Friday, November 2, 2012

Bala! Lebuhraya Milik Perbadanan Yang Dipengerusikan Khalid Ibrahim Ditenggelami Banjir


Apa jua yang yang berkaitan dengan Khalid Ibrahim pada masa ini ditenggalami banjir. 

Pelbagai alasan boleh diberikan oleh Khalid dan juak-juaknya. Bahkan akan menyalahkan Kerajan Pusat, apabila banjir berlaku.

Hakikatnya, banjir kini mengejar Khalid. Hinggakan KESAS Expressway pun banjir, gara-gara ada 30% saham PKNS yang dipengerusikan oleh Khalid dalam konsortium lebuhraya berkenaan.


Sementara itu, ketika hujan lebat saya melalui Jalan Langat petang tadi, bermula dari Taman Petaling hingga ke Bulatan Simpang 7, saya dapati air tidak bergerak di jalan raya, gara-gara saluran air dari jalan ke longkang besar dipenuhi rumput-rumput kering.

Siapa yang menyelenggara pokok-pokok disepanjang jalan berkenaan? Setahu saya ia adalah dibawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Klang.

Apa pula alasan Khalid?

Masalah Moral Jejas Peluang Badrolamin - Khalid Ibrahim Memihak Kepada Aziz Bari Sebagai Calon PKR Parlimen Sabak Bernam


Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Ustaz Badrolamin yang pernah berdepan dengan kes khalwat di Kuantan pasti kecewa dengan kenyataan terbaru MB Selangor.

Dipetik dari Media Selangorku, Khalid jelas memihak kepada Dr Aziz Bari untuk diletakkan sebagai calon PKR di kawasan parlimen Sabak Bernam.

Thursday, November 1, 2012

Khabar Dari Pulau Pinang - Guan Eng Paksa Anwar Untuk Bersetuju


Media Selangorku  melaporkan, DUN Pulau Pinang telah meluluskan enakmen anti lompat parti di negeri berkenaan.

Tentunya ia adalah khabar yang tidak menggembirakan buat pelopor lompat parti Anwar Ibrahim. Mungkin ia sesuai untuk Pulau Pinang tapi tidak di negeri baru idaman Anwar iaitu Sabah.


Walau bagaimana pun enakmen ini kemungkinan besar bakal menjadi perdebatan, samada ia sah dan seiring dengan Perlembagan Persekutuan.

Saya yakin pasti ada pihak-pihak yang akan mendapatkan tafsiran undang-undang melalui mahkamah berhubung isu tersebut.

Wednesday, October 31, 2012

Dr Hasan Ali Selangkah Ke Hadapan Saingi Dakyah Parasit PAS - Lancarkan Stesyen TV & Radio Internet Untuk Kuasai Perang Media


Presiden JATI Dato' Dr Hasan Ali memperlihatkan kesungguhan untuk selangkah ke hadapan dalam menyaingi dakyah parasit-parasit dalam PAS.

Petang tadi, bertempat di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam beliau telah melancarkan IMR Network yang mengendalikan operasi Stesyen TV & Radio internet. Hasan dalam ucapan pelancarannya memberitahu bahawa IMR Network akan menjadi saluran informasi, pendidikan dan dakwah dalam memperkasa institusi  Islam, Melayu dan Raja.

Bagi saya yang turut berada majlis perlancaran, melihat bahawa inisiatif Hasan lebih kepada memusnahkan parasit-parasit dalam PAS melalui media.


Ramai sahabat-sahabat Hasan ketika dalam PAS hadir. Dicelah-celah mereka yang hadir, kelihatan Pengerusi MAIS Dato' Azib (gambar atas), yang hadir atas kapasiti peribadi. Kehadiran beliau, meskipun tidak diumumkan dalam senarai protokol, sudah cukup untuk menarik perhatian para hadirin.

Perangai Buruk Tony Pua - Akui Suka Jilat Setem!


Satu perangai buruk Tony Pua yang didedahkan oleh dirinya sendiri ialah menjilat setem, jika hendak menampal setem di sampul surat. Tapi, setiap kali menjilat setem dia akan terbayang muka Syed Mokhtar.

Bagi penyokong-penyokong pembangkang yang kebanyakannya orang Melayu di Banting, bagai terpesona dengan percikan batu api yang cuba dinyalakan oleh ahli parlimen DAP tersebut.

Kalau tidak tahu asal-usul, tentunya mereka menelan bulat-bulat apa yang ditemberangkan oleh DAP lahanat tersebut. Sebenarnya monopoli samada gula mahu pun beras adalah satu perkara baru bagi orang Melayu. Dulu, pernahkah samada Melayu atau pun Cina mempertikaikan monopoli yang dipegang oleh Robert Kuok? 

Mungkin benar, monopoli gula dan beras dipegang oleh Syed Moktar. Tapi bagaimana pula beliau memperolehinya? Beliau bukan diberi hak, sebaliknya beliau membeli pegangan keatas perniagaan berkenaan. Kalau Tony Pua betul-betul ikhlas menjadi pejuang anti-monopoli, mengapa tidak disebut sekali Robert Kuok yang masih memonopoli tepung di Malaysia?

Bagi penduduk Banting yang mendengar ceramah Tony Pua, Malakoff bukan terletak di Banting. Sebaliknya, Genting Sanyen yang beroperasi hanya berbelas kilometer di Olak Lempit dimilikki oleh siapa? Dah namanya pun Genting, maka pastilah milik keluarga mendiang Lim Goh Tong!

Perlu diingat, setem yang dijilat oleh Tony Pua suatu ketika adalah milik Phileo-Allied yang pernah menguasai Pos Malaysia. Takkan tak tahu yang Shamsidar Taharin isteri Azmin pernah bersama Phileo-Allied yang pernah memegang lesen Phileo-Allied Bank, yang akhirnya dijual kepada Maybank. Dengan duit penjualan Alllied Bank itulah mereka membeli Pos Malaysia, yang kemudian dijual pula kepada syarikat milik Syed Mokhtar.

Malang, disebabkan kebanyakan Melayu tidak tahu duduk perkara, maka jadilah orang yang suka bertepuk dan bersorak dengan apa yang diucapkan oleh Tony Pua.

Video PDRM : Anggota Polis Parah Ditembak Ketika Bertugas

Tuesday, October 30, 2012

Akhirnya Anwar Arahkan Khalid Ibrahim Mengalah Pada Achi


Sebelum ini, Anwar Ibrahim bukan main berdegar-degar kata tak boleh batalkan projek Kondo 29 Tingkat di Batu Caves kerana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor takut berdepan dengan saman.


Akhirnya, setelah menyedari kemungkinan backfire kepada mereka MB Selangor mengumumkan  perintah pemberhentian sementara ke atas projek berkenaan (baca petikan dari NST di bawah).

Khalid Ibrahim Selamatkan Anwar Ibrahim Dari Hukuman Denda RM3,000 & Penjara 2 Tahun


Adalah sukar bagi Penguatkuasa JAIS untuk mengambil tindakan terhadap penyampai tazkirah tanpa tauliah bila Exco Agama Selangor Khalid Ibrahim sendiri duduk paling depan di majlis berkenaan.

Hal ini bertentangan dengan arahan MAIS yang melarang penceramah tanpa tauliah menyampaikan kuliah mahu pun tazkirah di masjid-masjid dan surau di seluruh Selangor, yang menurut enakmen adalah dibawah pentadbiran dan pemilikan MAIS.

Beberapa keping foto di blog Jinggo Fotoges menunjukkan pelanggaran oleh Anwar Ibrahim terhadap arahan tersebut dan Khalid Ibrahim ternyata bersubahat. Jenayah syariah dilakukan oleh Anwar di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Beruntung pada 28/10 jam 7.30 malam.

Anwar boleh dikenakan tindakan dibawah Sekyen 12, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu menghina pihak berkuasa agama dengan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya.

Monday, October 29, 2012

Niat Anwar Ibrahim Dalam Bahasa Melayu - "Sahaja Aku ................"


Anwar Ibrahim melakukan dengan sengaja.

Dalam hatinya punya niat "sahaja aku arahkan Khalid Ibrahim teruskan projek 20 tingkat  depan kuil Batu Caves untuk fitnah BN".

Dalam kenyataan Anwar dalam video di bawah, dengan jelas meminta MIC untuk mengaku bahawa itu adalah silap mereka. Jika tidak semakan terhadap kelulusan pembangunan tidak akan dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


Dalam pada itu dengarkan juga kenyataan Pengerusi Gerakan Bahagian Gombak Senator A. Kohilan Pillay yang berbeza sama sekali dengan tuduhan Anwar.


Hakikatnya, Kerajaan Selangor boleh pinda syarat kelulusan, tetapi Anwar sendiri yang mahu ia diteruskan.

Isu Selangor - MP PKR Berbini Muda Pun Terbabit Dalam Pelupusan Aset PKNS?


Bila Timbalan Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar membuat cabaran kepada MB Selangor TS Khalid Ibrahim untuk menafikan penjualan aset-aset yang melibatkan bangunan-bangunan utama seperti Menara PKNS (Petaling Jaya), Wisma Yakin (Kuala Lumpur), Kompleks PKNS (Shah Alam) dan beberapa bangunan lagi, Setpol MB Faekah Husin telah menjawab ia hanya sekadar penstrukturan korporat.

Semalam, Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan PPUM Dato' Sohaimi Sahadan dalam kenyataan di blognya (klik SINI) mendedahkan tentang kewujudan transaksi melibatkan pembayaran kewangan kepada PKNS dalam penyusunan korporat tersebut.

Beberapa tulisan di beberapa blog, mengandaikan bahawa tindakan tersebut adalah helah untuk membuat 'refinancing' keatas aset-aset berkenaan.

Sohami turut menyoal dalam kenyataan di blognya,
"Dimana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini  nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ? Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di Selangor ?"
Rasanya yang paling layak untuk menjawab ialah MP PKR Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, kerana beliau ialah aktivis Kesatuan Sekerja. Bahkan beliau pernah berangan untuk duduk sebagai SU Agong MTUC.

Dek kerana terlalu asyik dengan bini muda, Abdullah Sani menjadi rabun dengan pergerakan licik Khalid Ibrahim. Tidak perasankah Abdullah Sani, melalui exercise tersebut, maka suara dan kekuatan Kesatuan Pekerja-Pekerja PKNS akan terjejas?

Bila-bila aset-aset berkenaan diasingkan dari operasi PKNS, maka keahlian Kesatuan akan turut terjejas.

Malangnya, Abdullah Sani yang sebelum ini lantang dalam isu-isu kesatuan sekerja nampaknya sehinngga ke hari ini masih membisu dan mendiamkan diri. Biasanya, diam bermakna setuju.

Apakah MP berbini muda ini pun merestui dan terbabit dalam pelupusan aset PKNS? Beliau wajib tampil untuk membatalkan transaksi berkenaan demi solidariti Kesatuan Pekerja-Pekerja PKNS tidak terjejas.

Alim-Alim Kucing Anwar Ibrahim di Perkampungan Utara Selangor


Semalam Anwar menjelajah kawasan utara Selangor.

Tidak seperti jelajah yang berlansung minggu lepas, kali ini bas Khalid Ibrahim telah dibaikpulih dan rombongan Anwar dibawa dengan bas berkenaan.

Di Permatang, Anwar beritahu orang-orang kampung dia tidak akan buruk-burukkan Najib, Rosmah dan UMNO. Maknanya dah kehabisan modallah tu. Walhal fitnah yang sama berulang-ulang semenjak 2008 dan kini telah pun hampir berakhir 2012, namun apa juga cerita-cerita yang direka oleh Anwar tidak menunjukkan sebarang kebenaran.

Sementara itu di Sg Tengi, Anwar cuba menunjukkan dirinya tidak mahu bermusuh. Contohnya dengan polis. Sebelum ini bukan main lagi kutukan Anwar terhadap polis.

Almaklum, berucap pun di kawasan kampung maka kenalah tunjuk 'alim-alim kucing'.

Sunday, October 28, 2012

Kesian Anwar Ibrahim - Tiba-tiba Jadi Tak Sihat Dalam Kunjungan Ke Kawasan Noh Omar


Bagai ada yang tak kena denganDS Anwar Ibrahim bila berada di kawasan DUN Permatang, Tanjung Karang.

Cakapnya pun sudah menunujukkan yang ia berkemungkinan dalam keadaan tidak sihat, malah mungkin juga tiba-tiba tidak waras.

Dalam keadaan waras, biasanya Anwar akan memfitnah pasangan PM dan isteri. Tapi bila berada di kawasan parlimen yang diwakili oleh Menteri Pertanian & Asas Tani DS Noh Omar, tiba-tiba Anwar berikrar tidak akan buat hal lagi.

Jujurkah ikrar Anwar dihadapan rakyat di Tanjung Karang itu?

Nilaikan sendiri petikan laporan dari Media Selangorku media rasmi Kerajaan PR Selangor di bawah.