KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.
Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.
"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.
"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. - Bernama/Utusan
Wednesday, September 21, 2011
KITA Pimpinan Zaid Ibrahim Berdepan Dengan Krisis Kepimpinan
Baru setahun jagung KITA sudah bergolak. Isunya adalah "kepimpinan".
Sebenarnya, bukan suatu perkara yang mudah bagi Zaid Ibrahim untuk memimpin sebuah organisasi yang kebanyakannya dianggotai oleh mereka yang semula jadi bersifat "membangkang".
Maka benarlah kata-kata Saidina Ali ketika ketika ditanya kenapa beliau kelihatan lemah berbanding khalifah yang terdahulu darinya. Saidina Ali menjawab mereka kuat kerana mereka mempunyai pengikut seperti aku manakala aku lemah kerana aku mempunyai pengikut seperti kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment