Dalam menceritakan pengalamannya kepada rakan-rakan sepermainan dan kaum kerabatnya di suatu majlis di kampung halamannya di Pulau Indah, Dato' Dr Hasan Ali kelihatan kuat untuk mempercayai penglibatan Anwar dalam skandal-skandal yang didedahkan oleh media.
Tambahan pula, Hasan telah menterjemah apa yang tertulis dalam pernyataan pembelaan Nalla malah, saya sendiri mendengar Hasan begitu lancar menyebut 'WBV37', plat pendaftaran kereta Daimler yang dinaiki oleh Shamsidar dan Anwar Ibrahim.
Dokumen penuh Nalla boleh dibaca di AIDC.
Terbaru ada desas desus mengatakan ada satu lagi video yang terlepas dari simpanan.
Beruang Biru menghantar maklumat yang seperti berikut:-
Video Seks Anwar Terlepas Dari Simpanan Perisikan Singapura?
Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.
Kenyataan itu berdasarkan perisikan teknikal iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya.
Walaupun selera seks atau mungkin juga ketagihan seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.
Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah basi atau tidak benar sama sekali.
Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.
Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.
Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.
Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.
Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.
Video seks Anwar sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.
Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.
Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai keupayaan manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia. Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya.
4 comments:
Teringat aku... dulu Presiden Suharto diugut gambar sex dgn wanita olih CIA.. Tapi dengan megah dan bangga ia mengatakan Itulah kehebatan kelakiannya yg di irihati olih barat.... jadi neutral kesannya...CIA lost the game...
Kalau Singapore rasa dia bolih buat demikian..tentu kena fikir dua kali..Kepentingan Singapore di luar mungkin ranap... malah LKY akan disungkit..dalam banyak hal.
Anyway Singapore is aware that Anwar tak akan jadi PM sebab tu dia dah kowtim dgn PAS...Hubongan business sejak zaman Datuk Asri lagi..Lihatlah dalam masa pemerintahan PAS banyak syarikat JV dgn Singapore...cuba check dari balak hingga perumahan..
Check dgn`document tak bolih pakai firasat atau ilham nik aziz yg selalu berperasan...saja hidupnya.
yang mengaku kaki perempuan tu sukarno bukan suharto.. kalau sekarang Anwar mengaku mcm sukarno, esok lingkup teruslah dia
June 22, 2012 6:37 PM
nak refer sejarah "hearsay" pun tak reti, bengong!
Aku pada mula nya bagi nak rak sokong anuar ibrahim , dan hingga kini aku tertanya tanya napa Tun Dr Mahathir menyingkirkan nya dari kerajaan [ korang cuba bayangkan kau bela anak kau dari umur setahun jagung tapi tum tum kau nyahkan dia dari rumah kau - mesti anak kau tersebut melakukan kesalahan yang amat merbahayakan rumah tangga kamu ataupon masaalah yang amat serius ] gitu juga dengan dr mahathir , dia membawa anuar ke dalam amno dalam usia nya yang muda dan secara instant anaur terus naik dengan cepat nya berbanding dengan mahyudin , najib , dollah , dan lain lain pemimpin amno yang senior.
Tapi bila aku tengok gerak geri nya sejak kebelakangan ini secara TERANGAN dia akan membawa musibat kepada Malaysia khas nya orang orang islam dan melayu. Politik nya terlalu licik dan aku rasa tandingan nya hanya dr mahathir , itu pun boleh kena kencing , nik ajis , adi awang usah lah abis kena pusing sampai tercungap cungap di kerjakan orang orang anuar dalam PAS. Stu kesimpulan yang aku ambil anuar ibrahim amat merbahayakan Negara Malaysia dan ugama islam serta orang orang melayu.
Cuba kau bayangkan DAP bermain sendiwara di belakang nya pon dia buat ta tahu [ cuba bawak masuk orang PAP ke malaysia ]Ini lah pemimpin yang akan membuat orang melayu dan islam akan kehilangan kuasa. Oleh itu saudara saudari . UNTUK KALI ini kita kena tolak PR
Post a Comment