Monday, July 18, 2011

Hadi Awang Huraikan Maksud "PAS For All"

Berpuluh tahun berjuang, rupa-rupanya PAS menjalankan kerja sia-sia. Semasa orang Melayu tidak menyokong PAS, Islam diperalatkan secara retorik untuk mengalihkan sokongan kepada mereka.

Kononnya UMNO tidak Islamik dan pelbagai tuduhan dan kecaman diarahkan kepada UMNO supaya sokongan akan dapat berpihak kepada mereka.

Kini, apabila mereka sekelambu dengan Pakatan Rakyat, hilang segalanya usaha-usaha menghapuskan segala bentuk kemaksiatan di negara ini. Jadi, apa yang membezakan mereka dengan UMNO?

Dalam rentetan isu demi isu, mereka yang terpedaya dan terpesona dengan PAS haruslah membuka pertimbangan rasional samada PAS atau UMNO yang lebih baik.

Split personality PAS dibuktikan oleh kenyataan Presiden PAS (di bawah) yang pernah mengkafirkan UMNO:-

KUALA LUMPUR 17 Julai - Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadan ini oleh Kerajaan Kedah hanya terhad kepada orang Islam sahaja, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan oleh wakil kerajaan negeri Kedah, iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mohd Sanusi Md Noor dalam satu sesi penerangan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Pas yang bermesyuarat hari ini.

"Pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

"Pas ambil jalan terbaik... iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam (dan) dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat,” katanya dalam sidang media di sini. [Bernama/Utusan]

1 comment:

Anonymous said...

Hadi awang ne sdh terpesong perjuangan. Klu pusat hiburan beroperasi pada waktu ramadan hanya pada org bkn Islam, betul..tetapi perkara ne dari dulu pun mcm tu.. Kan sesiapa yg minum arak d bulan Ramadan akan d tangkap.? Jadi pembaharuan apa yg pas perkenalkan ne.? Ok klu pula ke tpt hiburan tetapi tidak minum arak menjadi satu kesalahan, sy minta hadi awang bagi dalil nya.