Khalid Ibrahim berpengalaman luas dalam dunia korporat, sebelum menjadi MB. Sepatutnya, beliau amat maklum tanggung jawab kepada pemegang saham, lembaga pengarah, kakitangan bawahannya, masyarakat dan negara. Pengabaian terhadap salah satu elemen yang disebutkan sebentar tadi, dengan sendiri akan membawa kepada bentuk pengurusan yang kurang berkesan.
Pengemukaan kaedah penyelesaian “2k – r = k” yang akhirnya membawa kepada jawapan “r = k”, dengan sendiri menunjukkan watak-watak yang diketengahkan adalah manusia yang sama sifatnya, iaitu lemah dan serba kekurangan.
Khalid harus insaf. Dalam keadaan sekarang, beliau telah mencipta 2 musuh iaitu Ramli Mahmud dan Khusrin Munawi. Jangan ingat yang Ramli Mahmud telah bersara, maka kemungkinan untuk bertentang mata adalah rendah sama sekali. Sebaliknya, Ramli telah pun dilantik sebagai ahli Dewan Diraja yang Khalid sebagai MB duduk sekali didalamnya.
Dalam keadaan ini, Khalid harus membuangkan sifat ego kerana masing-masing, iaitu Khalid, Khusrin dan Ramli duduk dalam satu institusi yang mempunyai satu matlamat; memacu Selangor kearah kesejahteraan rakyatnya. Malahan juga, fungsi masing-masing adalah inter-related dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Akhir sekali, jangan mudah termakan dengan hasutan batu api yang akhirnya akan memerangkap diri sendiri. Abaikan Khalid Samad kerana ia bukan anak jati Selangor. Tambahan pula, rakan sekelambu PKR sendiri tidak setuju dengan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment