingat bahawa majlis yang ditunjukkan oleh Anwar itu, bukan majlis brain-storming untuk merencana penubuhan negara Islam di Malaysia!
Pengarah Piliharanraya PKR Selangor Haji Borhan Aman Shah dalam kenyataanya yang didakwa sebagai mewakili pemimpin-pemimpin PKR di Selangor, mendesak kepimpinan parti memecat Faekah Husin dari jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor serta merta.
Nampaknya, penyokong-penyokong Azmin mendesak Pengerusi PKR Selangor itu menggunakan kuasa tekanan politik kepada Khalid Ibrahim untuk memecat Faekah.
Kepada sesiapa yang seronok mahu pun yang tidak seronok, boleh hantarkan SMS kepada Borhan melalui talian yang tertera di atas.