Saturday, June 23, 2012

"Kalau saya masih Exco Agama, saya akan hambat Anwar" - Ujar Dr Hasan Ali


Semasa siri 'Roadshow Selamatkan Akidah' di Pulau Indah Pelabuhan Klang pada 20 Jun 2012 yang lalu, Dato' Dr Hasan Ali memberitahu para hadirin bahawa, kalaulah ia masih Exco Agama Islam Selangor, ia akan mengarahkan pegawai-pegawai Penguatkuasa JAIS menghambat Anwar daripada memberikan tazkirah di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih yang berlangsung pada 9 Jun 2012 lepas.

Hasan berpendapat Anwar tidak layak memberi tazkirah di masjid berkenaan kerana ia adalah pengamal pluralisme dan Islam Liberal serta akhlaknya yang amat diragui.

Untuk rekod, kehadiran Anwar memberi tazkirah di masjid berkenaan telah dibantah oleh penduduk setempat.

Bukti Kebodohan Hadi Awang


Zaman remaja saya seiring dengan lonjakan Hadi Awang menaiki tangga hiraki kepimpinan PAS.

Beliau petah berkacap dan wajahnya pernah menghiasi muka depan majalah antarabangsa dan dikatakan sebagai 'The Best Orator'.

Namun, jika dilihat realiti apa yang diucapkan oleh Hadi di zaman mudanya ternyata kosong. Emosi mengatasi rasional. Sejak dulu, apa yang dilaksanakan oleh UMNO tidak pernag dialu-alukan oleh Hadi.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27/1/1983 (dibawah) menjadi saksi.

Nilai sendiri dengan kedudukan perbankan Islam pada hari ini. Terbukti bahawa pemikiran Hadi berpuluh ketinggalan dari apa yang pernah difikirkan oleh Tun Dr Mahathir.

Friday, June 22, 2012

Hakikatnya, Hasan Ali Cenderung Untuk Percaya Kewujudan Video Seks Anwar


Dalam menceritakan pengalamannya kepada rakan-rakan sepermainan dan kaum kerabatnya di suatu majlis di kampung halamannya di Pulau Indah, Dato' Dr Hasan Ali kelihatan kuat untuk mempercayai penglibatan Anwar dalam skandal-skandal yang didedahkan oleh media.

Tambahan pula, Hasan telah menterjemah apa yang tertulis dalam pernyataan pembelaan Nalla malah, saya sendiri mendengar Hasan begitu lancar menyebut 'WBV37', plat pendaftaran kereta Daimler yang dinaiki oleh Shamsidar dan Anwar Ibrahim.



Dokumen penuh Nalla boleh dibaca di AIDC.

Terbaru ada desas desus mengatakan ada satu lagi video yang terlepas dari simpanan.

Beruang Biru menghantar maklumat yang seperti berikut:-
Video Seks Anwar Terlepas Dari Simpanan Perisikan Singapura? 
Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa. 
Kenyataan itu berdasarkan perisikan teknikal iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya.
Walaupun selera seks atau mungkin juga ketagihan seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini. 
Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah basi atau tidak benar sama sekali. 
Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet. 
Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia. 
Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia. 
Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih. 
Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini. 
Video seks Anwar sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah. 
Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya. 
Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai keupayaan manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia. Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya.

Exco Agama Islam Selangor Menjerut Leher Sendiri?

Protes demi protes terhadap perlantikan Pegawai & AJK Masjid Selangor dihebahkan kepada media oleh anak-anak kariah.

Hari ini ada 2 piket dan sidang media difahamkan berlangsung selepas solat Jumaat.

Masing-masing adalah di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway dan di Masjid Al-Muttaqin, Seri Kembangan gara-gara perlantikan yang dibuat tidak berdasarkan undi popular pencalonan di kariah masing-masing.

Hakikat yang diperlu diambil perhatian oleh Exco Agama Islam Selangor yang disandang oleh Khalid Ibrahim ialah orang-orang Pakatan Rakyat kalah di majoriti masjid seluruh negeri dan ia adalah hint kepada kepudaran populariti Pakatan Rakyat. Banyak lagi masjid yang mengalami kes yang serupa, cuma ia tidak dihebahkan kep-ada media.

Hanya penipuan Khalid sahaja yang dapat menyelamatkan mereka yang pro Pakatan Rakyat memperolehi jawatan-jawatanyang diumumkan tanpa mengambilkira suasana dan persekitaran anak-anak kariah setempat.

Baca SINI bagaimana Khalid menyusun perlantikan jawatan-jawatan utama seperti Nazir dan Imam.

Hasan Ali Akan Kerjakan Pesuruhjaya Parasit PAS Habis-Habisan


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dallam kenyataannya di Media Selangorku berpandangan bahawa undi Melayu di Selangor Utara akan menjadi penentu kepada kemenangan Pakatan Rakyat.


