Monday, December 3, 2012

Anwar Ibrahim Jerat Mangsa Reformasi Indonesia 1999 - Bakal Jadi Bahan Pameran & Lelucon Di Shah Alam Pada 6 Disember


B.J Habibie ialah Presiden pertama Indonesia pasca-Suharto.

Beliau juga telah dicatat sebagai Presiden Indonesia yang paling singkat tempoh perkhidmatannya 21 May 1998 - 20 Oktober 1999. Beliau meletakkan jawatan, apabila ucapan pertanggungjawabannya (accountability speech) ditolak oleh parlimen Indonesia.

Perlu diingat bahawa sebelum menyandang jawatan Presiden, Habibie adalah Naib Presiden era pentadbiran Suharto. Oleh itu, tidak hairanlah apabila beliau mengambilalih jawatan Presiden, beliau tetap dianggap sebagai 'orang Suharto'.

Mengimbas kembali 'Gerakan Reformasi' di Indonesia, tuntutan rakyat ialah pertukaran regim dengan motto hapuskan korupsi, kolusi dan nepotisme. Usia gerakan tersebut hakikatnya sebaya dengan Gerakan Reformasi di Malaysia. Malahan mottonya adalah serupa cuma berbeza dari segi istilah. Di Malaysia, reformasi yang didalangi oleh Anwar Ibrahim menggunakan hapuskan korupsi, kronisme dan nepotisme (kolusi dan kronisme adalah sama maksudnya).

Pertukaran regim dari Suharto kepada Habibie bukanlah suatu yang diharapkan oleh rakyat Indonesia. Sebaliknya, mereka lebih memihak kepada Gus Dur dan Megawati.

Justeru, Habibie bukanlah tokoh reformasi yang diiktiraf oleh rakyat Indonesia. Namun begitu, Anwar telah menjemput Habibie untuk berucap kepada penyokong-penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.


Mungkin kerana teruja dengan kenyataan Anwar bahawa yang melabelkannya sebagai 'pengasas perubahan konstitusional', lantas Habibie menerima undangan Anwar?

Bagi saya, kehadiran Habibie lebih sebagai 'mangsa reformasi yang dijadikan bahan tontonan' kepada para penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, lebih baik bagi Habibie menarik diri dari menjadi bahan lelucon dan tontonan kepada penyokong-penyokong pembangkang di Malaysia.

Diulangi, Habibie bukan tokoh reformasi tetapi beliau adalah mangs reformasi. Tokoh sebenar reformasi Indonesia ialah Gus Dur dan Megawati!

Disyorkan juga membaca ulasan awal dari blog The Unspinners.

No comments: