Tuesday, January 4, 2011

Kedukacitaan Yang Amat Sangat Diatas Kebebalan Khalid Ibrahim

Hakikatnya DYMM Sultan Selangor telah menzahirkan rasa dukacita terhadap isu perlantikan SUK Selangor. Antara lain dititahkan bahawa,

"Tindakan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor."

Setiap pagi Rabu akan berlangsung Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. SUK, ialah salah seorang anggota ex-officio selain Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang Negeri Selangor.

MB Selangor sebelum ini dengan sinis menyatakan, "Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," Kenyataan penuh rujuk disini. Persoalannya, mungkinkah notis mesyuarat exco akan dipanjangkan kepada Khusrin Munawi, selaku SUK yang baru?

Dalam pada itu, Tuanku dalam pada itu memberi ruang kepada MB dalam soal ini melalui titah baginda,

"Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar."

Berhubung cadangan MB untuk meminda perlembagaan negeri, pihak istana memaklumkan,

"Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu."

Dalam keadaan ini, Khalid Ibrahim harus bijaksana kerana Duli Tuanku telah menunjukkan sikap yang amat bijaksana. Kini terpulang kepada Khalid, sebagai MB untuk membuat keputusan, samada ingin menjernih atau mengeruhkan keadaan.

Kenyataan penuh Istana Selangor boleh rujuk disini.

1 comment:

Anonymous said...

Masalahnya Khalid Ibrahim tidak bijaksana, tambahan pula fikiran dia bercelaru dengan pujuk rayu Anwar, urutan Faekah, ugutan Ronnie Liu, tekanan dari Khalid Gereja,

Paduka Sultan telah menunjukkan taraf keprofessionalan yang tinggi, penuh tanggung-jawap, penuh kedaulatan

Khalid dan anak buahnya bukan sahaja derhaka, biadap malah akan menyebabkan negeri Selangor kucar-kacir.