Namun begitu, dalam merealisasikan gerakkerja meraih undi orang Melayu di kawasan tersebut punya halangan besar.

Dalam realiti Selangor, musuh sebenar PAS Selangor bukan UMNO, tetapi JATI.

Pada hemat saya, JATI yang dipimpin oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor bakal menjadi penghalang kepada impian Rani.

Dalam beberapa siri roadshow JATI yang saya ikuti, Hasan begitu offensif terhadap parasit dalam PAS yang Rani adalah dari salah seorang yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan dalam siri-siri ceramahnya terang-terang mendedahkan bahawa kumpulan parasit dalam PAS tidak serius memperjuangkan agenda Melayu, tetapi lebih mengutamakan meraih undi dari kalangan bukan Melayu. Hasan jelas mendakwa kumpulan parasit ini, membawa musibah besar kepada agenda Melayu.

Dalam perbualan terbaru dengan Hasan Selasa lalu, beliau berkata program JATI yang sedang berlangsung sekarang lebih menumpukan kepada memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat. Bila bubarnya parlimen kelak, JATI akan menyerangkan habis-habisan supaya 3 golongan iaitu DAP, PKR dan golongan parasit dalam PAS ditolak oleh rakyat.

Thursday, June 21, 2012

ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Batalkan Pemilihan Pegawai & AJK Masjid Al-Husna Bandar Sunway Kerana Ada Anak Kariah Hantu?


KL Pos melaporkan rasa tidak puas hati anak-anak kariah Masjid Al-Husna, Bandar Sunway [laporan klik SINI] berhubung pengumuman perlantikan Pegawai dan AJK masjid berkenaan oleh MAIS.

Menurut laporan berkenaan senarai yang diumumkan adalah berlawanan sama sekali dengan pencalonan yang dibuat oleh anak-anak kariah melalui mesyuarat agong khas mereka.

Saya sendiri telah menghubungi seorang anak kariah masjid berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Maklumat yang diberikan kepada saya, bagi jawatan Nazir yang diumumkan adalah calon yang sekadar mendapat kurang dari 50 undi. Walhal untuk calon yang mendapat 100 lebih undi tidak terpilih.

Malahan, tambah sumber tersebut lagi, Imam I yang dicalonkan tanpa sebarang saingan telah diketepikan sama sekali.

Sebenarnya, apa yang berlaku di Masjid Al-Husna turut telah berlaku di Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang. Menariknya yang berlaku di sana, YDP PAS Kawasan Klang telah kecundang dalam pencalonan. Namun, telah YDP PAS itu telah diumumkan sebagai Nazir. [ Baca kisahnya di SINI]

Hakikatnya, peranan ADUN atau Penyelaras DUN Pakatan Rakyat dalam menentukan perlantikan Pegawai & AJK Masjid sememangnya berlaku. [Klik SINI]

Itu sebabnya, dalam kes Masjid Al-Husna campurtangan ADUN Seri Setia Nik Nazmi sememangnya tidak dapat ditolak.

Oleh kerana sistem pemilihan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, maka apa pula alasan mereka untuk menolak keputusan majoriti?

Jawapannya adalah kerana Nik Nazmi percaya bahawa wujud anak kariah hantu di kariah Masjid Al-Husna!

Dr Hasan Ali Dedah Aktiviti Seks Anwar Ibrahim Kepada Saudara Mara & Handai Taulan Di Kampung Halamannya

Saya menjejaki Dato' Dr Hasan Ali yang balik kampung malam tadi untuk siri roadshownya di tanah tumpah darahnya, Pulau Indah.

Tersentak juga saya, apabila Hasan secara terus terang menterjemah pernyataan pembelaan Dato' Nallakarupan kepada saudara mara dan handai taulannya di sana.

Dalam program yang begitu santai di halaman rumah sahabat zaman kanak-kanaknya di Pulau Indah, Badrom Abu; Hasan telah memperinci kandungan dokumen pembelaan Nalla itu, khusus berkenaan 2 lelaki berkongsi seorang wanita.

Tindakan berani Hasan ini memperlihatkan betapa seriusnya penolakan Hasan terhadap Anwar Ibrahim.

Disamping itu, Hasan juga turut menghuraikan bahaya amalan pluralisme dan Islam Liberal yang menjadi pegangan Anwar.

Kewujudan parasit dalam PAS dan matlamat politik DAP turut didedahkan di majlis tersebut.

Tampak sekali Hasan kini lebih offensif.



Wednesday, June 20, 2012

Satu-Satunya Rumah Urut Dapat Pengecualian 'Aku Janji' Dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Foto Hiasan milik Jawa Bernam 

Gambar di atas adalah sebahagian dari rumah urut yang tumbuh bagai cendawan di Sekinchan.

Sekinchan adalah pekan yang diwakili oleh ADUN DAP Ng Sue Lim.


