Tuesday, July 19, 2011

Nur Jazlan Mohamed Temberang Atau Kerajaan British Nak Untung Lebih?

Pengerusi UDA Dato' Nur Jazlan Mohamed melepaskan hartanah UDA seluas 1.42ha di Jalan Sultan Ismail dengan harga RM1,400 sekaki persegi. Harga pasaran untuk hartanah ini dilaporkan cuma RM800 dan ini bermakna UDA menjual tanah tersebut hampir sekali ganda. [Laporan klik SINI]

Sebaliknya, untuk hartanah milik kerajaan British seluas 1.22ha di Jalan Ampang agen hartanah menganggarkan boleh mencecah RM1,500 sekaki persegi.

Kerajaan British bercadang untuk memindahkan pejabat Suruhanjayanya yang terletak di tanah tersebut, ke lokasi yang lebih menarik di segi tiga emas, Kuala Lumpur. [Laporan SINI]

Kalau harga pasaran hartanah milik UDA cuma RM800 sekaki persegi bermakna anggaran agen hartanah RM1,500 untuk hartanah milik kerajaan British berbeza hampir sekali ganda.

Apakah ini bermakna Jazlan ingin membuktikan bahawa penjualan hartanah UDA itu betul-betul melebihi harga pasaran atau Kerajaan British yang hendak untung lebih keatas hartanah yang hendak dilupuskannya?

No comments: