Thursday, June 13, 2013

Perlantikan Saifuddin Nasution Sebagai Pegawai Perhubungan Politik Di Pejabat MB Selangor Masih Lagi Berbangkit - Zuraida Terus Serang Khalid Ibrahim


Isu perlantikan Setia Usaha Agung PKR Saifuddin Nasution kejawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat MB Selangor masih lagi berbangkit.

Dalam kenyataan sekutu kuat Azmin Ali, Zuraida Kamarudin membangkitkan betapa kedegilan Khalid Ibrahim untuk membentangkan skop tugasan dan sebarang makluman rasmi Khalid kepada Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.


Dalam konteks ini, Zuraida kelihatan berpendirian bahawa parti yang menguasai kerajaan dan bukan kerajaan menguasai parti.

Disamping itu, dengan mengambil kira keputusan prestasi Pakatan Rakyat yang menguasai 44 dari 56 kerusi DUN Selangor, sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka secara politiknya dalam kedudukan yang begitu selesa dan sekilas pandang menunjukkan tidak ada keperluan untuk Saifuddin dilantik kejawatan berkenaan.

Dengan jumlah emolumen yang bakal dinikmati oleh Saifuddin yang berjumlah RM15,000 sebulan, bermakna seramai 15 orang pelajar yang memasuki IPT boleh dibantu.


Hal ini adalah berpandu kepada manifesto Pakatan Rakyat (rujuk atas) yang menjanjikan bantuan/hadiah kepada anak  yang ibubapanya berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Jika dibandingkan kepada keseluruhan emolumen tahunan yang bakal dinikmati oleh Saifuddin, bermakna amaun berkenaan boleh diagihkan kepada 180 orang pelajar.

Bayangkan kalau selama 5 tahun, maka seramai 900 orang pelajar boleh dibantu oleh Kerajaan Selangor.

Tuesday, June 11, 2013

Penyelewengan Perbendaharaan Negeri Selangor - Khalid Ibrahim Peruntukkan RM5 Juta Dari Geran Selangorku Untuk Bantu Blackout 505?


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta daripada Geran Selangorku yang kononnya untuk program memperbaiki proses demokrasi  melalui Unit Pendemokrasian Selangor.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Media Selangorku semalam, Khalid berkata Kerajaan Negeri Selangor bersedia mengeluarkan peruntukan sumbangan bagi membiayai kos guaman kepada mana-mana pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya.

Jika pembiayaan kos guaman petisyen pilihanraya dianggap sebagai membantu memperbaiki proses demokrasi, maka tidak mustahil dana RM5 juta yang diperuntukkan telah dan akan digunakan untuk menggerakkan Himpunan Blackout di seluruh negara.

Adalah keterlaluan bila perbendaharaan negeri digunakan di luar Selangor, apatah lagi ia adalah bertujuan untuk kepentingan Pakatan Rakyat.

Apakah masih tidak demokrasi apabila Pakatan Rakyat telah pun memenangi 44 kerusi dari 56 keseluruhan kerusi DUN di Selangor?

Malang Bertimpa-timpa Buat Husam Musa Sehingga Jun 2013 - Hari Ini Kerugian RM20,000


Husam Musa mengalami malang bertimpa-timpa keatas dirinya sejak Januari 2013.

Pada PRU13 yang berlangsung 5 Mei 2013, Husam telah tewas dalam saingannya keatas Ku Nan untuk kerusi parlimen Putra Jaya.

Hari ini, nasib malang terus menimpa Husam, apabila terpaksa membayar RM20,000 kepada New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) serta dua pemberitanya Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah, bekas pengarang kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan pengarang urusan kumpulan NSTP ketika itu Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa.

Naib presiden Pas itu hari ini kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap defendan-defendan di atas, berkaitan sebuah artikel mengenai jawatannya dalam parti dan kerajaan. [Baca Sinar Harian]

Sebelum ini, pada Januari 2013 Husam terpaksa membayar RM2,000 kepada Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang berjaya mengenepikan sepina sebagai saksi untuk kes saman fitnah RM5 juta terhadap 2 lelaki yang didakwa sebagai blogger Papa Gomo dan Parpukari.

Sementara itu amaun yang serupa turut dibayar oleh Husam kepada defendan untuk kes saman terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, apabila Husam tidak berhasrat untuk meneruskan saman tersebut. [Baca SINI]

Malahan dengan tidak terpilihnya Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan selepas PRU13, menambah bilangan malang menimpa Husam setakat ini.

Sunday, June 9, 2013

Polis Temui Semula Sejumlah Matawang Asing Yang Disamun Dari Istana Hinggap Saifuddin Nasution


Malang bagi S.U Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, ketika masih menunggu surat perlantikan sebagai pegawai kanan kepada MB Selangor, istananya hinggapnya di Machang  telah dimasuki oleh pencuri.

Meskipun 2 lelaki yang disyaki telah diberkas, namun menurut laporan Bernama yang dipetik oleh Berita Harian, antara barangan yang ditemui semula ialah sejumlah matawang asing.


Istana hinggap Saifuddin dibina di Machang dengan penuh harapan agar hayat politiknya sebagai wakil rakyat Machang dapat diteruskan di Negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Namun pada PRU13 lalu yang menyaksikan kesemua wakil-wakil rakyat PR dari luar Kelantan tidak dicalonkan semula, Saifuddin beserta Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS) terpaksa bertanding di negeri asal masing-masing.

Mungkin keadaan istana Saifuddin yang sentiasa kosong, maka menarik minat penjenayah untuk memasuki rumah agam tersebut.

Penyelesaian Masalah Ala-Kg Buah Pala Bagi Pembangunan Semula Pasar Dato' Keramat - Menteri Buat Janji Di Tepi Jalan?


Tentu ramai yang masih ingat dengan janji kosong Anwar Ibrahim pada PRU13 dalam menangani isu pembangunan semula Kg Buah Pala di Pulau Pinang.

Kaedah yang serupa turut digunakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Mansor dalam menyelesaikan isu pembangunan semula Pasar Dato' Keramat, Kuala Lumpur.

Membezakan antara Anwar dan Ku Nan ialah janji Anwar adalah janji yang terbukti sekadar janji kosong sementara bagi Ku Nan dalah janji yang dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang menteri.

Persamaannya, kedua-dua mereka membuat janji di tepi jalan!