Hanya dalam masa 1 hari, Naib Presiden PAS Husam Musa telah kerugian RM4,000.
Kerugian pertama, berpunca apabilan Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi berjaya mengenepikan sapina Husam yang memanggilnya untuk menjadi saksi dalam kes sivil tuntutan gantirugi fitnah RM 5 juta Husam terhadap Wan Mohd Azri Wan Deris dan Mohamad Salim Iskandar, yang didakwa oleh Husam sebagai blogger Papa Gomo dan Parpu Kari.
Menurut laporan Harakah Daily, Husam sebagai plaintif telah diarahkan membayar RM2,000 kepada Zahid.
Sejumlah RM2,000 lagi terpaksa dikeluarkan dari poket Husam, apabila beliau menarik balik saman terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan.
Banyak duit Husam. Dalam masa sehari, beliau berbelanja menyamai gaji 2 bulan seorang kakitangan awam di Kelantan.
4 comments:
catatan ni dari sumber mana?
Quote sumber bro..sumber mana? Kalau macam ni semua orang boleh tulis
Carlos Santiago,
Bukan sudah dinyatakan dalam rencana, sumber dari Harakah Daily. Kalau Harakah Daily membohong, bohonglah 'Akar Umbi'
Tentang yang satu lagi checklah dekat mahkamah!
Carlos..lu dah panas bontot cakap je lah..
Post a Comment