Monday, January 7, 2013

Salah Guna Kuasa Timbalan Exco Agama Selangor - Alihkan 5 Pembangunan Sekolah Rendah Agama Ke Kawasannya


Adun PAS Bangi Dr Shafie Abu Bakar pun boleh dianggap seorang yang bijak dalam bab putar belit.

Dalam kenyataannya di Media Selangorku, beliau cuba putar belit dengan angka. Baca kenyataannya di bawah.
Seperkara yang Shafie tidak bercakap ikut fakta, Bandar Baru Bangi yang jadi pemangkin kemajuan kawasan DUNnya, hanya wujud tidak sampai 40 tahun. Sebelum ini, ia hanyalah West Country Estate, yang ladang luas mata memandang tanpa penghuni.

Seperkara lagi, untuk daerah-daerah yang maju seperti Petaling, Klang dan Hulu Langat sendiri (yang Bangi termasuk dalam daerah tersebut), sememangnya kurang SRA. Sebagai alternatif KAFA Integrasi (Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan oleh kariah) dan sekolah-sekolah agama swasta menawarkan perkhidmatan.

Bagi saya, Shafie telah menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Exco Agama Selangor. Beliau banyak mengalihkan pembangunan sekolah hanya tertumpu di kawasannya. Mana keadilan beliau?

Seperkara yang rakyat Selangor perlu tahu, dari keseluruhan peruntukan tahunan JAIS, 70% adalah diperuntukkan kepada Unit Pendidikan JAIS. Sementara dari keseluruhan peruntukan Unit Pendidikan, 70% disalurkan untuk pendidikan rendah.

Dalam pada itu, SRA dan KAFA Integrasi adalah berbeza dari segi operasi, kerana KAFA lebih independent dalam hal pengurusan. Meskipun tidak mendapat peruntukan JAIS dari segi pembangunan, namun pihak lain seperti Kementerian Pelajaran, MAIS, badan korporat/perniagaan dan individu turut membantu dari segi tersebut.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal JAIS, pemikiran Shafie masih sempit dan berfikiran lama. Dengan mengambil contoh pendekatan yang dibuat oleh Kelantan, tidak sepatutnya Shafie menumpukan pendidikan rendah. Di Kelantan, mereka tidak memberi tumpuan kepada pendidikan rendah agama. Sebaliknya, Kelantan lebih menumpukan kepada pendidikan menengah agama. 

Hakikatnya, itulah kekurangan yang berlaku di Selangor iaitu tidak cukup SMA untuk menampung permintaan yang tinggi terhadap sekolah tersebut. SRA tidak sepatutnya dibina lagi, kerana tugasan tersebut boleh diambil oleh KAFA dan swasta.

Jadi, kenapa bazirkan wang membina SRA yang sepatutnya membina SMA?

No comments: