Friday, September 6, 2013

Kejutan Ke2 Dibuat Oleh Noh Omar Dalam Tempoh Seminggu


Dalam tempoh seminggu, 2 kejutan telah dibuat oleh Pengerusi Perhubungan Selangor DS Noh Omar.

Awal minggu ini, Noh telah secara terbuka membuat kenyataan meminta Ketua-Ketua Bahagian di Selangor yang telah gagal memenangkan BN di kawasan masing-masing pada PRU13 yang lalu supaya mengundurkan diri. (Baca SINI)

Kenyataan Noh ini dilihat sebagai amat memeranjatkan kerana perlantikan Noh sebagai Pengerusi Perhubungan difahamkan adalah hasil permintaan dan 15 Ketua Bahagian dalam suatu perjumpaan dengan Presiden UMNO DS Najib Razak.

Sepatutnya sepakat membawa berkat, tetapi kenyataan Noh itu tentunya mengguris hati sebahagian besar Ketua Bahagian yang menyokong perlantikan Noh kejawatan berkenaan.

Semalam Noh membuat kejutan kedua dengan pengumuman untuk tidak mempertahankan jawatan kerusi MT UMNO yang dimenangi dalam pemilihan 2009.

"Berdasarkan senario politik semasa dalam UMNO saya dengan rasa rendah diri telah mengambil satu ketetapan tidak mencalonkan diri dalam pemilihan ahli MT yang akan datang," kata Noh seperti dilaporkan oleh Utusan.

Tidak dapat dipastikan samada keputusan Noh itu punya kaitan dengan kenyataan (meminta Ketua Bahagian yang gagal supaya berundur) awal minggu lalu.

Selain Noh, seorang lain wakil Selangor dalam MT ialah DS Mohd Zin Mohamed. Zin yang sebelum ini ialah Setia Usaha Perhubungan UMNO Selangor, telah dicicirkan terus oleh 'kumpulan 15' dan telah tidak diberikan apa-apa peranan di peringkat perhubungan.

Saya melihat ada sesuatu yang tidak kena melanda UMNO Selangor.

Jika ini berterusan, kemungkinan besar sejarah Pemilihan UMNO 1978 pasti berulang, apabila tiada wakil Selangor yang menang untuk jawatan MT apabila MB Selangor ketika itu, Dato' Hormat Rafie telah tewas dalam pemilihan berkenaan.

Untuk rekod, Hormat menggantikan Dato' Harun Idris MB Selangor, disaat-saat kekuatan politik Harun di Selangor, apatah pula beliau telah dilucutkan jawatan secara kontroversi dikaca mata para penyokongnya. Dengan populariti Harun di Selangor dan nasional yang berada dipuncak berbanding Hormat yang low-profile, lantas agak sukar bagi Hormat untuk menang kerusi MT.

Berpandukan keadaan semasa, adalah sukar untuk mana-mana wakil Selangor mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih ke jawatan MT dalam pemilihan kali ini.

Melainkan Ketua-Ketua Bahagian yang ada kembali untuk bermuafakat dan membina persefahaman, maka itulah jalan terbaik untuk memenangkan wakil-wakil Selangor. Namun begitu, perlu juga disedari bahawa kedudukan Ketua-Ketua Bahagian yang masih berminat mempertahankan jawatan, belum terjamin dengan kedudukan masing-masing.

Satu nasihat untuk Ketua-Ketua mahupun bakal-bakal Ketua, buanglah ego masing-masing dan carilah titik persamaan dan bukannya makin menambah titik perbezaan.Cukuplah dengan 2 kekalahan PRU yang sepatutnya menjadi pengajaran yang amat bermakna.

Thursday, September 5, 2013

Sudahkah Nik Aziz Pulangkan 14 Lot Tanah Kepada Yang Empunya Hak?


Seorang pembaca blog ini telah mengutuskan e-mel kepada saya dengan ajuan persoalan berkenaan 14 lot tanah dengan nilaian jutaan ringgit yang didaftarkan atas nama bekas MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat.

Sesungguhnya soalan ini sukar untuk dijawab kerana ia adalah diluar pengetahuan saya.

Menjelang PRU13, Presiden Perkasa Dato' Ibrahim Ali tampil dengan pendedahan dan pembuktian pemilikan Nik Aziz melalui carian di Pejabat Tanah.


Keseluruhan pemilikan atas nama Nik Aziz adalah seperti berikut:-


Dalam menjawab dakwaan Ibrahim, PAS Kelantan menjelaskan lot-lot tanah berkenaan adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Nik Aziz hanyalah pemegang amanah (baca SINI).

Mungkin soalan yang diajukan pembaca blog ini tersebut sekadar untuk tahu akan status terkini tanah berkenaan, memandangkan Nik Aziz bukan lagi MB Kelantan, disamping keuzuran beliau ketika ini.

Khalid Samad Langgar Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS - Tak Setuju Larangan Penggunaan Kalimah Allah Kepada Bukan Islam

MP Shah Alam Khalid Samad terang-terang melanggari keputusan Majlis Surah Ulamak PAS yang bermesyuarat pada 13/1/2013.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yng bersidang pada tarikh tersebut telah membuat ketetapan bahawa menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kita agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Namun begitu, Khalid dalam forum 'Adakah Allah Eksklusif Kepada Islam - Undang-Undang, Iman & Politik' anjuran Mysuara.Net mempertikaikan, disebalik larangan adalah lebih baik mendidik dan memupuk kefahaman tentang pengertian Allah kepada orang-orang Islam, lapor TMI.

Pastinya, pendirian Khalid ini adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Ulamak yang ditandatangani oleh 2 Tuan Guru utama PAS, TG Nik Aziz dan Dato' Dr Harun Din seperti di bawah.


Mungkin Khalid menganggap dirinya lebih hebat berbanding 2 tokoh utama Majlis Syura Ulamak PAS tersebut, hinggga sanggup meletakkan dirinya tidak terikat dengan keputusan syura tersebut.

Wednesday, September 4, 2013

Anwar Ibrahim Buat Perancangan Jadikan Hadi Awang Melukut Di Tepi Gantang Untuk Tarik Perhatian Israel


Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim telah menyiarkan artikel tulisan Pengarah Program Israel Institute, Michael Koplow di blog beliau anwaribrahimblog.com.

Artikel tersebut menggunakan tajuk 'First They Came for the Islamists' dan sub-heading 'Egypt’s Tunisian Future'.


Sekilas pandang, tiada apa-apa disebalik penyiaran artikel tersebut, melainkan peranan gerakan Islam dalam pertukaran regim.

Sejarah politik Mesir telah membuktikan betapa peranan gerakan Islam yang besar, khususnya dengan bantuan Ikhwanul Muslimin berjaya menumbangkan kerajaan monarki di Mesir, disamping yang terbaru menurunkan regim Hosni Mobarak.

Hakikatnya Anwar bukan fokus kepada kemelut yang sedang berlaku di Mesir, sebalik berdasarkan sub-heading 'Egypt’s Tunisian Future' dalam artikel di blog Anwar, jelas beliau lebih meneladani pertukaran regim di Tunisia.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa gerakan menukar regim di Tunisia adalah ditunjangi oleh kumpulan revolusiner yang dikatakan sebagai 'Islamist-Free'. Kumpulan revolusiner ini adalah terdiri dari golongan intelektual, peguam dan kesatuan sekerja yang berfahaman sekular. (Rujuk SINI)

Justeru, adalah menjadi harapan Anwar supaya dirinya akan mengepalai pertukaran rejim mengikut acuan di Tunisia, agar dirinya mendapat pengiktirafan dan sokongan dari Israel!

Sementara nasib Hadi Awang pula, akan terus bagai melukut di tepi gantang.

Tuesday, September 3, 2013

Saifuddin Nasution Mulakan Tugas Sebagai Penjaga Hal Ehwal Insentif Perkahwinan Belia Di Pejabat Menteri Besar Selangor


Menjaga hal ehwal insentif perkahwinan belia adalah antara tugasan yang digalas oleh Saifuddin Nasution yang telah mula bertugas sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor, seperti terkandung dalam program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES)

Dalam kenyataannya kepada Antara Pos, Saifuddin memberitahu bahawa tumpuan beliau adalah kepada fasa kedua program MES.


Barangkali itu setakat itu sahaja kepercayaan MB Selangor TS Khalid Ibrahim terhadap Saifuddin dan pejabatnya pun ditempatkan sekadar tingkat 5 Bangunan SUK!.

Kenyataan Noh Yang Bakal Mengguris Ketua-Ketua UMNO Bahagian Selangor

"UMNO bukan kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah setakat untuk memajukan UMNO dan memastikan kejayaan kepada parti.
Pada pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin... berilah peluang kepada orang lain dengan idea-idea baharu," - Noh Omar


Di atas adalah foto DS Noh Omar bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang bersetuju untuk mengemukakan nama beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kepada Presiden UMNO DS Najib.

Rentetan dari peristiwa dari foto di atas, pada 25/6.2013 Antara Pos melaporkan,


Namun begitu semalam menurut laporan Utusan, Noh telah dengan secara berani meminta sebahagian besar dari mereka yang berada disekelilingnya dalam gambar di atas agar mengundurkan diri, khusus kepada mereka yang gagal membawa kemenangan di kawasan masing-masing.


Mungkinkah selepas ini Ketua-Ketua Bahagian di Selangor akan berkumpul sekali lagi untuk menamakan barisan baru kepimpinan UMNO Selangor untuk dikemukakan kepada Presiden parti?

Monday, September 2, 2013

Anak Sahkan Nik Aziz Hadapi Masalah Sukar Buang Air Kecil


Sudah lama kita tidak mendengar khabar berkenaan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz.

Malah kedengaran khabar angin mengatakan tahap kesihatannya lebih kronik berbanding dengan bekas MB Kedah Ustaz Azizan.

Walau bagai mana pun Nik Abduh  mengesahkan Nik Aziz menghadapi masalah sukar membuang air kecil, tetapi telah keluar hospital minggu lepas.

Budak Perempuan Ini Belum Kenal Erti Roket Sebenarnya


Budak perempuan di atas bernama Dyana Sofya Mohd Daud dan merupakan Setia Usaha Politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Dalam wawancara dengan Malaysikini, yang turut disiarkan di blog Lim Kit Siang, Dyana meluahkan kekecewaan terhadap UiTM, IPT yang dia memperolehi ijazah undang-undang kerana menghadkan kemasukan hanya untuk Melayu dan Bumiputera sahaja.

Dyana nyata tidak tahu asal-usul UiTM bahkan tidak tahu betapa susahnya anak-anak Melayu sebelum merdeka hingga ketahun 70an untuk mendapatkan pendidikan.

Ketika itu sekolah-sekolah menengah hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar. Apatah lagi bagi anak-anak Melayu dari kawasan luar bandar terpaksa berulang-alik berpuluh km setiap hari, samada menaiki bas malah ada yang berbasikal.

Cuba tanyakan pada orang UMNO yang menyertai DAP, Aspan Alias dan Arif Sabri berapa jarak kampung masing dengan sekolah menengah aliran Inggeris yang paling berdekatan? Paling tidak, jawapannya pasti berbelas km. Maka tidak hairanlah ketika itu ramai anak Melayu yang tidak melanjutkan ke sekolah menengah.

Pada masa yang sama, Dyana tidak pula mempertikaikan kewujudan saingan UiTM iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman yang mendapat bantuan kerajaan, tetapi asalnya adalah untuk anak-anak Cina melanjutkan pelajaran. Bahkan Dyana tidak tahu betapa gaji permulaan yang diterima oleh anak Cina yang sekadar punya diploma kolej berkenaan, adalah mengatasi gaji permulaan anak Melayu yang memegang ijazah jika bekerja di syarikat-syarikat milik tauke Cina. Ini bukan kenyataan rasis, tetapi adalah hakikat yang pernah dialami oleh anak-anak Melayu.

Sepatutnya tidak apa yang patut dipertikaikan terhadap kewujudan UiTM yang khusus untuk Melayu dan Bumiputera. Seharusnya kekalkan dengan sistem yang ada.

Sedangkan pendidikan peringkat rendah melalui Sekolah Kebangsaan yang jauh lebih murah yurannya pun orang Cina lebih memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, masakan pula mereka akan memilih UiTM.

Sesungguh budak perempuan bernama Dyana ini belum kenal erti roket sebenarnya.

Sunday, September 1, 2013

Husam Musa - From Hero To Zero


Apabila Husam Musa tidak lagi terlibat secara lansung dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, idea-ideanya telah dipinggirkan oleh pentadbiran baru yang bukan lagi diketuai oleh TG Nik Aziz.

Dengan terkeluarnya Husam dari anggota pentadbiran negeri Kelantan, maka dengan sendirinya memahatkan namanya sebagai pakar 'pecah tanah dan letak batu asas' di negeri berkenaan.

Imej asal 1peluru.com

Husam yang kini tidak lagi duduk sebagai anggota exco kerajaan negeri, berasa amat kecewa apabila ideanya untuk membina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Kerai telah tidak diberi keutamaan oleh pentadbiran baru negeri Kelantan.

Bagi menampung kos pembinaan lebuhraya berkenaan, Husam tampil dengan cadangan mencagarkan kawasan perlombongan besi seluas 3,000 hektar dengan nilai RM2.5 bilion kepada kontraktor.


Idea mencagarkan kawasan perlombongan besi ini, dilihat sebagai cadangan tidak cerdik oleh pentadbiran baru Kelantan.

Pada saya, pentadbiran baru Kelantan tidak mahu kelihatan begitu bodoh dengan menuruti cadangan Husam itu, yang memaksa kerajaan negeri bergolok bergadai semata-mata untuk membina lebuhraya sepanjang 73km dengan RM1.8 bilion.

Tentunya kerajaan negeri terpaksa memilih keutamaan, lantas menolak idea asal Husam, meskipun ia telah pun dipersetujui semasa dibawah teraju Nik Aziz, apatah lagi wujudnya Lembaga Lebuhraya Malaysia yang bertanggungjawab untuk tujuan tersebut.

Lantaran itu, mungkin demi mengelakkan 'riak' Husam, maka pentadbiran baru Kelantan membekukan pembinaan lebuhraya berkenaan.

Akhirnya bagi Husam adalah 'from hero to zero', walau pun berjawatan Naib Presiden PAS diperingkat pusat.