Saturday, July 23, 2011

Ini Dia Wajah Pegawai Kerajaan Yang Diperkudakan DAP!

Aku minum di meja sebelah orang dalam gambar ini di sebuah gerai. Pada masa tu dia pakai ketayap, jadi aku ingat dia pemimpin PAS.

Dalam perbualannya dengan beberapa orang lain, dia kata Speaker DUN Selangor hari ini (Dato' Teng Chang Khim) lebih baik berbanding dengan Speaker dulu (Tan Sri Onn Ismail). Speaker sekarang lebih terbuka dan banyak bagi ruang kepada ADUN untuk berucap.

Tapi, pelik juga aku kerana Teng Chang Khim sudah banyak kali bagi red card pada ADUN-ADUN BN.

Tambahnya lagi, ADUN BN bila berbahas tiada fakta walau pun ucapannya bagus.

Akhir sekali, dia kata kalau bezanya UMNO dengan PAS ialah PAS bawa Islam.

Aku pun pelik juga bila dia cakap macam tu. Sebab Konsert MTV World Stage Live di I-City akan tetap diteruskan esok, walau pun Khalid Samad dan Nasaruddin Tantawi membantah (pura-pura kot?).

Rupa-rupanya, kawan aku beritahu orang dalam gambar tersebut bukan sembarangan orang. Dia ialah Hj Samsudin Mon, Ketua Penolong Pegawai (Pembangunan Masyarakat) Daerah Klang. Untuk pengesahan [klik SINI]. Pegawai PTD kot?

Berserban Tebal Macam Lebai, Tapi Tak Boleh Pakai


Dalam ramai-ramai disamping yang berserban tebal tu, cuma nampak seorang Melayu tapi cuma pakai baju biasa. Sementara yang berbaju kuning, semua yang berbangsa Cina.

Nampak sangat mereka ni nak jadi batu api kepada sesama Melayu, seolah-olah merekalah yang bertungkus lumus memperjuangkan kebajikan rakyat negara ini.

Video di bawah pula, menyaksikan Tian Chua menjadi batu dengan mengepalai gerombolan yang majoritinya Melayu untuk bertempur dengan pasukan polis yang majoritinya Melayu.

Bangsa lain, lepak-lepak kat rumah menonton updates telatah peserta demo di tv, sambil tepuk tangan melihat Melayu bertempur dengan Melayu.

Fikir dan nilaikan.

Friday, July 22, 2011

Mari Tengok Muka Mat Sabu Al-Bontoti


Yang gelak dengan temberang Mat Sabu Al-Bontoti dan terpengaruh malah percaya dengan ucapan Mat Sabu adalah mereka yang tak tahu fakta.

Jadi manusia kena banyak berfikir dan mesti rajin membaca kalau tidak, sampai gigit mi pun tak putus akan dibodoh-bodohkan dek Mat Sabu.

Semua sekolah kerajaan adalah dibina oleh Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh BN dan bukannya dibina oleh kerajaan negeri.

Kalau nak tahu berapa banyak yang Najib bawa masuk pelaburan di Pulau Pinang dan Selangor sila klik SINI dan SINI.

Saksikan Rakaman Video Cara-Cara Tian Chua Menggigit Polis

Apa Tujuan Najib Minum Petang Di Rumah Ust Hashim, Kg Melayu Subang?

Khabarnya PM DS Najib Razak akan berjalan-jalan di Kg Melayu Subang petang ini dan minum petang di rumah Ustaz Hashim.

Sebelum itu, bermula 1 pm Najib akan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana.

Selepas solat (2pm), PM akan makan tengahari bersama rakyat di SK Subang Perdana dan diikuti pula dengan Majlis Sumbangan kepada 200 penerima (yang pasti bernilai lebih dari kopun makan bernilai RM5) dan 5 buah rumah akan dianugerahkan sempena Program 1MDB.

Di atas ialah aturcara lawatan PM ke Subang petang ini.

Baru Sebulan Jadi Timbalan Presiden PAS Mat Sabu Sudah Lakukan 'Double' Membontot


Ini sudah jadi kes besar, tatkala baru sebulan menjadi Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sudah lakukan 2 membontot dan ini sudah boleh diistilahkan sebagai double membontot. Maka selayaknya juga dia digelarkan sebagai Mat Sabu Al-Bontoti.

Membontot yang pertama ialah ketika dia menjadi pembonceng kepada seorang penunggang motosikal.

Membotot yang kedua ialah motosikal yang diboncengnya melanggar bontot Pajero PDRM.

Meskipun peristiwa ini dirakamkan oleh CCTV, Hadi Awang tidak akan menerima persaksiannya, kerana ia adalah besi yang tiada telinga.

Thursday, July 21, 2011

Kalau Najib Ikut Cakap KJ, Dr Jeyakumar Tetap Bersama Anwar

Imej dipetik dari : House PK

Ini bukan soal generation gap. Tapi ini soal situasi politik.

KJ bukan sembarangan orang, sebaliknya beliau ialah seorang ketua yang memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Bila bercakap tentang pandangan peribadi, dengan sendiri juga membawa maksud bahawa matlamat pandangan juga mungkin bermaksud mencari populariti peribadi.

Kalau KJ bercakap secara profesional, KJ juga harus hormat pada prinsip profesional. Bila mempersoalkan penahanan Dr Jeyakumar, dengan sendiri KJ tidak hormat pada prinsip profesional.

Dalam soal penahanan, ini adalah kerja polis. Siapa kita untuk bertanya kerja polis kerana mereka memikul rahsia-rahsia keselamatan. Begitu juga kepada saya, pastinya tidak berhak untuk bertanya KJ apa yang berlaku dalam mesyuarat MT mahupun Exco Pemuda kerana ianya adalah rahsia didalam parti.

Sebaliknya, KJ dari semasa kesemasa melakukan kesilapan. Memberi pandangan peribadi dengan kedudukan dirinya sebagai Ketua Pemuda yang boleh dibaca dan diketahui oleh semua orang. Walhal, KJ punya saluran untuk menyatakan pendirian dan pandangan.

Atas sebab KJ berjawatan dalam parti, ia memberi kesan kepada parti yang dianggotainya. Isu penahanan Dr Jeyakumar sebenarnya telah digunakan oleh pihak pembangkang sebagai modal politik.

Dengan demikian, adalah tidak wajar KJ bercakap senada dengan pembangkang. Dalam apa keadaan pun Dr Jeyakumar tidak akan mengatakan dirinya bersalah. Malah jika PM sendiri menerima pandangan KJ, saya tidak fikir Dr Jeyakumar akan menyokong KJ apatah lagi PM. Sebaliknya, orang yang pasti disokong beliau ialah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim!

Jadi nasihat kepada KJ, "Dont waste your time".

Wednesday, July 20, 2011

Yahoo! MB Selangor Nak Bagi Duit Makan Pada Rakyat RM5 Seorang

Bravo Khalid Ibrahim!

Terima kasih MB Selangor!

Hidup Khalid Gagap!
“Kerajaan Negeri juga akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman yang di gerai-gerai yang disediakan. Seluruh rakyat Selangor dijemput hadir pada program pelancaran ini yang akan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam,” - Khalid Ibrahim

Poodah Surendran..... Itu Anwar, Belukang Pun Tak Mahu Makan!

Siut betul.

Nak muntah aku, bila baca statement Naib Presiden PKR yang bukan dipilih oleh para perwakilan PKR, N. Surendran.

Siapa nak bunuh Anwar?

Buat apa nak bunuh Anwar? Kalau mayatnya dibuang ke laut, belukang pun tak ingin nak makan.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, serangan gas pemedih mata yang dihalakan tepat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu, adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Ketua Umum KEADILAN itu. [KeadilanDaily]

Tuesday, July 19, 2011

Nur Jazlan Mohamed Temberang Atau Kerajaan British Nak Untung Lebih?

Pengerusi UDA Dato' Nur Jazlan Mohamed melepaskan hartanah UDA seluas 1.42ha di Jalan Sultan Ismail dengan harga RM1,400 sekaki persegi. Harga pasaran untuk hartanah ini dilaporkan cuma RM800 dan ini bermakna UDA menjual tanah tersebut hampir sekali ganda. [Laporan klik SINI]

Sebaliknya, untuk hartanah milik kerajaan British seluas 1.22ha di Jalan Ampang agen hartanah menganggarkan boleh mencecah RM1,500 sekaki persegi.

Kerajaan British bercadang untuk memindahkan pejabat Suruhanjayanya yang terletak di tanah tersebut, ke lokasi yang lebih menarik di segi tiga emas, Kuala Lumpur. [Laporan SINI]

Kalau harga pasaran hartanah milik UDA cuma RM800 sekaki persegi bermakna anggaran agen hartanah RM1,500 untuk hartanah milik kerajaan British berbeza hampir sekali ganda.

Apakah ini bermakna Jazlan ingin membuktikan bahawa penjualan hartanah UDA itu betul-betul melebihi harga pasaran atau Kerajaan British yang hendak untung lebih keatas hartanah yang hendak dilupuskannya?

Dari Mana Khir Toyo Dapat Duit, Melabur RM1.2 Bilion Di Perak?

Jangan percaya tajuk di atas!

Sebenarnya, Toyo Tire & Rubber Co. Ltd telah mengambilalih 100% saham pengeluar tayar tempatan, Silverstone Bhd dan melabur RM1.2B untuk operasinya di Perak.
IPOH 18 Julai - Syarikat dari Jepun, Toyo Tire & Rubber Co. Ltd (Toyo Tire) akan melabur sebanyak RM1.2 bilion untuk membina kilang baharu di Perak dalam usahanya mengembangkan operasi di pasaran Asia Tenggara. [Utusan Malaysia]

Anwar Kini Mula Merenung 'Dari Jendela Diri'

Dari datar banjaran damar hidup peribadi
Aku melontarkan pandangan ke bawah diri
Dari jendela diri
Ku buka cermin bestari
Bayangan dunia alangkah indah sekali
Yang kau isikan segala hiasan kesukaaan
Manusia pun leka memenuhi setiap keinginan
Antara segar bugar nafsu dari tenang perasaan

Kau anugerahi wanita dan anak pinak
Lengkap diri bersalut emas dan perak
Harta bertimbun
Rumah kebun
Sawah ladang
Dusun buah-buahan
Atau binatang ternakan
Hatta seekor kuda cekal tangkas terlatih

Lalai hati bertemasya tiada kenal sedih
Tetapi ku lihat damai itu bukan kesenangan
Kerana di sana sini masih manusia berlari
Berlari-lari mengejar kebahagian sejati
Terasa hidup diiringi selubung kemiskinan
Meskipun mewah diri miliki apa saja
Jiwa terseksa berpanjangan duka lara

Dari jendela diriku
Aku menaruh harap atas hamparan kalimat mu
Bahawa sesiapa yang berdoa kepada-Mu tetap akan kau terima hajat kalbu
Maka aku biarkan menagih janji menadah mencari keampunan diri
Jadikanlah teratak diriku kediaman yang hidup
Terpelihara dari azab dan dosa-dosaku terlitup
Ku mohon pada-Mu jua keredhaan buat ku
Neraka itu akan tertutup pintu

-A Aziz Deraman

Anugerah Mat Sabu Untuk Imbangi Anugerah Ibrahim Ali

UiTM dilaporkan menawarkan Anugerah Ibrahim Ali yang bernilai RM5,000 (RM2,500 untuk setiap kategori lelaki dan wanita) dengan kriteria pemilihan yang berasaskan prinsip yang jelas dan konsisten, disamping 4 kriteria yang berikut:-
  • Menjadi pemimpin yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni seperti persastuan kebudayan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di kampus.
  • Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
  • Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM.
  • Memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tata tertib, tiada kesalahan jenayah dan tidak muflis sepanjang pengajian. [Berita Penuh klik S.I.N.I]
Untuk berlaku adil kepada pihak pro-pembangkang, UiTM harus menimbang untuk menawarkan Anugerah Mat Sabu untuk pelajar-pelajar yang gagal menamatkan pengajian. Hadiahnya ialah tali leher kuning dan t-shirt kuning berserta tajaan makan minum dan tambang apabila ada demontrasi. Kriteria pemilihan mestilah berasaskan:-
  • Dibuang atas sebab disiplin dan gagal dalam akademik serta kerap ponteng kelas.
  • Tidak terus balik kampung apabila gagal, sebaliknya memilih untuk tinggal di kawasan setinggan.
  • Rajin mengikuti sebarang demontrasi anjuran pembangkang.
  • Suka mencari kesalahan orang dan tidak pernah memeriksa kesalahan sendiri.

Monday, July 18, 2011

Misteri Tok Sogo dan Kisah Kepapaan Bekas Pemimpin UMNO Bahagian


Bila menonton video Pak Cik Sogo di atas, maka terkenang kisah seorang bekas pemimpin politik di Klang bernama Tok Mohd Sidin ditahun 50an.

Beliau dikatakan pernah memimpin UMNO Klang semasa pra merdeka dan pernah menjadi wakil rakyat selepas PRU1.

Oleh kerana, saya tidak pernah berjumpa dengan keturunan dari Tok Mohd Sidin yang menjadi pemimpin di Klang, saya pernah mengajukan soalan kepada seorang bekas Ketua Kampung (dihujung 90an).

Saya diberitahu bahawa arwah dihujung hayatnya tinggal bersendirian menumpang di Masjid India Klang. Beliau dikatakan tidak berharta dan disifatkan oleh bekas Ketua Kampung tersebut sebagai "mangsa kepada kejujuran dan kebaikan dirinya sendiri".

Beliau dikatakan telah muflis lantaran menjadi penjamin pinjaman seorang rakannya. Saya selalu dipesan, kalau hendak jadi pejuang jangan berangan untuk jadi jutawan. Pejuang sejati, tidak mati sebagai jutawan.

Tidak pasti samada cerita ini betul atau tidak. Kepada sesiapa yang mengetahui kisah dan riwayat arwah Tok Mohd Sidin, sila hubungi Akar Umbi melalui e-mel.

Namun begitu, nama arwah telah diabadikan di sebatang jalan di pinggir bandar Klang.

Hadi Awang Huraikan Maksud "PAS For All"

Berpuluh tahun berjuang, rupa-rupanya PAS menjalankan kerja sia-sia. Semasa orang Melayu tidak menyokong PAS, Islam diperalatkan secara retorik untuk mengalihkan sokongan kepada mereka.

Kononnya UMNO tidak Islamik dan pelbagai tuduhan dan kecaman diarahkan kepada UMNO supaya sokongan akan dapat berpihak kepada mereka.

Kini, apabila mereka sekelambu dengan Pakatan Rakyat, hilang segalanya usaha-usaha menghapuskan segala bentuk kemaksiatan di negara ini. Jadi, apa yang membezakan mereka dengan UMNO?

Dalam rentetan isu demi isu, mereka yang terpedaya dan terpesona dengan PAS haruslah membuka pertimbangan rasional samada PAS atau UMNO yang lebih baik.

Split personality PAS dibuktikan oleh kenyataan Presiden PAS (di bawah) yang pernah mengkafirkan UMNO:-

KUALA LUMPUR 17 Julai - Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadan ini oleh Kerajaan Kedah hanya terhad kepada orang Islam sahaja, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan oleh wakil kerajaan negeri Kedah, iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mohd Sanusi Md Noor dalam satu sesi penerangan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Pas yang bermesyuarat hari ini.

"Pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

"Pas ambil jalan terbaik... iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam (dan) dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat,” katanya dalam sidang media di sini. [Bernama/Utusan]

Sunday, July 17, 2011

Penyokong PAS Klang & Kota Raja Berdangdut Sakan!

Kalau alasan minuman keras, judi dan pusat hiburan hanya untuk orang bukan Islam mungkin ada logiknya bagi PAS menjadikan alasan untuk tidak menentang pertambahan premisnya khususnya di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tapi, bila kelab dangdut dibuka maka tidak masuk akal sasaran pelanggannya adalah mereka yang bukan Islam. Kecuali, jika irama dangdut telah memikat golongan bukan Melayu, maka mungkin juga diterima dek akal untuk PAS berdiam diri.

Kelab dangdut (gambar atas) terletak di kawasan YDP PAS Klang Haji Ismail Arsat. Lebih menarik lagi, meski pun kelab dangdut ini terletak di kawasan parlimen klang, tetapi ia betul-betul bersempadan dengan kawasan parlimen Kota Raja. Jarak kelab dangdut ini dengan kediaman YDP PAS Kota Raja merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Selangor Cikgu Jaafar Shamsudin hanya kurang dari 2km.

Dengan tema warna signboard kelab dangdut tersebut berwarna hijau, mungkin menunjukkan subahat kedua-dua PAS Klang dan Kota Raja (?).

Remaja Kantoi, Secara Tak Sengaja Sertai BERSIH

Ketika berlaku demontrasi BERSIH pada 9 Julai 2011 yang lalu, anak remaja saya menunjukkan mesej dari classmatenya di telefon bimbit yang berbunyi "wei, tolong selamatkan aku. terperangkap di kl sentral".

Rupa-rupanya, rakan anak saya itu telah membuat tindakan bodoh tetap keluar ke pusat bandaraya, walhal telah dinasihatkan supaya tidak keluar pada tarikh tersebut.

Kebetulan, apabila rakan anak saya (bersama seorang lagi temannya) sampai ke KL Sentral melalui perkhidmatan komuter, semua sambungan ke perkhidmatan LRT telah digantung. Mereka mendapati ramai kumpulan peserta BERSIH berada di sana.

Melihat di luar KL Sentral, mereka dapati polis sedang bertindak menyurai perhimpunan dengan semburan air dan gas pemedih mata. Teruja dengan tindakan peserta-peserta demontrasi, mereka secara spontan telah menyertai kumpulan tersebut, termasuk membaling batu ke arah anggota polis yang bertugas.

Namun malang menimpa mereka, ketika seronok membuat tindakan ke arah polis, tanpa menyedari kehadiran anggota polis di belakang, akhirnya mereka berdua telah ditangkap oleh anggota polis berkenaan.

Akhirnya, mereka telah dibawa ke Pulapol dan ditahan untuk seketika.

Tapi, mereka tetap seronok kerana makanan yang dihidangkan di Pulapol begitu menyelerakan.