Aktiviti urut di Selangor berkembang pesat, hingga kucing pun suka diurut dan mengurut. Pengecualian tentunya akan diberi oleh Khalid Ibrahim untuk rumah urut khusus untuk kucing seperti gambar di atas.

Apa pula pandangan bekas Exco Selangor yang dipecat, Dr Hasan Ali berkenaan percambahan rumah urut bak cendawan di Selangor?

Dr Hasan Ali Buat Keputusan Balik Kampung Malam Ini


Dr Hasan Ali telah membuat keputusan untuk balik kampung malam ini.

Beliau kembali ke kampung halamannya Pulau Indah, Pelabuhan Klang untuk berucap dalam Roadshow Selamatkan Akidah. (Lihat banner di bawah). Justeru, mari kita mendengar ucapan Hasan di kandangnya sendiri.


Ketua Kampung semasa zaman kanak-kanaknya, Dato' Mohd Sidin (Arwah) pernah menjadi wakil rakyat Klang selepas PRU1 pada 1955.

Selain Hasan dan Arwah Dato' Mohd Sidin, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil juga berasal dari Pulau Indah.

"Saya pun follow juga macam Anwar buat" - Sindir Khalid Ibrahim Kepada Azmin Sambil Ketawa Sinis


MB Selangor TS Khalid Ibrahim secara terus terang dan sinis menyatakan pendiriannya yang mengambil pendekatan DS Anwar Ibrahim (seperti yang dihadapi dalam kes liwat dan China Doll), dalam berdepan dengan kritikan diperingat dalaman PKR, berhubung Geran Selangorku yang dikendalikan oleh Faekah Husin.

Bagi Khalid adalah mudah sahaja iaitu "ignore them" dan secara langsung bermaksud abaikan Azmin Ali (?).

Exco Wanita Kerajaan PAS Kedah Dah Lama Angau Dengan Drebarnya Dan Sanggup Bermadu


Dilaporkan oleh blog Kedahan 69ers bahawa Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Kedah Siti Aishah Ghazali telah menamatkan zaman bujangnya apabilah bernikah dengan pemandunya Sazali Sudin pada 5 Jun 2012.

Difahamkan bahawa Aishah menjadi isteri kedua.

Meskipun tindakan itu adalah lebih baik untuk mengelakkan fitnah, namun hakikatnya Aishah sememangnya dah lama angau dan bersedia untuk jadi isteri kedua.

Dalam blog Aishah [lihat SINI] terselit sajak yang menghiasi laman blognya, bertajuk 'CEMBURU AISYAH':-


Mungkinkah sajak di atas ditujukan khas kepada madunya sebagai isyarat bahawa Aishah cintakan Sazali?

Tuesday, June 19, 2012

Kalau Khalid Samad Baca Mesej BBM Ni Gerenti Dia Syak Azmin Ditawarkan Masuk UMNO


Sekadar nak bagi tau kat MP PAS Shah Alam Khalid Samad berkenaan penyebaran mesej di atas. (Diterima jam 1.36pm)

Biasanya, bagi Khalid kalau orang ada perjumpaan antara orang UMNO dengan MP PR, lantas ia dianggap sebagai tawar menawar untuk lompat ke BN.

Tambahan pula Lajim Ukin telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Cawangan UMNO Kerambai Kebatu, apakah ini untuk memberi laluan kepada Azmin untuk memimpin cawangan tersebut?

Husam Tampil Bantu Promosi Akhbar Utusan Malaysia

Husam memperaga naskhah Utusan Malaysia
Utara News menyiarkan foto Exco Kerajaan Negeri Kelantan memperaga naskhah Utusan Malaysia yang melaporkan skandal dinar emas.

Dari riak wajah Husam, menggambarkan yang beliau amat gembira dengan pendedahan skandal tersebut, yang melibatkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Berikut laporan untuk headline berkenaaan.

Monday, June 18, 2012

Mari Berhibur Dengan Lagu Omputeh Dendangan Isteri YB PAS Kuala Selangor!



Menurut blog My Massa lagu di atas dinyanyikan oleh Hezlin Hezri finalis Bakat TV 1972.

Sedikit latar belakang Hezlin a.k.a Azlin adalah seperti berikut (yang dipetik dari anak mereka).

Malang Bertimpa Buat Faekah Husin - Bak Pengantin Bersanding Tanpa Pengantin Lelaki


Malang bertimpa-timpa buat Setpol MB Selangor Faekah Husin.

Bak pengantin yang bersanding tanpa penganting lelaki, Faekah jadi buah mulut dikalangan kawan dan lawan.

Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin memberi amaran supaya diam dan kini giliran ADUN Sg Panjang Dr Khir Toyo menghentam Faekah.

Lebih malang bila Faekah dilabelkan sebagai 'bodoh'.