Friday, June 22, 2012

Hasan Ali Akan Kerjakan Pesuruhjaya Parasit PAS Habis-Habisan


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dallam kenyataannya di Media Selangorku berpandangan bahawa undi Melayu di Selangor Utara akan menjadi penentu kepada kemenangan Pakatan Rakyat.


Namun begitu, dalam merealisasikan gerakkerja meraih undi orang Melayu di kawasan tersebut punya halangan besar.

Dalam realiti Selangor, musuh sebenar PAS Selangor bukan UMNO, tetapi JATI.

Pada hemat saya, JATI yang dipimpin oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor bakal menjadi penghalang kepada impian Rani.

Dalam beberapa siri roadshow JATI yang saya ikuti, Hasan begitu offensif terhadap parasit dalam PAS yang Rani adalah dari salah seorang yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan dalam siri-siri ceramahnya terang-terang mendedahkan bahawa kumpulan parasit dalam PAS tidak serius memperjuangkan agenda Melayu, tetapi lebih mengutamakan meraih undi dari kalangan bukan Melayu. Hasan jelas mendakwa kumpulan parasit ini, membawa musibah besar kepada agenda Melayu.

Dalam perbualan terbaru dengan Hasan Selasa lalu, beliau berkata program JATI yang sedang berlangsung sekarang lebih menumpukan kepada memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat. Bila bubarnya parlimen kelak, JATI akan menyerangkan habis-habisan supaya 3 golongan iaitu DAP, PKR dan golongan parasit dalam PAS ditolak oleh rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Balun Tok Hasan....jangan bagi can semua Perasit angkat kepala...Balun jangan tak balun...Hidup Jati. Oleh Mat Bond.