Portal TranungKite Online mendedahkan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat kurang senang dengan gerakan PasMa.
Dilaporkan oleh portal berkenaan, Nik Aziz merengus yang antara lain menyebut;
"Perhatikan yang sertai PasMa mesti dari kalangan orang yang kecewa dan yang jenis tak boleh duduk bawah orang.
"Nak duduk di atas jah sokmo. Ana bagi jawatan MB pada Ustaz Mat Yakob; geger (bising) kata ana kena bawa lari masuk hospital.
"Direka fitnah. Dulu ana di atas. Loni Us Mat pula duduk di atas. Ana langsung tak dok masalah. Memang sengaja ana buat begini untuk ana tengok siapa hak nak gelepar (gelabah).
"Syiah dengan Kawarijj lahir selepas Nabi wafat,sebelum Nabi wafat pun ada hak jenis sembahyang belakang Nabi hak jadi munafik. PasMa ni serupa dengan ni lah."