Tuesday, July 19, 2011

Anwar Kini Mula Merenung 'Dari Jendela Diri'

Dari datar banjaran damar hidup peribadi
Aku melontarkan pandangan ke bawah diri
Dari jendela diri
Ku buka cermin bestari
Bayangan dunia alangkah indah sekali
Yang kau isikan segala hiasan kesukaaan
Manusia pun leka memenuhi setiap keinginan
Antara segar bugar nafsu dari tenang perasaan

Kau anugerahi wanita dan anak pinak
Lengkap diri bersalut emas dan perak
Harta bertimbun
Rumah kebun
Sawah ladang
Dusun buah-buahan
Atau binatang ternakan
Hatta seekor kuda cekal tangkas terlatih

Lalai hati bertemasya tiada kenal sedih
Tetapi ku lihat damai itu bukan kesenangan
Kerana di sana sini masih manusia berlari
Berlari-lari mengejar kebahagian sejati
Terasa hidup diiringi selubung kemiskinan
Meskipun mewah diri miliki apa saja
Jiwa terseksa berpanjangan duka lara

Dari jendela diriku
Aku menaruh harap atas hamparan kalimat mu
Bahawa sesiapa yang berdoa kepada-Mu tetap akan kau terima hajat kalbu
Maka aku biarkan menagih janji menadah mencari keampunan diri
Jadikanlah teratak diriku kediaman yang hidup
Terpelihara dari azab dan dosa-dosaku terlitup
Ku mohon pada-Mu jua keredhaan buat ku
Neraka itu akan tertutup pintu

-A Aziz Deraman

2 comments:

hairil said...

kdg2 ak kesian tgk anwar ibrahim... ad jer org nk sabolej dia waktu ceramah..... tp tgk dia puya semangat dr sudut positif.. sgt low profile krn berceramah wlopon di sebalik tgkap...... ad org umno mcm tu? mst ada aircorn kalo ceramah

Anonymous said...

hairil,

Apakah anda masih bermimpi? Bro Anwar Bin Ibrahim ini tak ada yang positif baik kepada masyarakat mahupun Negara.

Semasa menjadi Menteri apa sumbangan anwar kepada negara, kalau saudara boleh ulas?

Bagi Ana, peribadi anwar kesemuanya negative spt, dendam, kesumat, pembohong, fitnah, split personality, skandal sex,khianat kpd Islam dan negara, boneka kuasa asing, rasuah semasa dlm kerajaan dulu dan banyak lagi...

Muka pun tengok masih poyo je...pergi belajar dulu, habiskan pelajaran dan jangan kecewakan ibu dan ayah.

Kalau nak ambil contoh pemimpin, cari yang terbilang seperti junjungan Nabi kita Muhammad SAW dll.