Wednesday, October 31, 2012

Perangai Buruk Tony Pua - Akui Suka Jilat Setem!


Satu perangai buruk Tony Pua yang didedahkan oleh dirinya sendiri ialah menjilat setem, jika hendak menampal setem di sampul surat. Tapi, setiap kali menjilat setem dia akan terbayang muka Syed Mokhtar.

Bagi penyokong-penyokong pembangkang yang kebanyakannya orang Melayu di Banting, bagai terpesona dengan percikan batu api yang cuba dinyalakan oleh ahli parlimen DAP tersebut.

Kalau tidak tahu asal-usul, tentunya mereka menelan bulat-bulat apa yang ditemberangkan oleh DAP lahanat tersebut. Sebenarnya monopoli samada gula mahu pun beras adalah satu perkara baru bagi orang Melayu. Dulu, pernahkah samada Melayu atau pun Cina mempertikaikan monopoli yang dipegang oleh Robert Kuok? 

Mungkin benar, monopoli gula dan beras dipegang oleh Syed Moktar. Tapi bagaimana pula beliau memperolehinya? Beliau bukan diberi hak, sebaliknya beliau membeli pegangan keatas perniagaan berkenaan. Kalau Tony Pua betul-betul ikhlas menjadi pejuang anti-monopoli, mengapa tidak disebut sekali Robert Kuok yang masih memonopoli tepung di Malaysia?

Bagi penduduk Banting yang mendengar ceramah Tony Pua, Malakoff bukan terletak di Banting. Sebaliknya, Genting Sanyen yang beroperasi hanya berbelas kilometer di Olak Lempit dimilikki oleh siapa? Dah namanya pun Genting, maka pastilah milik keluarga mendiang Lim Goh Tong!

Perlu diingat, setem yang dijilat oleh Tony Pua suatu ketika adalah milik Phileo-Allied yang pernah menguasai Pos Malaysia. Takkan tak tahu yang Shamsidar Taharin isteri Azmin pernah bersama Phileo-Allied yang pernah memegang lesen Phileo-Allied Bank, yang akhirnya dijual kepada Maybank. Dengan duit penjualan Alllied Bank itulah mereka membeli Pos Malaysia, yang kemudian dijual pula kepada syarikat milik Syed Mokhtar.

Malang, disebabkan kebanyakan Melayu tidak tahu duduk perkara, maka jadilah orang yang suka bertepuk dan bersorak dengan apa yang diucapkan oleh Tony Pua.

1 comment:

Anonymous said...

kita patut bangga ada org mcm syed moktar al bukhri....orang melayu islam yang berjaya.....hidup melayu.


tony pua DAP cemburu dengan kejayaan orang melayu...

Orang macam tony pua harus kita benci..pemusuh melayu dan islam.

ayuh bangkit orang2 islam melayu.