Saturday, January 8, 2011

Jangan Gelakkan Khalid Ibrahim, Cukup Sekadar Senyum Kambing

Jika diamati kenyataan Setpol MB Selangor dipetik dari Malaysikini, agak lembut nadanya. Suatu yang menarik ialah petikan yang berbunyi,

Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat.

Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan

Tampak bagai ada sesuatu yang positif kearah penyelesaian terhadap isu perlantikan SUK ini. Dipihak tertinggi BN dan UMNO Selangor pun tidak mengusik apa-apa pun ketika berkemuncaknya isu ini. Rasanya, rakyat Selangor pun tidak akan mentertawakan Khalid Ibrahim, tapi cuma senyum kambing apabila mengenangkan telatah reaksi Khalid, diawal pengumuman Khusrin Munawi sebagai SUK!

Khalid Ibrahim Bijak Sifir

Khalid Ibrahim berpengalaman luas dalam dunia korporat, sebelum menjadi MB. Sepatutnya, beliau amat maklum tanggung jawab kepada pemegang saham, lembaga pengarah, kakitangan bawahannya, masyarakat dan negara. Pengabaian terhadap salah satu elemen yang disebutkan sebentar tadi, dengan sendiri akan membawa kepada bentuk pengurusan yang kurang berkesan.

Pengemukaan kaedah penyelesaian “2k – r = k” yang akhirnya membawa kepada jawapan “r = k”, dengan sendiri menunjukkan watak-watak yang diketengahkan adalah manusia yang sama sifatnya, iaitu lemah dan serba kekurangan.

Khalid harus insaf. Dalam keadaan sekarang, beliau telah mencipta 2 musuh iaitu Ramli Mahmud dan Khusrin Munawi. Jangan ingat yang Ramli Mahmud telah bersara, maka kemungkinan untuk bertentang mata adalah rendah sama sekali. Sebaliknya, Ramli telah pun dilantik sebagai ahli Dewan Diraja yang Khalid sebagai MB duduk sekali didalamnya.

Dalam keadaan ini, Khalid harus membuangkan sifat ego kerana masing-masing, iaitu Khalid, Khusrin dan Ramli duduk dalam satu institusi yang mempunyai satu matlamat; memacu Selangor kearah kesejahteraan rakyatnya. Malahan juga, fungsi masing-masing adalah inter-related dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Akhir sekali, jangan mudah termakan dengan hasutan batu api yang akhirnya akan memerangkap diri sendiri. Abaikan Khalid Samad kerana ia bukan anak jati Selangor. Tambahan pula, rakan sekelambu PKR sendiri tidak setuju dengan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Formula Matematik Selesaikan Isu Perlantikan SUK Selangor

Soalan : Selesaikan 2k – r = k

Jawapan : 2k - r = k

................2k – k = r

.......................k = r

Makna : 2k (Khalid Ibrahim & Khalid Samad)

...............r (Ramli Mahmud)

...............k (Khusrin)

Terbukti pemilihan Dato’ Mohammed Khusrin Hj Munawi sebagai SUK Selangor adalah tepat dan betul.

*Sila klik pada nama yang berwarna biru untuk mendapatkan kenyataan pihak-pihak terbabit dalam kemelut isu SUK Selangor.

Diharapkan penyelesaian mengikut matematik ini akan menjernihkan hubungan Kerajaan Negeri, SPA dan DYMM Sultan Selangor.

Friday, January 7, 2011

Khalid Ibrahim Mengamuk: Amri Yahya Bakal Terima Nasib Seperti Khusrin

MB Selangor, TS Khalid Ibrahim beria-ia hendak meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Beliau dalam kenyataaannya memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan meminta Profesor Abdul Aziz Bari dan peguam kanan Param Cumaraswamy untuk membantu menggubal pindaan tersebut.

Dalam profesyen guaman, tiada istilah percuma. Pastinya, apabila menggunakan peguam yang ternama maka yuran guamannya semestinya mahal.

