Saturday, September 24, 2011

Projek Paling Gah Khalid Ibrahim Di Ijok Yang Buat Anwar Ibrahim Malu Kat Najib

Pagi tadi tersesat mencari rumah rakan sekelas semasa belajar dan sekarang tinggal di kampung halamannya, Ijok.

Ijok merupakan kawasan DUN yang diwakili oleh MB Selangor Khalid Ibrahim. Dalam mencari lorong ke rumah rakan berkenaan, kebetulan terpandang sign board di atas.

Kalau berdasarkan nama projek, pastinya kita amat maklum. Lantas, hasilnya adalah seperti di bawah.

Agaknya, Selangor dah tak cukup duit untuk turap semula jalan?

Pesuruhjaya PAS Selangor Sertai Muhyiddin Yassin Di Meru

Terjumpa gambar ini di facebook Pemuda UMNO Kapar, dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman (berbaju merah) di majlis anjuran BNBCC di Meru, Selangor.

Jangan anggap apa-apa. Sekadar protokol apabila TPM Muhyiddin Yassin berkunjung ke DUN yang diwakilinya.

Ucapan Anwar Ibrahim Selepas Pemulihan Moral (Video Inside)

Friday, September 23, 2011

Bila Dah Menyampah Dengan Anwar Maka Ranting PAS Gantung Banner Alu-Alukan Najib?

Sumber Foto : Anak Seberang

Mungkin PAS Taman Taufek, Ipoh mengalu-alukan kedatangan PM ke ranting mereka atas terima kasih bantuan tahunan kerajaan persekutuan kepada semua sekolah agama rakyat seluruh negara.

Kalau diperhatikan dengan teliti, papan tanda di belakang banner terpampang perkataan 'PROJEK MENYIAPKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-FALAH'. Apakah ini bermaksud, sekolah tersebut pernah terbengkalai dan hanya berjaya disiapkan dengan bantuan modal dari Kementerian Pelajaran Malaysia?

Atau pun mereka sendiri semakin meluat dengan persengkokolan pucuk pimpinan PAS dengan Anwar Ibrahim dan DAP?

PAS Tertelan Kahak Sendiri Gara-Gara Video Seks Kastam Lebih Dapat Perhatian

MP Kuala Selangor (PAS) tiba-tiba kelam kabut dengan memanggil sidang media di ibu pejabat PAS semalam. [Baca laporan KL Pos], ketika video seks "Sahibul Kastam" lebih mendapat perhatian.

Beliau menyifatkan yang cabaran Tun Dr Mahathir supaya perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan dikuatkuasakan adalah berniat jahat. Disamping itu beliau mendakwa TDM adalah individu yang menggugut Kerajaan PAS Kelantan ketika itu dari menguatkuasakan enakmen berkenaan.

Berikut diperturunkan surat yang diutuskan oleh Perdana Menteri ketika itu kepada MB Kelantan, berserta kenyataan Dr Dzul (video) berkenaan hukum hudud:-

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

Thursday, September 22, 2011

Niat Nak Jerat Najib, Tapi Terjerut Leher Nik Aziz

MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat seolah-olah menyerahkan leher untuk dijerut.

Rasanya, inilah kesempatan terbaik yang mesti diambil oleh PM Najib Razak, iaitu memenuhi permintaan Nik Aziz supaya diberi kebenaran Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Rasanya tak susah bagi buat kenyataan "No hal," cuma puak-puak dalam PAS sendiri yang akan kata "No!".

Pasti PAS kena checkmate kali ini! Bukan itu sahaja, MP Kuala Selangor Dr Dzul gerenti akan mati beragan.

Wednesday, September 21, 2011

Kalaulah Besok Hari Mengundi, Alamat Banyak Saluran Yang BN Akan Kalah Di Selangor

Sebenarnya saya baru balik dari membuat tinjauan rambang di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mengadakan program serentak di seluruh Selangor.

Dari pemerhatian saya, ada yang meriah dan tidak kurang juga ada yang suram. Hakikatnya, ia adalah bergantung kepada sejauh mana kreativiti Pengerusi PDM menarik crowd. Bagi yang berjaya diucapkan tahniah, sementara yang tidak berjaya, jalan terbaik ialah serahkan jawatan kepada mereka yang berkelayakan.

Dalam pada itu jadikan cerita berikut sebagai iktibar dan teladan:-
50. Pak Mat Kudong tinggal di salah sebuah Pida ( feeder atau taliair yang ada dalam kawasan MADA di Kedah) di Jerlun dalam sebuah kawasan pilihanraya Jerlun yang mempunyai pengaruh PAS yang paling kuat di Kedah. Itulah sebabnya Ketua PAS Kedah, Dato' Abu Bakar Umar, bertanding berkali-kali dalam kawasan Jerlun.
51. Sabagaimana yang selalu saya katakan bahawa PAS, dahulunya, wujud dalam kawasan yang banyak pondok, dan pondok pula wujud dalam kawasan penanaman padi kerana penanam padi terkenal dengan amalan membayar zakat kepada alim ulama di pondok-pondok. Saya namakan hipotesis ini sebagai 3P iaitu Padi, Pondok dan Pas. Wang zakat inilah yang membiayai kegiatan pondok. Kecuali di Kemaman, Terengganu, yang tiada paDI, tetapi ada HaDI, didapati pondok maju di kawasan penanaman padi.
52. Dengan kehadiran saya sebagai wakil rakyat untuk Jerlun-Langkawi pengaruh Barisan Nasional di Jerlun bertambah bersemarak tetapi Barisan Nasional tetap kalah di Jerlun dan kemenangan saya untuk kawasan Parlimen sangat bergantung kepada undi dari Langkawi. Walau bagaimana pun kemenangan PAS, walau pun yang bertanding itu ialah Pengerusi Perhubungan PAS, Dato' Abu Bakar Omar, adalah dengan undi yang tidak begitu banyak.
53. Selaku Ahli Parlimen kawasan Jerlun-Langkawi saya berazam untuk Barisan Nasional menawan Jerlun pada pilihanraya berikutnya. Oleh itu satu kajian yang teliti telah saya buat dan saya dapati satu keanehan di kawasan UMNO pimpinan Pak Mat Kudong.
54. Di situ jumlah ahli-ahli UMNO cukup ramai dan Pak Mat Kudong sangat bangga dengan jumlah ahlinya yang banyak yang, katanya, berjumlah lebih 500 orang. Sebahagian dari ahli UMNO ini datang dari luar Pida berkenaan.
55. Pak Mat Kudong selalu menceritakan dengan bangganya bagaimana beliau telah menjadi ahli UMNO sejak tahun 1946 dan telah memimpin UMNO cawangannya sejak Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO.
56. Apa yang aneh ialah dalam pilihanraya peti undi yang termasuk undi cawangan UMNO Pida Pak Mat Kudong selalu kalah. Saya diberitahu tahu hanya 10% dari ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong yang memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya.
57. Sebabnya ialah ahli-ahli UMNO di situ benci pada Pak Mat Kudong tetapi tidak sanggup untuk menentangnya dalam pemilihan UMNO. Katanya mereka 'segan' dengan Pak Mat Kudong. Ahli-ahli UMNO mengharapkan supaya pihak ibu-pejabat UMNO dapat melihat fenomena ini dan bertindak untuk memperbaikinya. Untuk beberapa kali pilihanraya ahli-ahli UMNO di situ telah membuat undi protes terhadap Pak Mat Kudong dengan mengundi PAS.
58. Dalam pilihanraya berikutnya saya telah memaklumkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian bahawa ibu pejabat UMNO telah memecat Pak Mat Kudong dari menjadi ahli UMNO dan saya nasihatkan kepada semua ahli jawatankuasa supaya merahsiakan tindakan ini kerana kita tidak mahu ada kekecohan dalam cawangan yang boleh mengganggu pilihanraya. Dengan nasihat begini maka bertambah cepatlah cerita Pak Mat Kudong dipecat telah heboh di seluruh bahagian kecuali Pak Mat Kudong sahaja yang tidak mengetahui kerana tidak ada yang berani memaklumkan padanya.
59. Maka kalahlah PAS di Jerlun kerana hampir 100% dari sekitar 500 undi ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong telah mengundi Barisan Nasional. [Diceritakan oleh Tan Sri Sanusi Junid]
Bayangkan kalau kerusi lebih banyak dari kehadiran, Ketua Ranting PAS atau PKR mahupun Ketua Cawangan DAP setempat, pastinya tersenyum sampai ke telinga.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh PM Najib Razak merangkap Pengerusi BN Selangor sebagai program syok sendiri?

Kita tunggu ucapan Najib esok petang (22/9/2011) di Kuala Selangor.

KITA Pimpinan Zaid Ibrahim Berdepan Dengan Krisis Kepimpinan

Baru setahun jagung KITA sudah bergolak. Isunya adalah "kepimpinan".

Sebenarnya, bukan suatu perkara yang mudah bagi Zaid Ibrahim untuk memimpin sebuah organisasi yang kebanyakannya dianggotai oleh mereka yang semula jadi bersifat "membangkang".

Maka benarlah kata-kata Saidina Ali ketika ketika ditanya kenapa beliau kelihatan lemah berbanding khalifah yang terdahulu darinya. Saidina Ali menjawab mereka kuat kerana mereka mempunyai pengikut seperti aku manakala aku lemah kerana aku mempunyai pengikut seperti kamu.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. - Bernama/Utusan

Agenda Penyingkiran Anwar Ibrahim Dari Bumi Selangor Bermula Hari Ini

Permukiman selama 3 hari wakil-wakil rakyat BN Seluruh Negara (Kelab Penyokong BN - BN Back Bencher Club) di seluruh Selangor akan bermula malam ini. Di setiap DUN, melalui Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang terpilih akan mengadakan majlis ramah mesra dengan pengundi masing-masing.

Saya telah mendapat 2 undangan untuk majlis sambutan Aidil Fitri di 2 PDM yang berbeza, bermula jam 8.30 malam. Bergantung kepada majoriti kaum di sesebuah PDM, bentuk majlis adalah berbeza mengikut keadaan.

Setiap DUN akan ditempatkan dengan sekurang-kurangnya 4 orang wakil rakyat BN yang akan membuat tugasan perang saraf melemahkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai isu, mungkin bakal diketengahkan dan pastinya PR terkapai-kapai untuk menangkis serangan dari tentera gerak saraf pimpinan PM Najib sendiri.

Nanti 2 perhimpunan besar bersama PM di Kuala Selangor (berhampiran TESCO) pada 22/9/2011 dan perhimpunan bersama TPM di Meru (SK Meru) pada 23/9/2011.

Inilah adalah sebahagian gerak kerja untuk menyingkirkan Penasihat Ekonomi Selangor Anwar Ibrahim.

Tuesday, September 20, 2011

Bahang Pilihanraya Mula Dirasai : Najib & Muhyiddin Serta Bala Tenteranya Akan Bermukim 3 Hari Di Selangor Mulai Esok

Sebelum ini saya ada menulis tentang petanda pilihanraya semakin hampir. [Baca SINI]

Menurut sumber sahih yang baru diperolehi, adalah difahamkan bahawa PM Najib dan TPM Muhyiddin akan bermukim di Selangor selama 3 hari (21/9/2011 - 23/9/2011). Mereka akan disertai oleh anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BN Back Bencher Club) dari seluruh negara.

Bala tentera pimpinan Najib yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat BN dari seluruh negara akan menjadi anak angkat bagi keluarga-keluarga di semua DUN di Selangor untuk tempoh tersebut. Mereka akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing dan akan menyertai program-program kemasyarakatan yang bakal di adakan serentak di kesemua 56 kawasan DUN di Selangor.

Najib dijadualkan bertemu dan berucap kepada wakil-wakil pengundi setiap DUN seluruh Selangor di Kuala Selangor, iaitu kawasan yang mana MB Khalid Ibrahim menjadi Ketua Cabangnya. Ini mungkin simbolik dan isyarat kepada Khalid supaya, awal-awal membuat persediaan untuk pack barang-barang peribadi untuk keluar dari pejabat MB Selangor.

Sementara itu, pertemuan kedua ialah dengan Muhyiddin di Meru, iaitu kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Sebelum ini memang diperkatakan bahawa Najib begitu serius untuk mengambil semula Selangor dari PR dan dikatakan juga yang kecenderungan pengundi di Selangor adalah menjadi petunjuk untuk beliau membuat keputusan untuk membubarkan parlimen.

Nampaknya, ini adalah sebahagian dari taktik man-to-man marking yang dilancarkan oleh Najib. Yang pasti, ini juga mungkin perang psikologi yang dilancarkan oleh Najib dan isyarat kepada PR supaya jangan cuba-cuba mengadakan pilihanraya yang berasingan dari apa yang dibuat oleh BN.

Andai PR memilih untuk mengadakan pilihanraya yang berasingan, maka Najib akan mempergunakan bala tenteranya dari seluruh untuk menyerang secara all-out negeri-negeri dibawah pemerintahan PR.

Monday, September 19, 2011

Kalau Anwar Nak Bilik, Tune Hotel Ada Offer RM1

Manakah tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi? Mana mungkin Tune Hotel boleh bagi semurah RM1 untuk kadar biliknya. Mesti ada sesuatu yang nak ditariknya. Perangai dan streteginya mesti ikut macam bapaknya, Air Asia. Mesti ada juta-juta RM yang bakal masuk!
Tune Hotels, the hospitality arm of Tune Group, is offering room rates for as low as RM1 per night for its hotel chain in Malaysia.

It is also offering rooms at 10,000 Indonesian rupiah per night in Bali, Indonesia, in conjunction with the Merdeka and Malaysia day celebration.

Tune Hotels in a statement today said bookings are open from tomorrow to Sept 30, on a first come, first served basis, for the staying period of June 1-Aug 31 next year. - Bernama/Business Times

Piliharaya Dah Semakin Hampir?

Apabila PM Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA dan juga sedang menilai semula beberapa akta yang lain, bermakna ia bukan dibuat untuk saja-saja. Tidak mudah untuk menafikan bahawa ini adalah muslihat besar Najib untuk mematikan isu-isu pembangkang. Secara tidak langsung ini juga adalah petanda bahawa PRU semakin menghampiri kita.

Satu lagi langkah untuk ujian terhadap kesiapsiagaan jentera BN, saya dimaklumkan bahawa ada jentera DUN, sebaik lepas sehari Konvesyen BN Selangor (yang berlansung Sabtu lalu) terus memanggil mesyuarat jentera. Notis panggilan mesyuarat dibuat melalui SMS, hanya dalam tempoh 31 jam dari masa sebenar mesyuarat iaitu pada jam 8.30 malam ini.

Takkan saja-saja kot?

Sunday, September 18, 2011

Hari Malang Bagi Ronnie Liu Kerana Akan Kena 'Penalty Kick'

Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu menganjurkan Pertandingan Sepakan Penalti Hari Kemerdekaan di kawasan yang diwakilinya DUN Pandamaran.

Dah alang-alang ada pertandingan, apa kata kalau dengan Ronnie Liu sekali dikasi kick dari Pandamaran? Tambahan pula dia bukan anak Pandamaran dan bukan orang Selangor pun.

Lelaki Tua Tipu Isteri Kononnya Pergi Minum Teh Tarik Tapi Melencong Langgan Pelacur

Seseorang lelaki lewat 60an telah mempedayakan isterinya untuk keluar rumah dengan alasan untuk pergi minum teh tarik dengan rakan.

Bagi mengaburi isterinya, lelaki berkenaan hanya mengenakan capal ketika keluar dari rumah. Sebaliknya beliau telah melencong untuk melanggan pelacur di sebuah unit apartment.

Nasib malang menimpa lelaki berkenaan, apabila rakaman CCTV (gambar atas) telah mengesan dan mengesahkan kehadiran lelaki berkenaan ke unit tersebut.