GAP
Bloger Gerakan Anti PKR memasang impian penguasaan 100 ranking teratas oleh blog pro UMNO dalam tempoh 2 bulan. Untuk tujuan itu, hebahan telah dibuat kepada blogger yang belum mempunyai link dengan blog tersebut agar dapat meninggalkan komen di blognya.
Kalau dalam politik, pelan tindakan GAP ini merupakan satu usaha yang murni. Dalam dunia politik yang sebenar, amat jarang sekali pemimpin melahirkan pemimpin. Sebaliknya, para pemimpin lebih gemar mengambil pendekatan melahirkan seramai mungkin pengikut.
Sementara kalau berada dalam dunia korporat, GAP umpama pohon yang tinggi tetapi memberi ruang kepada pohon-pohon yang lain untuk terus subur dan tinggi sepertinya.
Soalnya sekarang, Khalid Ibrahim yang pernah menempuhi dua bidang ini pernah melakukan seperti GAP?
GAGAP
Awal lagi saya telah menelah bahawa kenyataan media Istana Selangor akan dinafikan oleh Khalid Ibrahim.
Secara berjenaka saya telah memberitahu adik beradik saya yang kebetulan duduk bersembang pada masa itu, perihal pengalaman seorang Dato’ yang telah dipanggil ke istana. Dato’ tersebut tidak berpuas hati kerana dakwanya kenyataan media adalah berlawanan dengan apa yang dititahkan oleh Baginda Sultan.
"Kalau beliau kena 'ketuk ketampi' pun siapa yang tahu?" ujar saya, lalu disambut derai ketawa oleh adik-beradik saya.
Akhirnya telahan saya menjadi kenyataan, apabila menonton bagaimana Khalid Ibrahim tergagap-gagap menjelaskan isu kenyataan Istana Selangor yang disiarkan oleh TV3. Lantas kami ketawa terbahak-bahak kerana dari awal lagi telah menjangkakan sedemikian.
No comments:
Post a Comment