Dek kerana terlalu memikirkan kemelut isu perlantikan SUK Selangor, iaitu masalah yang tak sepatutnya menjadi masalah, Khalid sampai terlupa untuk memberi ganjaran kepada para pemain Selangor yang mewakili negara, seperti yang dilakukan oleh rakan sejawatnya di Kelantan dan Kedah. Malah, Perak telah pun mengumumkan imbuhan kepada Safee Sali.

Soalnya sekarang, apakah juga anak-anak Selangor seperti Safiq Rahim, Asrarudin Putra, Nasriq Baharom, Amirul Hadi Zainal, Amri Yahya dan termasuk juga Safee yang juga pemain Selangor akan dipertimbangan untuk menerima imbuhan?

Rasanya tentu tidak, memandangkan Kerajaan Negeri akan membayar harga yang mahal untuk yuran guaman dan promosi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Kepada Amri Yahya, anda pastinya akan kehilangan lilitan kapten dan menerima nasib seperti Khusrin Munawi. Anda bakal dituduh sebagai agen perosak kestabilan politik didalam sukan Negeri Selangor kerana bapa mertua anda adalah Ketua Pembangkang DUN Selangor!

Bila Lagi Khalid Ibrahim Nak Gantung Banner Tolak Khusrin Munawi?

Perniagaan banner di Selangor semakin menjadi satu perniagaan yang berkembang maju. Apatah lagi, seolah-olah ia disokong oleh kerajaan negeri yang menjadikan banner sebagai alat publisiti.

Tun Dr Mahathir menulis diblognya yang menyentuh perniagaan pengiklanan di Malaysia:

1. The advertising business in Malaysia must be doing very well. You cannot see buildings or trees or even the pylons supporting the monorail tracks because they are all covered with adverts or hidden by huge signboards on monopole. Sometimes whole buildings are wrapped in adverts. Buses and trains are similarly enveloped in advertisements.

2. I remember feeling great when the first monopole signboards made their appearance on the road to Subang airport. They made Kuala Lumpur look like the great cities of the world. I thought we were making progress.

3. The growth in the number of the huge monopole boards was rapid. New companies have been set up and are busy covering road bridges across streets and roads with huge adverts. There are also giant TV screens with moving pictures.

4. Nothing that can be plastered with adverts have been left bare. If one cannot see the forest for the trees, one can say that nothing can be seen of the architectural and landscaped beauty of Kuala Lumpur because adverts block your view.

5. Fortunately now we don't have so many of the adverts with huge bigger than life pictures of Ministers and Menteris Besar with their Boss, the Prime Minister.

6. There was one which I remember of a Minister of Tourism together with the then PM all over the country. Maybe it was for visitors to know who was close to the Prime Minister. This will surely persuade them to make more visits to this great country.

7. Anything in moderation is good. But when you have a surfeit of anything you can get sick. I think KL has too many adverts. They really deface the city.

8. I think it is time we regulate these outdoor ads. What do you think?

Trend terkini ialah ‘perang banner’. Terutamanya di simpang-simpang, banyak banner-banner politik dipasang oleh parti mahu pun pemimpin parti tertentu. Kadangkala, ia membentuk pandangan yang menjelekkan.

Berikutan dengan kemelut isu perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK, tidak mustahil bakal muncul banner anti-Khusrin seperti yang berlaku keatas SYABAS yang dipasang sendiri oleh kerajaan negeri.

PAS Amalkan Pendakwaan Berpilih

Naib Presiden PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pihak-pihak yang mengemukakan teori kematian Teoh Beng Hock adalah berpunca dari membunuh diri supaya memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

Baik Tuan Ibrahim mahupun kita semua, sedia maklum bahawa keputusan penghakiman koroner adalah penghakiman terbuka. Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, pelbagai teori dikemukakan dikalangan orang awam, termasuklah yang mengatakan SPRM yang membunuh Teoh.

Dalam keadaan ini, sebagai pemimpin Tuan Ibrahim seharusnya meminta semua pihak saling meminta maaf (kalau nak tonjolkan diri sebagai pemimpin) dan bukan membuat tuntutan secara berpilih. Takkan nak menjaga maruah keluarga mangsa sahaja, dan bagaimana pula dengan maruah SPRM yang dituduh membunuh Teoh?

Ada Kes Amah Rogol Majikan Ke?

Aku berdebar-debar nak tungggu jam 10 pagi ni.. Medan Info, GAP, Papa Gomo dan beberapa blogger lain akan buat pendedahan. Ada amah rogol menteri ke?

Sementara menunggu tu, aku nak bagi selingan. Semalam aku tulis kisah anak teruna dirogol, tapi kali ni aku nak cerita pasal orang pencen dirogol pula. Tapi, terus terang cakap cerita ini aku dengar dari pihak ketiga.

Seorang lelaki pencen terlantar sakit, dijaga dan dibela oleh anaknya. Atas sebab kesebokan dan terikat dengan kerjaya, si anak menggaji seorang amah untuk menjaga ayahnya semasa ia keluar bekerja.

Bagi memudahkan perhubungan, si anak telah membuat keputusan amah dan ayahnya dinikahkan. Hasratnya, bila dah nikah maka tiadalah batas-batas dalam perhubungan harian.

Almaklum bila dah nikah, maka dengan sendirinya si ayah tadi menjadi hak amah tersebut. Satu malam, si anak terdengar bapanya terjerit-jerit dan meraung-raung. Si anak khuatir, lalu membuat pemeriksaan. Terkejut besar, si anak bila mendapati ayahnya ‘dikerjakan’ oleh amah merangkap ibu tirinya.

Mengamuklah si anak tadi. Tapi dalam kes ini si anak tak boleh nak tuduk amah rogol majikan sebab hubungan mereka adalah sah!

Qunut Nazilah: Nak Selamatkan Rakyat Atau Dr Halimah

Pelik juga apabila Dr Halimah Ali, Ahli Exco Negeri Selangor memohon rakyat membaca doa qunut nazilah hanya semata-mata untuk menolak perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor. Bencana dan bala apa yang bakal dibawa oleh Khusrin kepada rakyat Selangor?

Sedarkah Dr Halimah bahawa perselisihan pendapat itu rahmat? Rakyat Selangor , khususnya dalam berdepan dengan kemelut dan krisis perlantikan SUK Selangor serta persaingan pengaruh antara BN dengan PR, hakikatnya tidak rugi apa-apa. Malah persaingan tersebut member keuntungan kepada rakyat.

Tentu Dr Halimah tentu masih ingat bilamana kawasannya sendiri dibantu oleh kerajaan persekutuan semasa ribut melanda. Sekurang-kurangnya, dengan bantuan tersebut maka ringanlah bebanan Dr Halimah dan kerajaan negeri.

Tanpa Dr Halimah sedari, ada sesetengah kampung mempunyai jalinan yang akrab antara JKKK Negeri dan JKKK Persekutuan. Malah tidak pelik apabila melihat, Pengerusi JKKK (N) dan (P) boleh naik satu motor ronda keliling kampung.

Alhamdulillah, kami di Selangor sebenarnya dalam keadaan yang sentiasa untung. Bayangkan, kalau Wakil Rakyat PR tak boleh bantu kami, kami boleh mengadu dengan Penyelaras DUN BN. Begitu juga sebaliknya, jika Wakil Rakyat BN tak boleh tolong, kami boleh dapatkan pertolongan Penyelaras DUN BN. Malah, kami juga boleh memohon bantuan dari Penyelaras Parlimen BN disamping para Senator yang dilantik oleh BN. Cuma kami tak pernah cuba untuk memohon peruntukan dari Ahli Parlimen PR kerana rasanya mereka tidak ada peruntukan. Melainkanlah, kot-kot kerajaan negeri ada salurkan peruntukan tapi mereka buat tak tahu sahaja.

Syukur pada Allah kerana melimpahkan rakyat Selangor dengan kemewahan. Dalam kemelut ini, rasanya yang rugi ialah Dr Halimah sendiri serta rakan-rakan sejawatnya kerana bakal kehilangan elaun sebagai Exco Kerajaan Negeri. Justeru, kenapa perlu babitkan rakyat kerana takutkan kehilangan kuasa dan kepentingan peribadi? Rakyat dah bagi undi semasa PRU pun dah cukup baik buat Dr Halimah!

Thursday, January 6, 2011

Menteri Dirogol?

Aku bukan nak jirus kuah kat cerita penglipur lara Isa, tapi satu kisah yang benar-benar berlaku. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul.

Aku pernah menjadi operator kantin (1997-199). Suatu malam, aku terima satu panggilan telefon dari seorang pekerja lelaki yang satu-satunya pekerja yang ditempatkan untuk tinggal di sebuah bilik di kantin tersebut.

“Bang, mulai besok aku tak kerja”

“Apa hal pulak ni? Kan kau dah janji, sama-sama nak majukan perniagaan yang baru mula ni.”

“Ada hal. Aku tak boleh nak terus kerja dekat situ”

“Hey, jangan main-main. Aku nak mulakan bisnes ni, aku tanya kau, sanggup bantu ke tidak. Kalau kau cakap tak sanggup, aku tak masuk tender kantin ni. Cuba cerita, apahalnya?”

“Malu nak cakap bang. Macam mana aku nak cakap ni”

“Kau yang mulakan, lepas tu kau cakap kau malu”

“Mmmmm... Malu... Suweii betul....”

Aku mula bimbang, jangan-jangan dia dah kena dengan jaga, kawan baik dia di premis kantin aku beroperasi ke? Tambah pula, kawan aku pernah unjuk dan aku dah baca warkah keramat kepada Dr Mahathir.

Aku pujuk balik, “sekarang kau cerita apa yang berlaku?”

“Begini bang. Lepas kantin tutup, aku masuk bilik. Letih dan tertidur. Tiba-tiba Kak Suti dah tindih atas aku. Telanjang bulat bang.... Aku dirogol...”

Aku tak tahan menahan tawa. Terus ketawa terbahak-bahak. Kak Suti berumur hujung 40an masa tu.

“Kenapa abang ketawa. Malulah aku” sambungnya.

“Macam mana aku tak geli hati. Tak dapat aku bayangkan. Habis tu, apa kau buat?”

“Aku tolak dia. Capai kunci motor dan terus balik kampung. Sekarang ni aku kat kampung dan tak sanggup tolong abang lagi”

Aku tak dapat memujuk lagi. Ia dah jadi trauma pada anak teruna tersebut!

GAP & GAGAP

GAP

Bloger Gerakan Anti PKR memasang impian penguasaan 100 ranking teratas oleh blog pro UMNO dalam tempoh 2 bulan. Untuk tujuan itu, hebahan telah dibuat kepada blogger yang belum mempunyai link dengan blog tersebut agar dapat meninggalkan komen di blognya.

Kalau dalam politik, pelan tindakan GAP ini merupakan satu usaha yang murni. Dalam dunia politik yang sebenar, amat jarang sekali pemimpin melahirkan pemimpin. Sebaliknya, para pemimpin lebih gemar mengambil pendekatan melahirkan seramai mungkin pengikut.

Sementara kalau berada dalam dunia korporat, GAP umpama pohon yang tinggi tetapi memberi ruang kepada pohon-pohon yang lain untuk terus subur dan tinggi sepertinya.

Soalnya sekarang, Khalid Ibrahim yang pernah menempuhi dua bidang ini pernah melakukan seperti GAP?

GAGAP

Awal lagi saya telah menelah bahawa kenyataan media Istana Selangor akan dinafikan oleh Khalid Ibrahim.

Secara berjenaka saya telah memberitahu adik beradik saya yang kebetulan duduk bersembang pada masa itu, perihal pengalaman seorang Dato’ yang telah dipanggil ke istana. Dato’ tersebut tidak berpuas hati kerana dakwanya kenyataan media adalah berlawanan dengan apa yang dititahkan oleh Baginda Sultan.

"Kalau beliau kena 'ketuk ketampi' pun siapa yang tahu?" ujar saya, lalu disambut derai ketawa oleh adik-beradik saya.

Akhirnya telahan saya menjadi kenyataan, apabila menonton bagaimana Khalid Ibrahim tergagap-gagap menjelaskan isu kenyataan Istana Selangor yang disiarkan oleh TV3. Lantas kami ketawa terbahak-bahak kerana dari awal lagi telah menjangkakan sedemikian.

Wednesday, January 5, 2011

Azmin Ali Trojan Horse Mahathir?

‘Sebagai rekod untuk memudahkan pemahaman pembaca Khusrin sebelum ini adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Mohd Taib.

Jika latar belakang sudah menjadi SU Sulit MB dari Umno, dan berdasarkan banyak tindakannya dalam Jais menindas PAS khususnya, bermakna, Khusrin adalah spesies Umno tegar’

- Harakahdaily

Sudah menjadi kebiasaan kelaziman MB Selangor mempunyai ramai setia usaha. Salah seorang setia sulit biasanya adalah penjawat awam. Saya sendiri tidak pasti samada Dato’ Mohammed Khusrin Munawi pernah bertugas sebagai Setia Usaha Sulit. Meski pun di andaikan pernah menjawat jawatan tersebut, pastinya ia adalah atas kapasiti pegawai kerajaan.

Mungkin penulis di Harakahdaily tidak mengetahui kedudukan sebenar. Pernah suatu ketika, Setia Usaha Sulit MB, yang merupakan penjawat awam bertugas dengan 3 MB iaitu TS Muhammad Mohd Taib, TS Abu Hasan Omar dan DS Khir Toyo. Namun begitu, saya juga tidak pasti Setia Usaha Sulit berkenaan masih bertugas di bawah TS Khalid.

Dalam hubungan ini patutkah Harakahdaily dengan mudah membuat andaian, wujud keakraban Khusrin dengan UMNO? Andai demikian, mengapa tidak Harakahdaily membuat andaian, yang Azmin Ali adalah Trojan Horse Tun Dr Mahathir kerana beliau pernah bertugas di bawah beliau, sebelum berpindah tugas ke DS Anwar Ibrahim?

UMNO Tersepit Atau Anwar Yang Terjerut?

Anwar Ibrahim menganggap UMNO dalam keadaan tersepit dan meminta PAS bersama mereka menjelang pilihanraya yang akan datang.

Dalam pada itu, apakah Anwar sendiri sedar sebilangan besar pengundi atas pagar hakikatnya sedang menilai peranan PAS? Penilaian semula (review) golongan atas pagar terhadap kedudukan PAS dalam politik negara adalah mengikut pilihan yang berikut:-

1. PAS harus dilihat mempunyai kekuatan sendiri dan benar-benar berpaksi kepada pembelaan Islam dan Melayu; atau
2. PAS umpama 'pokok tumpang' di pohon PR yang mudah digula-gulakan dan lebih mementing duduk dalam satu kerajaan tanpa mempunyai kuasa untuk melaksanakan ideologinya; atau pilihan terakhir
3. PAS memilih untuk bersama UMNO dalam meningkatkan lagi bargaining power dan seterusnya melaksanakan ideologi yang terpendam dalam keadaan yang lebih kuat dan tersusun.

Kesan daripada perubahan lanskap politik pada hari ini, rata-rata orang Melayu dan Islam sedang mencatat kerugian-kerugian yang mereka alami bukan sahaja di negeri-negeri dibawah pentadbiran PR tetapi juga dalam konteks nasional. Pilihan bagi pengundi-pengundi pada masa akan datang juga bergantung kepada kecenderungan yang bakal ditunjukkan oleh PAS.

Andainya PAS memilih untuk kekal didalam PR, pilihan yang ada ialah samada menerima atau menyahkan kedua-duanya. Kalau PAS memilih untuk bergantung kepada kekuatan sendiri kemungkinan untuk menjadi "tembok penampan" adalah cerah malah undi dari kelompok Melayu dan Islam tidak mustahil akan bertambah. Undi solid akan pasti akan diterima andainya PAS memilih untuk bersama UMNO.

Jika berlaku keadaan yang demikian, UMNO tersepit atau Anwar yang terjerut?

Tuesday, January 4, 2011

Nik Aziz & Azizan Tak Sebodoh Mantan CEO Guthrie

Dalam menghadapi pelbagai kontroversi MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat masih mempunyai masa dan ruang menghargai keringat anak Kelantan yang mewakili negara ke Piala AFF Suzuki 2010.


Malang sekali kepada anak-anak Selangor yang mewakili negara kerana mempunyai MB merangkap Presiden FAS yang tidak sempat memikirkan kebajikan pemain Selangor yang mewakili negara.

Mungkinkah kerana asyik dok memikirkan strategi menggulingkan Khusrin? Mentang-mentang Selangor dah diisytihar menjadi 'Negeri Maju' maka tak perlu memikirkan kearah mana pentadbiran negeri hendak dibawa?

Kedukacitaan Yang Amat Sangat Diatas Kebebalan Khalid Ibrahim

Hakikatnya DYMM Sultan Selangor telah menzahirkan rasa dukacita terhadap isu perlantikan SUK Selangor. Antara lain dititahkan bahawa,

"Tindakan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor."

Setiap pagi Rabu akan berlangsung Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. SUK, ialah salah seorang anggota ex-officio selain Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang Negeri Selangor.

MB Selangor sebelum ini dengan sinis menyatakan, "Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," Kenyataan penuh rujuk disini. Persoalannya, mungkinkah notis mesyuarat exco akan dipanjangkan kepada Khusrin Munawi, selaku SUK yang baru?

Dalam pada itu, Tuanku dalam pada itu memberi ruang kepada MB dalam soal ini melalui titah baginda,

"Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar."

Berhubung cadangan MB untuk meminda perlembagaan negeri, pihak istana memaklumkan,

"Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu."

Dalam keadaan ini, Khalid Ibrahim harus bijaksana kerana Duli Tuanku telah menunjukkan sikap yang amat bijaksana. Kini terpulang kepada Khalid, sebagai MB untuk membuat keputusan, samada ingin menjernih atau mengeruhkan keadaan.

Kenyataan penuh Istana Selangor boleh rujuk disini.

Monday, January 3, 2011

Menunggu Wisel Gencatan Senjata Nik Aziz

Mulanya Anwar Pembohong jentik dan Akar Umbi sambung. Kemudian, MSO dedah tapi Pak Bakaq macam naik angin.


Sebenarnya, semasa kesebokan PRK Galas, telah berlangsung perjumpaan di peringkat mediator yang rata-rata bukan orang politik. Saya sendiri ditunjukkan SMS berkenaan perkembangan positif oleh salah-seorang daripada kumpulan mediator ketika itu.

Kunci dipegang oleh Nik Aziz. Terpulang padanya samada ingin buka atau tutup. Nik Aziz kena ingat yang buang PAS dari BN bukan bapa Najib tapi bapa Hishamuddin!

Dalam pada itu, minggu lepas seorang bekas orang kuat AMK Cabang ada berbisik, ramai lagi yang akan keluar. Tinggal tunggu masa sahaja, tambahnya.

Bilak dok fikir-fikir, patutlah Khalid kecut telur pada Khusrin Munawi!

Khusrin Munawi SUK Baru : Komen Akar Umbi

Berikut komen golongan akar umbi di kedai kopi berhubung perlantikan Dato' Mohammed Khusrin Hj Munawi yang dicatat oleh blogmaster:

1. Kalau boss datang seawal 6.45 pagi, makna memang kuat kerja tu...

2. Dulu Pengarah JAIS umpama pengarah kurang ummph. Bila pengarah sebelumnya, Dato' Mansor Ramli dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri dan Dato' Khusrin pula dilantik jadi SUK, maknanya jawatan Pengarah JAIS adalah batu loncatan menjadi YB (ex-offico)....

3. Apa yang MB takutkan dengan SUK seorang. Barisan Excokan orang-orang dia....

4. Jawabnya ada mesyuarat exco yang menyorok-nyorok ni....

5. Kalau MB tak mahu Khusrin angkat sumpah depannya, maknanya Khusrin tak terikat dengan arahan MB gamaknya...

6. Gila Selangor ni.....

Pesanan Nasharuddin Mat Isa & Langkah Tenang Khusrin Ke Pejabat SUK



Dah lama tak mendengar sebarang statement dari Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Kali ini statementnya dipetik oleh Harakahdaily penuh dengan pesanan dan yang baik.

Memang patut pesanan dan nasihat kerana memang ada yang menunjukkan akhlak yang perlu diperbetulkan.

Dalam keadaan parti sebok berbicara PRK Tenang, dengan tenang SUK Selangor yang baru melangkah masuk ke pejabatnya jam 6.45 pagi dan disambut kicauan burung murai di Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Shah, Shah Alam.

Khusrin Didoa Laknat Depan Ka'abah

Kita sebagai muslim dan manusia sering diuji. Antaranya ialah ujian kesabaran dan jihad.

Ujian terhadap kesabaran dengan sendirinya bermaksud ujian terhadap keimanan. Kalau tidak dapat menahan amarah, dengan sendiri kita terikut hasutan syaitan.

Begitu juga dengan perjuangan. Jihad adalah untuk kita sebagai muslim yang dipupuk dengan kesabaran. Kalau semua kemenangan dianugerahkan Allah Ta'ala, mana mungkin adanya para syuhadah.

Masuk akalkah seorang yang mengaku pejuang Islam melakukan doa laknat keatas Dato' Mohammed Khusrin Haji Munawi di depan Ka'abah? Malas nak ulas panjang-panjang, apatah saya orang bawahan ini yang memang mual memerhatikannya, malah cendakiawan juga seperti Dr Ridhuan Tee pun telah hilang rasa hormat malah rasa sangsi dan ragu terhadap bentuk perjuangan yang sedemikian.

Sunday, January 2, 2011

Ahmad Maslan: Jangan Terlebih Slogan

Nasihat Akar Umbi kepada Ahmad Maslan, “kurang slogan lebihkan kerja”. Itu yang lebih penting. Disamping itu, perangai dan kehidupan peribadi pemimpin disemua peringkat mesti dijaga. Jika tidak jangan harap nak pikat hati rakyat.

Di mana-mana kawasan yang ketua cawangannya menjadi penyambut tamu dan bukan tahum kehormat, biasanya disitulah tunjang UMNO terpacak kukuh. Ego, terlalu menunjuk-nunjuk hanya akan mengundang kebencian masyarakat setempat.

Kalau semua ramuan ini ada tak perlu slogan 'UMNO dahulukan Rakyat', sebaliknya 'Rakyat Dahulukan UMNO'.

Shamsul Iskandar Mohd Akin: 2011 Tahun Pemulihan Malaysia

“Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia!” – Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), sempena dalam perutusan Tahun Baru 2011.

Seorang pemimpin yang cerdik dan berwibawa, seperti Tun Dr Mahathir akan meletakkan sasaran terlebih awal terhadap sesuatu perancangan. Umpamanya, untuk mencapai status negara maju melalui ‘Wawasan 2020’, awal 1990an lagi sudah diisytiharkan sasarannya.

Begitu juga Tahun Melawat Melaka, negeri kelahiran Shamsul atau pun Tahun Melawat Kelantan; Ali Rustam mahu pun Nik Aziz takkan buat, besok nak masuk tahun baru, hari ini baru nak isytihar.

Kalau dibaca kenyataan di atas, jelas ia berbentuk seruan atau minta endorsement dari tokan dan balaci-balacinya supaya dinobatkan sebagai ‘Tahun Pemulihan Malaysia’.

Satu lagi persoalan ialah apa yang nak dipulih. Akhlak pemimpin tertinggi PR? Atau membetulkan penyelewengan pemilihan pimpinan AMK seperti didakwa Che Bard?

Jelas apa yang dilakukan oleh Shamsul, mencerminkan beliau berjiwa kerdil dan amat rendah kecerdikannya. Kenyataan penuh beliau boleh rujuk disini.