Saturday, December 8, 2012

Anwar Kata Tak Ada Kena Mengena Dengannya Bila Deepak Nak Membuktikan Wang Pinjaman Dari Kuwait Finance House Diberikan Kepada PM, Isteri & Keluarganya


Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim berkata masalah Deepak Jaikashin dengan PM DS Najib tiada kena mengena dengannya.

Namun, pada masa yang sama Anwar cuba spin dengan mengaitkan kegagalan Deepak dalam  mengendalikan pinjaman tertunggak dengan Kuwait Finance House ada kaitan dengan sebahagian dari wang pinjaman dipindahkan kepada PM, isteri dan keluarganya.

Sampai kesitu pula spin Anwar. Masuk akalkah?

Dengarkan kenyataan Anwar pada minit 1:31 dalam video di bawah:-

Friday, December 7, 2012

Siapa Gerangan Lelaki Berjubah Memerhati Dr Asri Ketika Sahkan Pertemuan Dengan Anwar Ibrahim?


Siapakah gerangan imej lelaki berjubah yang memerhatikan Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengesahkan pertemuannya dengan Anwar Ibrahim?

Rasanya, kini bukan lelaki itu sahaja yang memerhati Asri, tetapi semua mata kini memerhati beliau. Perjumpaan telah disahkan, cuma pendirian yang belum ditentukan.

Kalau Asri berhasrat untuk turut sama berada di gelanggang politik, maka bersedialah anda untuk berdepan dengan sepak terajang politik. Satu nasihat untuk Asri, jangan tersalah dalam memilih perguruan!

Buruk Perangai Eli Wong Di Sambutan Deepavali - Terus Stim Bila Wan Azizah Sebut Nama Samy Vellu


Buruk betul perangai Exco Selangor Eli Wong.

Bila Wan Azizah menyebut nama Samy Velu, terus dia jadi stim.

Dalam membidas Samy Velu, Eli Wong mendakwa hanya dengan kos RM3 juta, PR Selangor berjaya mendirikan SJK (T) Midland, Shah Alam.

Dengarkan kenyataan Eli pada min 2:14 dalam video di bawah;


Kepala hotak dia dengan hanya RM3 juta boleh siap sekolah berkenaan.

Keratan di bawah menunjukkan kos sekolah berkenaan ialah RM4.7 juta.

Dipetik dari Media Selangorku

Roboh Kuil Dalam Perkarangan Rumah Di Sepang - Exco Anggap Sebagai Sabotaj Penguatkuasa PBT Terhadap Kerajaan PR Selangor


Kerajaan Selangor tampil dengan kenyataan dari anggota Exco Dr Xavier Jayakumar yang menyifatkan bahawa perobohan kuil dalam perkarangan rumah di kawasan Majlis Perbandaran Sepang adalah sebagai kerja sabotaj.

Pihak tertentu yang terlibat dengan tindakan ini dianggap unilateral dan ia boleh diyakini sebagai satu sabotaj,” kata Xavier dalam kenyataan kepada Media Selangorku.

Dengan kenyataan tersebut bermakna sesuatu yang malang bagi penjawat awam yang sekadar menjalankan arahan yang diperturunkan kepada mereka.

Sementalahan pula, Kerajaan PR Selangor telah mula terasa bahang akibat dari tindakan tersebut.

Thursday, December 6, 2012

Anwar Ibrahim Terbangkan Habibie Dari Jakarta Untuk Dimalukan Di Shah Alam


Awal-awal lagi saya sudah menelah bahawa usaha membawa bekas Presiden Indonesia B.J Habibie untuk memberi syarahan di Shah Alam adalah untuk mempersenda dan mempamerkan mangsa Gerakan Reformasi Indonesia sebagai bahan lelucon kepada para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat di Malaysia. [Baca SINI]

Seperti yang kita sedia maklum, Habibie bukanlah sebagai ikon besar Gekan Reformasi Indonesia, sebaliknya beliau adalah Presiden Indonesia yang paling singkat tempoh perkhidmatannya.

Anwar secara berterus terang dalam ucapannya di majlis makan malam meraikan bekas Presiden Indonesia itu, menyifatkan Habibie bukan nama besar dalam politik Indonesia. Dengan lakonan hidupnya, Anwar merakamkan penghormatannya kerana sanggup berundur hanya kerana ucapan pertanggunjawabannya (accountability speech) ditolak oleh parlimen Indonesia.


Bagi saya, usaha Anwar membawa Habibie ke Malaysia tidak lain adalah untuk mempertingkat motivasi kepada para pemimpin dan penyokong PR.

Anwar juga dengan sengaja ingin memberi isyarat kepada PM DS Najib bahawa ia telah berjaya mempersenda Habibie yang paling singkat sebagai Presiden Indonesia, yang secara kebetulan berketurunan Bugis seperti Najib.

Malahan Anwar begitu berharap Najib akan diletakkan sebagai ikon transisi seperti Habibie.

Hakikatnya, helah ini yang tidak dimengertikan oleh Habibie yang sememangnya bukan nama besar sebagai tokoh politik di Indonesia. Keputusan yang salah bagi Habibie, apabila menerima undangan Anwar yang penuh helah dalam politiknya!

Kenyataan Anwar Ibrahim 24 Jam Sebelum Dikantoikan Dengan Video Papa Gomo


Dalam tempoh 24 sebelum terbit video pendedahan berkenaan Deepak Jaikishan oleh Papa Gomo, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim jelas beria-ia mahukan jawapan dari PM DS Najib.


Untuk mendengar kaitan Anwar dalam kes Deepak, dipermudahkan dengan padanan video Papa Gomo di bawah;

Isu Selangor : Khalid Ibrahim & Yaakob Sapari Semakin Goyang - Disyakki Subahat Lesapkan 42 Juta Tan Metrik Pasir Setahun?


MB Selangor TS Khalid Ibrahim bagai melatah apabila digeletek oleh oleh Koordinator BN Selangor DS Mohd Zin Mohamed.

Dalam responsnya terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Zin dalam sidang medianya pada 4 Disember 2012, Khalid masih tetap mempertahankan bahawa hasil royalti pasir yang dikutip oleh kerajaan dibawah pentadbiran adalah lebih baik dari Kerajaan BN sebelumnya.

Khalid dalam menjawab persoalan tersebut mendakwa bahawa hasil pendapatan sumber pasir telah menjangkau RM150 juta, iaitu angka yang merujuk kepada keseluruhan jualan oleh pemegang konsesi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan royalti pasir yang dipungut oleh Kerajaan Negeri.

Jawapan Khalid ini disiarkan oleh Media Selangorku, mendedahkan perangkaan yang berikut:-


Berbalik kepada persoalan asal yang dibangkitkan oleh Zin, isu yang diajukan ialah,
  • Perlombongan yang berleluasa tanpa kawalan; dan
  • Sasaran kutipan royalti RM150 yang tidak tercapai
Secara perbandingan antara keluaran pasir untuk tahun 2009 dengan 2010 pertambahannya menjangkau 232%. Sementara perbandingan antara 2010 dengan 2011 ia meningkat sebanyak 36%.

Ini membuktikan dakwaan Zin terhadap perlombongan pasir tanpa kawalan ada asasnya.

Rujuk Jadual 1 di bawah. Kita akan dapat melihat dengan jelas unjuran keluaran pasir untuk tempoh 2008 - 2011, berserta dengan anggaran royalti pasir yang dipungut oleh Kerajaan Selangor.

Jadual 1

Sebelum ini, saya telah mendedahkan kesilapan Exco Yaakob Sapari yang telah tersilap dalam membuat kiraan. Mungkin kerana keghairahan untuk menunjukkan bahawa Kerajaan PR hari ini adalah lebih baik Kerajaan BN, akhirnya Yaakob telah tersilap congak. [Baca pendedahan awal di SINI]

Diperturunkan hansard yang membabitkan kenyataan Yaakob yang begitu yakin dengan kutipan RM150 juta dari royalti pasir.

Sumber : m.s 10 & 11 Hansard Sidang DUN Selangor
Oleh kerana terlalu ingin menunjuk pandai dan seolah-olah tidak mempercayai maklumat dari para pegawai-pegawainya,  Yaakob telah dengan secara melulu merujuk kepada REHDA untuk mendapatkan maklumat permintaan pasir tahunan seluruh Selangor.

Sikap Yaakob yang tidak mempercayai para pegawai bawahannya ini, akhirnya memerangkap dirinya. Pertama, tanpa usul periksa beliau bersetuju bahawa keluaran pasir di Selangor mencukupi untuk memenuhi permintaan REHDA 50 juta tan metrik dan yang kedua tanpa usul periksa menganggap royalti pasir adalah RM3/tan metrik, kadar sebenarnya ialah RM3/meter padu.

Lantas dengan sikap melulu ini, Yaakob telah mengumumkan bahawa jangkaan hasil royalti pasir ialah RM150 juta.

Jika bersandarkan kepada Jadual 1 pengeluaran pasir yang tertera di atas, ternyata bahawa kapasiti maksimum sehingga 2011 adalah sekadar 8 juta tan metrik. Secara relatifnya keluaran pasir Selangor hanya sekadar menampung 16% daripada keseluruhan permintaan REHDA.

Daripada fakta-fakta di atas, jelas bahawa ia membawa kepada keraguan-keraguan baru;
  • Apakah 84% daripada keluaran pasir bersamaan 42 juta tan metrik Selangor dilombong secara haram dan Kerajaan PR Selangor bersubahat dalam aktiviti tersebut?
  • Kalau sekadar kapasiti pengeluaran 8% pun sudah memberi kesan kepada eko-sistem, apakah pula bentuk bencana kalau kapasiti pengeluaran mencapai tahap 100%?
  • Mengapa Khalid tidak menyerta data-data pengeluaran pasir untuk tempoh 2005-2007 yang didakwa lebih rendah kutipan hasilnya oleh PR, bagi mempermudahkan rakyat membuat penghakiman?
  • Sejak PR memerintah, mereka tidak pernah mengutip royalti RM17 juta setahun seperti yang dikutip oleh BN (rujuk hansard) dan anggaran kutipan royalti PR tertera dalam Jadual 1 diatas
Kesimpulannya, soalan-soalan yang diajukan oleh Koordinator BN Selangor itu telah menjadi Kerajaan PR Selangor menjadi kelam kabut, malah menguatkan keraguan kita terhadap mereka.

Atau secara mudah bagi Kerajaan PR Selangor, akuilah bahawa segala-galanya berpunca dari Exco Yaakob Sapari yang telah tersalah congak dan agakan, seolah-olah industri pasir Selangor adalah semudah berniaga aiskrim di pasar tani.

Wednesday, December 5, 2012

Anak-Anak Muda Ni Belum Kenal Siapa Anwar.......



Budak-budak muda ni bila bercakap cukup petah bak bertih goreng, mengikut skrip Anwar.

Apatah lagi bagi 'Mamat' yang pakai baju UKM tu, cakap macam tu bukan aku baru dengar hari ini, tapi dari selepas 31 Ogos 1998 lagi aku dah biasa dengar.

Ungkapannya balik-balik kroni, kroni, kroni. 

Kalaulah dia dah berakal masa Anwar berkuasa sebagai TPM dan Menteri Kewangan, maka dah tentu dia bedal Kamarudin Jaafar, Rahim Ghouse, Abdul Rahman Maidin yang jadi kroni Anwar.

Mungkin dia tak perasan yang salah seorang perwakilan dalam Muktamar Pemuda PAS 2012 telah menzahir kekhuatiran tentang kewujudan Jahiliyyah Ke2, jika PR menawan Putra Jaya. Kekhuatiran ini timbul lantaran kebobrokan dalam kepimpinan PR sendiri.

Isu Selangor : "Maaf Zin. Exco aku bernama Yaakop Sapari tu bodoh...." Akui MB Selangor Kepada Koordinator BN Selangor


Semalam telah berlansung sidang media Koordinator BN Selangor DS Mohd Zin Mohamed.

Isu yang dibangkitkan ialah natijah daripada operasi perlombongan pasir secara berleluasa, yang akhirnya memberi kesan kepada ekosistem, malah menjadi punca banjir di Selangor.

Dalam pada itu, Zin turut mempersoalkan arahan MB Selangor TS Khalid Ibrahim kepada Task Force memberhentikan pemantauan di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang.

Sekali lagi Zin mengungkit berkenaan sasaran kutipan royalti pasir RM150 juta yang tidak pernah tercapai. Untuk tempoh 2009 - 2011 hanya RM32.5 juta diraih dari sektor tersebut.

Khalid dalam beberapa kenyataannya sebelum ini masih mempertahankan bahawa Kerajaan PR Selangor tidak pernah menjanjikan kutipan sebanyak itu, walhal kenyataan ini tercatat dalam hansard Sidang DUN Selangor bertarikh 23 Oktober 2008.

Sumber : m.s 10 & 11 Hansard Sidang DUN Selangor

Sebenarnya isu royalti ini boleh dimatikan awal-awal lagi, kalau Khalid mengakui kesilapannya  dan meminta maaf dari Zin.

Apa salahnya merendah diri dengan mengatakan, "Maaf Zin. Exco aku bernama Yaakop Sapari tu bodoh. Dia kira royalti berdasarkan metrik tan itu sebab dapat RM150 juta. Sepatutnya royalti dikira menurut meter padu". Anggaran berat 1 meter padu adalah lebih kurang 1.6 - 1.8 metrik tan.

Sebaliknya dari dulu sampai sekarang, Khalid tetap ego malah masih berdolak-dalik dan sering cuba menegakkan benang basah.

Itulah hakikat sebenar yang menjadi kecoh 1Selangor. Puncanya adalah atas kebodohan seorang Exco Kerajaan bernama Yaakob Sapari.

Cuba anda bandingkan dengan kaedah pengiraan mengikut pekeliling Pejabat Tanah & Galian di bawah. Anda sendiri pun boleh nampak kebodohan Yaakob Sapari.

Sumber : Pekeliling PTG

Tuesday, December 4, 2012

Penduduk Kampung Tradisi Gombak Protes Kehadiran Anwar Ibrahim


Ketika ini sedang berlangsung program Ceramah Umum Jelajah Merdeka Rakyat yang menampilkan kehadiran Anwar Ibrahim di Batu 8 1/2, Gombak. Disamping Anwar, turut tampil memberi ucapan ialah Azmin Ali dan Tamrin Ghafar

Kehadiran Anwar tersebut diprotes oleh penduduk setempat.


Penyertaan Orang Kuat Anwar Ibrahim Sebagai Ahli PAS Disambut Dingin - Harakah Anggap Bagai Janda Berketiak Busuk


Sungguh malang bagi tokoh korporat dan bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang DS Abdul Rahman Maidin .

Penyertaannya ke PAS hanya dialu-alukan oleh Pengerusi ANAK Mazlan Aliman di dalam bilik budget hotel.

Malah lebih teruk lagi, penyertaannya dialu-alukan oleh Harakah Daily sebagai seorang janda yang diceraikan kerana berketiak busuk!

Wan Azizah Terkejut Bila Dapat Tahu Anwar Terus Ke Rumah Ravindran Selepas Pulang Dari Jakarta


Pasangan Khalwat Dikenakan Tindakan Turun Pangkat & Gaji


Bukan orang muda sebaliknya sudah pun berumur, malahan telah pun menduduki kerusi ketua sebuah jabatan kerajaan.

Namun itulah yang terjadi kepada pasangan khalwat Dato' Seri Dr Hasan Abdul Rahman dan Wan Syarifah Nooraamanita Wan Hasan yang menerima tindakan tatatertib dari JPA.

Bagi penjawat awam yang masih muda ia mungkin menjadi pengajaran yang amat bermakna, namun Dr Hasan ia adalah hukuman diatas kesalahannya.

Semalam, NST melaporkan pengumuman JPA terhadap bentuk tindakan tatatertib keatas pasangan berkenaan.

Monday, December 3, 2012

Anwar Ibrahim Jerat Mangsa Reformasi Indonesia 1999 - Bakal Jadi Bahan Pameran & Lelucon Di Shah Alam Pada 6 Disember


B.J Habibie ialah Presiden pertama Indonesia pasca-Suharto.

Beliau juga telah dicatat sebagai Presiden Indonesia yang paling singkat tempoh perkhidmatannya 21 May 1998 - 20 Oktober 1999. Beliau meletakkan jawatan, apabila ucapan pertanggungjawabannya (accountability speech) ditolak oleh parlimen Indonesia.

Perlu diingat bahawa sebelum menyandang jawatan Presiden, Habibie adalah Naib Presiden era pentadbiran Suharto. Oleh itu, tidak hairanlah apabila beliau mengambilalih jawatan Presiden, beliau tetap dianggap sebagai 'orang Suharto'.

Mengimbas kembali 'Gerakan Reformasi' di Indonesia, tuntutan rakyat ialah pertukaran regim dengan motto hapuskan korupsi, kolusi dan nepotisme. Usia gerakan tersebut hakikatnya sebaya dengan Gerakan Reformasi di Malaysia. Malahan mottonya adalah serupa cuma berbeza dari segi istilah. Di Malaysia, reformasi yang didalangi oleh Anwar Ibrahim menggunakan hapuskan korupsi, kronisme dan nepotisme (kolusi dan kronisme adalah sama maksudnya).

Pertukaran regim dari Suharto kepada Habibie bukanlah suatu yang diharapkan oleh rakyat Indonesia. Sebaliknya, mereka lebih memihak kepada Gus Dur dan Megawati.

Justeru, Habibie bukanlah tokoh reformasi yang diiktiraf oleh rakyat Indonesia. Namun begitu, Anwar telah menjemput Habibie untuk berucap kepada penyokong-penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.


Mungkin kerana teruja dengan kenyataan Anwar bahawa yang melabelkannya sebagai 'pengasas perubahan konstitusional', lantas Habibie menerima undangan Anwar?

Bagi saya, kehadiran Habibie lebih sebagai 'mangsa reformasi yang dijadikan bahan tontonan' kepada para penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, lebih baik bagi Habibie menarik diri dari menjadi bahan lelucon dan tontonan kepada penyokong-penyokong pembangkang di Malaysia.

Diulangi, Habibie bukan tokoh reformasi tetapi beliau adalah mangs reformasi. Tokoh sebenar reformasi Indonesia ialah Gus Dur dan Megawati!

Disyorkan juga membaca ulasan awal dari blog The Unspinners.

Kenyataan Berbaur Seksis Eli Wong Yang Lebih Terlampau Dari Adun Batang Kali


Exco Selangor Eli Wong yang sepatutnya dipersalahkan kerana gagal menjaga kehidupan peribadinya.

Denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Adun Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim adalah cenderung kepada kedudukannya sebagai anggota pembangkang di dalam DUN Selangor yang sememangnya kurang dari jumlah Adun PR dan pasti kalah penjatuhan hukum dibuat melalui undi.

Hanya kerana penggunaan ayat yang dilafazkan oleh Mohd Isa, "tapi jangan terlupa jaga hutan kita sendiri," ia telah dianggap berbaur seksis dan telah dikenakan hukuman.

Supaya berlaku adil kepada Mohd Isa, baca pula kenyataan Eli Wong di luar dewan (dipetik dari Media Selangorku) yang berbaur seksis, sementelah sejarah kehidupan peribadinya mendorong para pembaca melencongkan pemikiran mereka untuk mentertawakan Exco berkenaan;
Exco Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong juga mengingatkan pemilik kawasan persendirian agar bertanggungjawab ke atas tanah milik masing-masing
“Bagi pemilik tanah, mereka bertanggungjawab atas tanah masing-masing dengan membina zon-zon pemampan di kawasan masing-masing, mesti ada zon  pemampan. 
Bagi kediaman yang diubahsuai hingga hampir dengan bukit pula, harus waspada, kalau perlu, ubah kegunaan bilik yang hampir dengan bukit
“Contohnya, kalau binaan sambungan itu digunakan sebagai bilik tidur, tukarkan untuk kegunaan lain sebab bahaya,” katanya apablia dihubungi TV Selangor. 
Elizabeth juga memberitahu, semenjak tiga tahun lalu Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat menjalankan pelbagai program kesedaran awam dengan kerjasama NGO bagi memberi penerangan tanda-tanda awal tanah runtuh. 
“Tanah runtuh bukan berlaku secara tiba-tiba, sebelum itu ada tanda-tanda awal yang boleh dikenal pasti dan kalau dapat dikesan awal boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda,” kata Elizabeth. 
Menurut Elizabeth antara tanda-tanda awal sebelum berlaku runtuhan tanah seperti pokok, tiang elektrik, dinding penahan dan pagar menjadi semakin condong. 
Tanda-tanda lain seperti tanah menjadi terlampau basah, penjelmaan mata air, retakkan dan pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima, garisan lurus di jalan raya menjadi bengkang-bengkok, paip pecah atau bocor. 
Penghuni rumah juga perlu berwaspada sekiranya terdapat pintu atau tingkap rumah yang tidak boleh ditutup seperti biasa.

Terbaru Dari Selatan Tanah Air - Anwar Ibrahim Terbitkan Janji Buah Pala Versi Johor


Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dah menawarkan semula 'Janji Buah Pala' menjelang PRU13. Kali ini tawaran dibuat di Johor.
BATU PAHAT 3 NOV: Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak rakyat Johor ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang sebaik negeri ini ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.  
“Insya-Allah sebaik tawan Johor, kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat diberi untuk pertahan hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena) betul. Memang sukar tapi kita kena buat. [Keadilan Daily]
Bagi rakyat Johor, janganlah mudah termakan dengan janji seperti yang terjadi di Kg Buah Pala, Pulau Pinang pada PRU12.