Wednesday, October 10, 2012

Kuliah Strategi Politik Anwar Ibrahim Yang Tidak Diketahui Oleh Hadi Awang & Nik Aziz


Apabila MJ Akbar penulis buku "Tinderbox: The Past & Future of Pakistan" dijemput memberi syarahan yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dan MB Selangor TS  Khalid Ibrahim, tidakkah itu bermakna satu strategi menanam kefahaman kepada pemimpin-pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat?

Dalam melontarkan pandangannya, Akbar menyatakan bahawa Islam itu bukan bermatlamatkan kenegaraan, sebaliknya persaudaraan. Bagi Akbar juga mendakwa bahawa Islam tidak dalam bahaya. Kenyataan Islam dalam bahaya, menurut Akbar hanyalah untuk menimbulkan ketakutan dalam mengejar matlamat politik.

Akbar ternyata tidak setuju Islam sebagai teras politik, malah khuatir dengan kebangkitan Islam. Mungkin merasakan bahawa gerakan fundamental Islam lebih membawa kemunduran, Akbar lebih khuatir pengaruh Taliban (Afghanistan) keatas Pakistan, berbanding pengaruh Pakistan keatas Taliban.

Berbalik kepada intipati buku tulisannya, rakan karib Anwar itu menyatakan bahawa konflik yang berlaku di Pakistan adalah antara father of Pakistan (Ali Jinnah) VS godfather of Pakistan (Maulana Al-Maududi).

Secara khusus dalam konteks Pakatan Rakyat, ia bermaksud sejauh mana keupayaan Anwar Ibrahim dalam menangani kepimpinan ulamak dalam PAS.

Merujuk kepada situasi semasa dalam PAS, Anwar mungkin gembira apabila Dato' Dr Hasan Ali telah berjaya dinyahkan dari PAS. Dengan perkembangan terbaru keatas mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa yang berucap tentang perpaduan Islam diluar jemaah PAS, kemungkinan penyisihan seorang golongan ulamak akan berlaku. Ini bermakna tugasan Anwar dalam visinya akan lebih mudah dari sebarang halangan.

Moga Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang dan Muryidul Am TG Nik Aziz Nik Mat dalam meneliti intipati syarahan Akbar dalam video di bawah.

No comments: