Menurut sumber sahih yang baru diperolehi, adalah difahamkan bahawa PM Najib dan TPM Muhyiddin akan bermukim di Selangor selama 3 hari (21/9/2011 - 23/9/2011). Mereka akan disertai oleh anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BN Back Bencher Club) dari seluruh negara.
Bala tentera pimpinan Najib yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat BN dari seluruh negara akan menjadi anak angkat bagi keluarga-keluarga di semua DUN di Selangor untuk tempoh tersebut. Mereka akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing dan akan menyertai program-program kemasyarakatan yang bakal di adakan serentak di kesemua 56 kawasan DUN di Selangor.
Najib dijadualkan bertemu dan berucap kepada wakil-wakil pengundi setiap DUN seluruh Selangor di Kuala Selangor, iaitu kawasan yang mana MB Khalid Ibrahim menjadi Ketua Cabangnya. Ini mungkin simbolik dan isyarat kepada Khalid supaya, awal-awal membuat persediaan untuk pack barang-barang peribadi untuk keluar dari pejabat MB Selangor.
Sementara itu, pertemuan kedua ialah dengan Muhyiddin di Meru, iaitu kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.
Sebelum ini memang diperkatakan bahawa Najib begitu serius untuk mengambil semula Selangor dari PR dan dikatakan juga yang kecenderungan pengundi di Selangor adalah menjadi petunjuk untuk beliau membuat keputusan untuk membubarkan parlimen.
Nampaknya, ini adalah sebahagian dari taktik man-to-man marking yang dilancarkan oleh Najib. Yang pasti, ini juga mungkin perang psikologi yang dilancarkan oleh Najib dan isyarat kepada PR supaya jangan cuba-cuba mengadakan pilihanraya yang berasingan dari apa yang dibuat oleh BN.
Andai PR memilih untuk mengadakan pilihanraya yang berasingan, maka Najib akan mempergunakan bala tenteranya dari seluruh untuk menyerang secara all-out negeri-negeri dibawah pemerintahan PR.
No comments:
Post a Comment