Saturday, September 15, 2012

"Jom Balik! Jom Balik!" - Jerit ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim Bila Gagal Malukan Noh Omar


ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim pernah memberi label kepada Menteri Pertanian & Asas Tani DS Noh Omar sebagai gangster.

Siang tadi, Ng Sue Lim, calon AMK PKR yang tewas Chegu Bard dan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang Yahya Saari cuba membuat provokasi terhadap Noh.

Mereka telah mendalangi demontrasi dan pada masa yang sama berhasrat menghantar memo daripada pengusaha-pengusaha burung walit seluruh Selangor kepada Menteri Pertanian.

Hasrat untuk memalukan Noh gagal, bila beliau terus respons terhadap kandungan memo berkenaan.

Aksi Menantu Ketua Pembangkang DUN Selangor


Aksi menantu Satim Diman (Ketua Pembangkang Selangor) dalam membantu penjanaan kemenangan Selangor 2-0 keatas Sarawak dan seterusnya mengesahkan laluan ke suku akhir Piala Malaysia 2012 malam tadi, bikin Presiden FAS Khalid Ibrahim serba salah.

Samada nak puji atau nak keji?

Rasanya yang lebih afdal ialah puji, sebab misi Selangor yang lebih utama dari politik.

Begitulah juga dengan bab air Selangor. Adalah lebih afdal bagi Khalid mengutamakan air terawat untuk rakyat Selangor berbanding bab ego politik PKR. Setuju sahajalah dengan pembinaan Empangan Langat 2.

Friday, September 14, 2012

Imbas Kembali 4 Tahun Dulu - Detik-Detik Kegagalan Anwar Ibrahim


Lusa 16 September adalah Hari Malaysia.

Bagi Anwar Ibrahim tarikh tersebut adalah hari kegagalan bagi dirinya.

Bagi rakyat Malaysia, disamping mengenang hari tertubuhnya Malaysia, ia juga hari mengenang 'pembohongan Anwar'.

Di bawah, diperturunkan kenyataan akhbar Anwar yang berlangsung 16 September 2008:-

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.
Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan. 
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :
1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya. 
Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.
Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.
Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang/Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat



Khusus kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semua peringkat, diucapkan selamat menyambut hari penipuan Anwar Ibrahim.

Anwar Meransang Wanita PKR Di Shah Alam


Anwar Ibrahim semakin tidak punya masa.

Nafsunya untuk menjadi PM semakin meluap-luap.

Semalam, Keadilan Daily melaporkan  meransang wanita PKR supaya bekerja lebih gigih untuk meraih sokongan di desa.


Anwar sedar bahawa, dipihak lawan, (khususnya UMNO) wanita menjadi tulang belakang kepada kekuatan mereka.

Thursday, September 13, 2012

Aksi Abby Tergedik-gedik Cari Orang UMNO - Orang PAS Tak Ada Oomph Kot?


Bagi Abby orang PAS tak ada oomph.

Dalam majlis hiburan ala-PAS pun, masih tergedik-gedik nak cari orang UMNO.

Abby juga dah declare tak mau jadi bini nombor 2 orang PAS!


Ustaja Abby Punya Pasal, Ceramah Politik PAS Dah Jadi Macam Program 'Melodi' TV3


Rupanya majlis-majlis PAS sekarang dah jadi ruang untuk populariti artis-artis yang mula tenggelam.

Ada majlis soal jawab berkenaan peribadi, seperti dalam 'Melodi' di TV3.

Kalau tak percaya, tonton video di bawah.

Panggilan Menggoda Dari 07-8931456 Untuk Anwar Ibrahim


Sebenarnya kalaulah ada mana-mana pihak yang nak bunuh Anwar dah lama dia mati.

Berpeleseran tanpa escort, sudah cukup untuk mendedahkan dirinya dalam bahaya. Tapi mengapa pula dia tidak ditembak?

Hakikatnya, tiada siapa nak bunuh Anwar. Tapi kalau nak ludah, itu pasti!

Anwar begitu teringin kawalan polis terhadap dirinya. Kalau ramai polis, apatah lagi yang beruniform, Anwar rasa gah dan untuk psiko orang awam, yang kononnya dirinya adalah penting.

Untuk tujuan itu, maka direka cerita kononnya ada panggilan ancaman dari 03-8931456.

Wednesday, September 12, 2012

Khalid Ibrahim Nekad Tangguh Pilihanraya Selangor Hingga Ke Tempoh Matang, Bila Rumah Terbukanya Di Ijok Gagal


Hanya 1,000 orang yang hadir ke rumah terbuka Aidil Fitri MB Selangor Khalid Ibrahim yang diadakan di DUN yang diwakilinya, Ijok. Bilangan kehadiran ini dilaporkan oleh Media Selangorku, lidah rasmi kerajaan Selangor.

Tentunya bilangan kehadiran ini tidak menggembirakan Khalid atas kapasiti ADUN mahupun MB Selangor. Ini bermakna kehadiran cuma 6.25% jika berasaskan jumlah pengundi yang lebih kurang 16,000.

Tambahan pula kehadiran tersebut tidak bermakna kesemuanya adalah pengundi di kawasan tersebut.

Jumlah kehadiran seperti ini, hanya sekadar bertaraf rumah terbuka Ketua Kampung di kawasan Ijok.

Justeru Khalid nekad memilih untuk menunggu tempoh matang pembubaran DUN kerana menyedari bahawa dirinya diambang kekalahan.

Nampaknya, Anwar pun bersetuju.

Ustaja Abby Keluarkan Fatwa - Lelaki Dewasa Yang 3 Kali Pakai Seluar Pendek, Tak Boleh Jadi Wali Nikah


Ustaja Abby dah mula keluarkan fatwa.

Lelaki dewasa yang berseluar pendek sebanyak 3 kali, sudah cukup untuk tidak membolehkannya menjadi wali dalam pernikahan.

Kesian Abby.

Matanya dibutakan oleh PAS. Sekali-sekala Mat Sabu kena buat date dengan Abby untuk bermuzakarah dengan DAP.

Almaklum, Abby hendakkan syariat Islam ditegakkan dalam pentadbiran negara. Manalah tahu, kot-kot Abby boleh tarbiyahkan Karpal Singh.

Dengar dan amati tazkirah Ustaja Abby dalam video di bawah.

Tuesday, September 11, 2012

Karpal Singh Tak Suka Nasharudin Mat Isa Masuk Syurga


Bagi setengah orang seperti Ustaja Abby a.k.a Arbaiyah Abdul Manan, bila masuk PAS maka  boleh masuk syurga.

Barangkali dek kerana geram melihat Nasharudin Mat Isa kekal dalam syurga, maka Karpal Singh meneruskan tindakan saman keatas mantan Timbalan Presiden tersebut. (Baca petikan laporan NST di bawah)


Saman Karpal, jangan tak saman.

"Mat, hang pi beghambus!" - Jerit Mahfuz Omar


Kerusi Menteri Besar Kedah boleh dikatakan antara kerusi politik yang amat panas. Ini berikutan begitu ramai di kalangan PAS sendiri yang ingin berada di kerusi tersebut..

Kerana begitu 'gilakan' kerusi tersebut, PAS langsung tidak menimbangkan situasi sekiranya mereka tidak dapat mempertahankan negeri itu dalam PRU nanti. Mereka seolah-olah yakin bahawa masalah mereka hanyalah siapa yang akan menggantikan Dato' Seri Azizan Razak dan bukannya bagaimana untuk memastikan kemenangan PAS di Kedah.

Antara yang mensasarkan jawatan Menteri Besar di kalangan PAS Kedah ialah Mat Sabu dan juga Mahfudz Omar, selain dari Phahrolrazi yang tidak dapat lagi membendung kerakusannya sehingga sanggup menuntut Azizan berundur dan bersikap biadap secara terbuka terhadap beliau.

Secara umumnya, perbalahan di dalam PAS adalah antara golongan Ulama dan moderate atau Anwarinas, selain sesama golongan moderate/Anwarinas sendiri. Golongan Ulama terdiri dari Dato' Seri Azizan dan penyokong-penyokongnya manakala semua yang menentang beliau tadi adalah dari golongan moderate.

Sebagai seorang yang telah lama bertapak dalam politik PAS Kedah, Mahfudz sebelum ini agak selesa kerana percaya yang beliau adalah individu yang paling layak duduk di tempat Azizan sekiranya Azizan berundur. Namun keselesaannya kini terancam dengan ura-ura Mat Sabu ingin bertanding di Pendang dengan matlamat untuk menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan.

Bagi mengekang kemaraan Mat Sabu, Mahfudz telah pun menulis surat atas nama kepimpinan PAS Kedah kepada PAS Pusat untuk menolak Mat Sabu bertanding di Kedah. Lanjutan dari itu, semua program-program PAS di Kedah tidak akan sekali-kali menemukan kedua-dua tokoh yang terkenal paling bodoh di dalam PAS ini.

Akar umbi PAS Kedah secara amnya berada di belakang Azizan iaitu golongan Ulama termasuk para Tok Guru Pondok dan Pemuda PAS Kedah yang diketuai oleh Ustaz Mat Yahya. Mereka rata-ratanya menganggap golongan moderate dan Anwarinas yang menentang Azizan sebagai kurang ajar, malah digelar syaitan.

Golongan moderate dan Anwarinas secara langsung menerima bantuan dan sokongan PAS Pusat, Anwar dan juga DAP. Namun, mereka tidak mampu mengenakan tekanan secara langsung dan nyata terhadap Azizan memandangkan beliau mendapat sokongan kuat dari akar umbi. Ini membuatkan kepimpinan PAS Pusat, seperti Hadi Awang dan Nik Aziz serba salah kerana takut dilihat tidak menyebelahi golongan Ulama.

Sementara kepimpinan pusat berada dalam keadaan serba-salah, peperangan antara Mahfudz dan Mat Sabu terus berlangsung secara diam-diam. Manakala Azizan pula terus yakin yang beliau mendapat sokongan rakyat dan akar umbi PAS.

Phahrolrazi pula membuat perancangan berasingan untuk menjatuhkan Azizan. Malah beliau menganggap permusuhannya dengan Azizan kini telah menjadi permusuhan peribadi. Beliau dikatakan mendendami Azizan kerana tidak meluluskan satu projek yang dicadang olehnya sedangkan beliau telah pun berjanji dengan tauke yang berkenaan bahawa projek tersebut pasti akan diluluskan.

Apa yang berlaku membuatkan Phahrolrazi tidak tidur malam kerana dipersoal oleh tauke tersebut. Justeru, Azizan perlu dijatuhkan barulah hidupnya akan aman kembali.

Nampaknya, musuh Azizan berada di segenap penjuru negeri Kedah. Namun, sebelum mereka semua menghalakan muncung senapang ke arah Azizan, mereka juga perlu menembak sesama sendiri terlebih dahulu sehingga mungkin hanya seorang sahaja yang tinggal untuk menentang Azizan.

Keadaan ini wajar dimanfaatkan oleh UMNO Kedah sebaik-baiknya. UMNO pasti telah belajar dari kesilapan bahawa tidak ada apa yang dapat memastikan kejatuhan sesuatu parti yang telah bertapak dengan selesa, selain dari pertelagahan sesama sendiri.

Ini adalah peluang terbaik UMNO untuk merampas kembali Kedah kerana PAS Kedah sudah hampir terlupa siapa musuh utama mereka. Mereka kini benar-benar lalai dari menangani masalah rakyat dan negeri, yang merupakan senjata utama untuk memenangi pilihanraya.

Sumber maklumat : Beruang Biru

Monday, September 10, 2012

M. Manoharan Hindraf Sifatkan Nasharudin Mat Isa Sebagai 'Tak Senonoh' - Tapi Kekal Dalam Syurga


ADUN DAP Kota Alam Shah Selangor merangkap orang kuat Hindraf M. Manoharan menasihati bekas Timbalan Presiden PAS supaya tidak menyelar mana-mana parti anggota Pakatan Rakyat.

Tindakan menyentuh rakan-rakan pakatan disifatkan oleh Manoharan sebagai 'tidak senonoh'.

Dalam pada itu desas-desus mengatakan Nasha akan dipecat dari PAS telah berakhir, bila Majlis Syura PAS mengumumkan tiada tindakan keatas Nasharudin.

Seorang sahabat dalam komennya mengenai tiada tindakan keatas Nasharudin, telah secara berseloroh mengatakan bahawa "Nasharudin kekal dalam syurga". Ini adalah merujuk kepada dakyah PAS yang mengatakan, kononnya mengundi PAS masuk syurga!

Perangai tak senonoh boleh masuk syurga?

Perangai Iblis Anwar - Akan Lumpuhkan Bekalan Petrol Untuk Cetuskan Huru-Hara Pada PRU13


Anwar semakin berperangai iblis.

Dia punya agenda untuk melumpuhkan sistem pengangkutan seluruh negara.

Cuba amati dan fahami petikan dari Antara Pos di bawah:-


Dalam petak merah di atas, mungkin pada setengah orang akan menyambut baik dengan janji tersebut.

Namun bagi operator-opertator kiosk minyak, pasti tidak akan membeli stok untuk 2-3 sebelum PRU hingga ke hari berlansungnya PRU. Siapa yang sanggup menyimpan stokpada harga mahal, jika harga minyak akan diturunkan bila berlaku pertukaran kerajaan kelak?

Jadi, maknanya Anwar melakukan provokasi untuk melumpuhkan bekalan petrol dan seterusnya keadaan huru-hara akan berlaku ketika proses pilihanraya berlansung.

Dalam pada itu, blog RBF Online membayangkan tindakan samseng Anwar, apabila beliau (Anwar) boleh tahu keputusan PRU seawal 2.30 petang.